SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, November 9, 2010

Pesanan Penaja Dari Petronas ;p

Hehehe...

Belum taip dah gelak... Keji... ;p

Kak Ita jangan marah ek.

Ini cerita petang semalam. Semalam aku balik keja lewat jugak la. Memula ingat sharp pukul 5 dah nak balik dah tapi ntah apa la yang aku buat jadi lambat tu.

Dekat pukul 6 aku dah get ready kemas-kemas. Sebelum tu pi toilet dulu. Tetiba lak nak terkucil. Baik la pi toilet awal-awal sebelum aku dok menggeliat dalam kereta kan.

Balik dari toilet ada missed call dari Kak Ita. Heran jugak aku. Aku call la balik. Lebih kurang macam ni la skrip kitorang. Hehehe...

'Haa... Akak kat bulatan Stadium ni. Minyak motor abes. Takpe, akak dah call Ina mintak tolong dia datang.'

 pic search from google

Aku pun alahai.. kesian Kak Ita. Motor abes minyak tengah jalan. Sebab Kak Ita kata Ina housemate kitorang dah on da way pi dekat dia so aku dok ngokngek ngokngek lagi la kat opis.

Tetiba dalam 6.20 Kak Ita call lagi.

'Boleh tak tolong datang bawak minyak. Kitorang takde botol la nak isi minyak.'

Nasib baik sangat la aku memang tak keluar opis lagi n tempat kejadian adelah dekat. Aku ni kalau dah bawak kereta memang jarang sangat la jawab fon sebab hp aku sumbat dalam beg. Kena pulak telinga torek memang tak dengar la hp tu menyanyi. Huhuhu...

Dalam kereta aku memang ada sebijik botol mineral 1.5L letak air paip. Saje standby kot la kereta aku ni tetiba berasap senang aku simbah je. Hahaha! Motif??? Senang la kan kot aku nak basuh tangan ke apa ade la air paip tu.

So, dengan botol mineral Giant tu aku pi la stesen minyak Petronas sebab yang tu paling dekat. Terus aku bawak botol pi kaunter.

'Nak isi minyak dalam botol ni berapa hengget ek?' Sambil muka cover cun. ;p

'2.50' Jawab Bangla tu sambil sengih-sengih.

Tetiba keluar sorang budak laki keja Petronas ni terus amik botol kat tangan aku.

'Meh kak, saya tolong.'

'Minyak motor abes ke kak?' Sambil sengih-sengih.

'Member la. Saya bawak kereta.'

'Elelele kak. tak yah la nak cover.'

'Eh, betul la. Tu kereta i ok.'

'Hahaha! Ye ke???'

Sabo je la aku dengan budak bertuah ni.

'Kak, ni ada pesanan penaja dari Petronas. Lain kali cakap dengan kawan akak pastikan meter minyak tu tak sampai kat empty ye. Hehehe..'

Hahaha! Mengong je. Sempat bagi pesanan penaja.

'Kem salam kat kawan akak tu.'

Huhuhu.. Sempat lagi ko ye dik. Dah la tutup botol mineral tu pecah. Budak tu tolong tutup dengan plastik ikat getah. Aku pulak dah bawak kereta lemah gemalai sebab risau minyak tu tumpah dalam kereta pulak.

Sampai kat tempat kejadian Ina n Kak Ita tengah tunggu. Try isi minyak n start enjin terus ok. Tak sempat aku nak snap gambar sebab tengah gelak-gelak tepi jalan. Hahaha! Sangat keji gelakkan orang aku nih.

Kiranya semalam aku adelah hero penyelamat Kak Ita. Terus balik rumah Kak Ita masakkan sambal telur puyuh. Hehehe... Nyam.. nyam...

2 comments:

PearlnScarf said...

hahahahaha... lawak la budak petronas tue.

zOuL_iMMe said...

biasalah Petronas- MESRA. haha