SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Another Sad News... Tahun Tragik Bagi Malaysia...

Assalamualaikum

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah kepada keluarga semua penumpang dan anak kapal MH17 yang terhempas malam tadi. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.

Aku baru tau berita ni pagi tadi masa bersiap nak pi keja. Check wassap beratus-ratus dari group wassap aku. Terkejut. MH370 pun belum jumpa dah dapat pulak berita MH17 terhempas disyaki ditembak jatuh.

Tahun yang sangat tragis bagi MAS dan jugak negara kita Malaysia. Kita diduga lagi pada bulan Ramadhan yang mulia.

Tak dapat dibayangkan kesedihan keluarga terutamanya lagi 9 hari kita nak menyambut Syawal.


Semoga keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian getir ni.
 
 
 

Tuesday, November 9, 2010

Pesanan Penaja Dari Petronas ;p

Hehehe...

Belum taip dah gelak... Keji... ;p

Kak Ita jangan marah ek.

Ini cerita petang semalam. Semalam aku balik keja lewat jugak la. Memula ingat sharp pukul 5 dah nak balik dah tapi ntah apa la yang aku buat jadi lambat tu.

Dekat pukul 6 aku dah get ready kemas-kemas. Sebelum tu pi toilet dulu. Tetiba lak nak terkucil. Baik la pi toilet awal-awal sebelum aku dok menggeliat dalam kereta kan.

Balik dari toilet ada missed call dari Kak Ita. Heran jugak aku. Aku call la balik. Lebih kurang macam ni la skrip kitorang. Hehehe...

'Haa... Akak kat bulatan Stadium ni. Minyak motor abes. Takpe, akak dah call Ina mintak tolong dia datang.'

 pic search from google

Aku pun alahai.. kesian Kak Ita. Motor abes minyak tengah jalan. Sebab Kak Ita kata Ina housemate kitorang dah on da way pi dekat dia so aku dok ngokngek ngokngek lagi la kat opis.

Tetiba dalam 6.20 Kak Ita call lagi.

'Boleh tak tolong datang bawak minyak. Kitorang takde botol la nak isi minyak.'

Nasib baik sangat la aku memang tak keluar opis lagi n tempat kejadian adelah dekat. Aku ni kalau dah bawak kereta memang jarang sangat la jawab fon sebab hp aku sumbat dalam beg. Kena pulak telinga torek memang tak dengar la hp tu menyanyi. Huhuhu...

Dalam kereta aku memang ada sebijik botol mineral 1.5L letak air paip. Saje standby kot la kereta aku ni tetiba berasap senang aku simbah je. Hahaha! Motif??? Senang la kan kot aku nak basuh tangan ke apa ade la air paip tu.

So, dengan botol mineral Giant tu aku pi la stesen minyak Petronas sebab yang tu paling dekat. Terus aku bawak botol pi kaunter.

'Nak isi minyak dalam botol ni berapa hengget ek?' Sambil muka cover cun. ;p

'2.50' Jawab Bangla tu sambil sengih-sengih.

Tetiba keluar sorang budak laki keja Petronas ni terus amik botol kat tangan aku.

'Meh kak, saya tolong.'

'Minyak motor abes ke kak?' Sambil sengih-sengih.

'Member la. Saya bawak kereta.'

'Elelele kak. tak yah la nak cover.'

'Eh, betul la. Tu kereta i ok.'

'Hahaha! Ye ke???'

Sabo je la aku dengan budak bertuah ni.

'Kak, ni ada pesanan penaja dari Petronas. Lain kali cakap dengan kawan akak pastikan meter minyak tu tak sampai kat empty ye. Hehehe..'

Hahaha! Mengong je. Sempat bagi pesanan penaja.

'Kem salam kat kawan akak tu.'

Huhuhu.. Sempat lagi ko ye dik. Dah la tutup botol mineral tu pecah. Budak tu tolong tutup dengan plastik ikat getah. Aku pulak dah bawak kereta lemah gemalai sebab risau minyak tu tumpah dalam kereta pulak.

Sampai kat tempat kejadian Ina n Kak Ita tengah tunggu. Try isi minyak n start enjin terus ok. Tak sempat aku nak snap gambar sebab tengah gelak-gelak tepi jalan. Hahaha! Sangat keji gelakkan orang aku nih.

Kiranya semalam aku adelah hero penyelamat Kak Ita. Terus balik rumah Kak Ita masakkan sambal telur puyuh. Hehehe... Nyam.. nyam...

Wednesday, October 13, 2010

Spenda berterbangan di hiway

Ok, hati ada sikit fanasssss...

Even keja adalah banyak tapi bila hati sudah fanassss maka perlu cool down.

Malas la aku nak story pasal apa sebab nanti bikin hati mendidih pulak. Sabar ek.. Sabar....

Maka, mari la bercerita. Huhuhu...


Ni peristiwa yang aku sebut kat entry bawah. Tempat kejadian : Seremban-PD Hiway. 


Ekekeke... Belum cerita dah gelak. Harus la kan. Ye benaarrrrr.... Sama seperti tajuk di atas. Dan aku n 3 orang lain dalam kereta adelah saksi kejadian.

Pic adelah digoogle. Bukan spenda ini mangsa di tempat kejadian. ;p

Alkisahnya masa tu aku n da geng baru nak balik dari persidangan kat PD. Baru je masuk hiway Seremban PD tu. Tetiba ada group motor ni berderu-deru belakang kereta aku.

Siap pulak ada member tolong tolak motor sorang lagi. Rosak ke hape tidak la ku tau.

Aku dengan yang lain-lain dah seriau dah. Diorang apejadah pulak beramai-ramai konvoi dekat-dekat dengan kereta aku. Dah terpikir diorang ni nak pecah cermin kereta la, tendang-tendang kereta la. Pikir tah hape-hape. Huhuhu...

Aku pun biar la diorang ni lepas dulu. Lepas tu nampak la ada sebijik motor ni stop kat hiway tu.



Tetiba kat tengah-tengah hiway berdesup peginya sebijik motor ni nak kejar kawan-kawan kot. Dan melayang la sesuatu dari beg yang aku rasa budak tu terlupa nak tutup. Bila diamat-amati kitorang terus menjerit,


'EEEEE... SPENDER!!!!'


Huahuahauaua.... Spenda kaler cekelat kehijau-hijauan eh.


Nasib baik la tak melekat depan cermin kereta. Kalau tak mau terbabas kereta aku sebab terkejut. Wakakaka!

So, pada sesiapa yang baca blog ni, dan terasa kehilangan spenda kat tengah hiway. Itu spenda kamu la kot.


Moral of the story : Sila pastikan beg anda ditutup bila mau memecut di jalanraya ketika menaiki motosikal jika tidak mau spenda anda berciciran di tengah jalan. Sekian terima kasih.


;p;p;p











Thursday, September 23, 2010

Anak dah kena sepak sampai mati pun ko sayang lagi kat orang tu???

Pelik kan. Orang tu dah sepak anak dia sampai mati pun dia still sayang. Kalau aku la, hish... Sepak dia balik sampai mati kot.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,”


Errr... Terlampau sayang la sampai budak tu kena sepak. Sebelum ni pun budak tu kena dera. Heran sungguh aku dengan mak budak ni.


Cerita lanjut korang baca la kat sini.

Al-Fatihah pada adik Syafiah Humaira Sahari.



Thursday, August 12, 2010

Tragedi di petang pertama Ramadhan

Salam. :)

Dah hari kedua Ramadhan. Semua ok-ok je semalam. Except 1 tragedi. Huhuhu...

Bukan la tragedi besar pun. Kecik je but still boleh panggil tragedi kot. Hahaha!

Aku telah dengan selamatnya mencalarkan bahagian depan kereta aku dengan bergesel dengan motor time nak balik keja semalam.

Aku tak tau la salah aku ke salah orang motor tu ke sebab kepala otak aku ni dah sangat stress pikir pasal function dekat Ijok yang sengal tu.

Semalam time balik jalan memang dah jammed la. Tapi jalan nak masuk ke Shah Alam tak jammed sangat. Jalan nak keluar dari Shah Alam dah macam tak gerak je aku tengok.

Aku ni ofkos la amik jalan nak balik ke Shah Alam.

Sampai kat bulatan stadium tu dah slow dah. Masa tu aku dah memang paling depan. Depan aku pun dah tak ada sesiapa. So, aku paling la ke kanan sambil press minyak slow-slow nak keluar.

Tetiba rasa macam apesal berat sangat kereta aku nak gerak ni. Aku pandang depan tengok ada mamat ni naik motor dengan bini dia la kot pandang kereta aku sambil marah-marah ye. Aku dah macam blur. Apesal pulak ko ni?

Rupanya berat tu pasal aku dah tolak motor dia. Tapi bila masa pulak ko ada depan kereta aku ni pakcik oiiii! Lepas tu marah-marah aku pulak.


Aku malas nak gaduh aku angkat tangan je la. Tu pun mulut dia dok kumat kamit lagi. Kalau angin meroyan aku naik mau aku keluar dari kereta kot menyumpah-nyumpah. Huhuhu! Tak apa... Bulan posa kena sabarrrrrr....


Bulan lain pun kena sabar jugak sebenarnya. Hahaha!


Salah aku ke sebenarnya sebab sebelum tu memang dah tak ada sesiapa depan aku sebelum aku keluar slow-slow tu. Ko nak selit sebelah kereta aku pun boleh kan. Pi pulak ko menyerah diri betul-betullll depan kereta aku. Lepas tu aku jugak yang kena marah.