SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, November 2, 2010

Pagi-pagi Aku Dah Membebel

Salam semua :)

Semalam aku ada kursus. Memang sehari tak mengadap laptop. Kursus 5S. Bulan 12 nak audit baru la nak kursus. Muahahaha!

Hari ni pulak dok kat opis la macam biasa. Bos semua tak ada. Lega....

Sebab aku bakal dibambu. Tau pulak tu nak kena bambu kan.

Ye la, hasil dari presentation timbalan hari tu. Kata figure tu banyak sangat. Macam la aku yang suka suki nak tambah jumlah orang miskin tu kan. Kalau boleh semua tu aku nak langsaikan. Biar cepat sikit aku dapat tukar balik.

Figure tu naik sebab orang boleh daftar online sendiri. Semua pun nak bantuan. Hari tu, baru je masuk berita malamnya, esok pagi berduyun call masuk tanya pasal bantuan padahal kitorang ni tak tau apa-apa pun.

Kadang-kadang sakit hati jugak. Sebab aku dah buat apa yang terdaya. But still macam la aku ni tak buat apa-apa. Macam la aku yang bersalah sebab figure tu naik. Bukan aku yang control sistem tu pun.

Ramai sangat orang yang pantang dengar gomen nak bagi bantuan. Berlumba-lumba isi borang. Berlumba-lumba call tanya. Banyak sebenarnya kalau aku nak bebel. Sebab mentaliti tu yang kena ubah. Asek nak harap bantuan. Sampai bila nak maju.


Sebab aku tengok banyak yang bila dah dapat bantuan ada yang tak guna pun benda-benda alah yang dibagi untuk usaha tambah pendapatan. Bagi mesin jahit tak guna, biar bersawang kat rumah. Bagi kat aku lagi bagus. Ada yang lagi best bila officer datang nak buat pemantauan tengok mesin dah tak ada. Dia kata rosak tapi sebenarnya dah jual kat orang. Masa mintak bukan main berjanji manis madu nak buat bisnes


Yang ada bila dapat bantuan tu dia buat sungguh-sungguh memang bagus la. Tak dinafikan. Tapi berapa kerat sangat yang ada semangat macam tu.


N yang jenis dibagi bantuan duit ni. Bila stop dah tak bagi meroyan-royan call marah-marah. Ada sebabnya kenapa bantuan tu distopkan. Takkan sampai anak cucu pun nak mewarisi pemberian bantuan tu. Ada anak besar-besar suruh la keja. Ini umor anak dah 21 tahun pun dia kata budak tu kecik lagi. Aku tiau kepala tu sekali baru tau.

Macam kat kampung-kampung. Banyak je tanah keliling rumah tu. Tanam la apa yang patut. Kalau tak nak tanam untuk jual pun tanam untuk makan keluarga sendiri. Ini tak. Bila aku buat lawatan terbentang je tanah tu rata macam padang bola. Bila tanya memang tu tanah sendiri. Punya la luas. Kenapa tak diusahakan?


Ada yang anak pulak dah besar panjang tapi dok melepak lagi kat rumah. Malas nak keja katanya. Kalau keja pun sebulan dah berenti. Mak bapak mintak la bantuan. Tapi boleh pulak korang pi blonde rambut, rebonding segala. Aku nak buat treatment rambut pun pikir seploh kali.


Yang paling aku rasa macam nak karate, rumah tiga tingkat besar gedabak. Laki bini keja. Tapi register online. Bila staf aku turun buat lawatan terkejut tengok. Tapi still masuk dalam kot la bibik dia yang daftar ke kan. But tak. Laki bini tu yang daftar sendiri. N bila tanya nak bantuan apa lagi. Jawapan dia, 'apa-apa la bantuan yang boleh dapat'.


Dah kaya macam tu bersyukur la. Ramai lagi orang lain yang perlukan bantuan kot. Dapat hidup senang, rumah besar gedabak tapi mentaliti hancur lebur.


Memang payah nak ubah mentaliti orang ni kan.


2 comments:

PearlnScarf said...

setuju............ asyik nk harap bnatuan x kemana la jawabnya... mintak bantuan tapi kat rumah ada ASTRO yg full package kot...

aMiYs said...

fiza - mmg pnh jumpe pon.. kata miskin tp ade astro.. officer yg melawat ni pun x mampu nk masuk astro.. huhu...