SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, November 26, 2010

Hari Sakit Perut

Salam Jumaat.

Dah Jumaat dah. Semalam apesal tah rasa sayu je. Teringat kat Amir. Hmmm....

N semalam jugak aku sakit perut. Sampai pagi ni rasa sakit. Sakit yang rasa macam nak berak tapi tak boleh berak.

Terbangun pukul 1.30 pagi sebab sakit perut tu. Terus la aku ke toilet. Tapi hape pun tak nak keluar. So, keluar toilet dok berselubung dalam selimut sampai la tertido. Tapi time berselubung tu tetiba teringat cerita hantu. Huhuhu... Dok pikir kalau aku celik mata ni ada benda kat depan mata. Memang psiko. Hahaha!

Semalam jugak orang yang ada aku pi rumah dia untuk siasat call banyak kali. Aku dah la ada meeting pagi petang. Memang tak menjawab la. Aku bengang sikit dengan dia ni. Aku dah cakap aku cuma tolong siasat. Dah bagi pun nama dia kena cakap dengan siapa. Tapi still call aku.

Hmmm... Aku nak settlekan 5S aku. Dah la semalam lawatan bimbingan 5 S consultant tu geleng kepala je. Tengok stor opis je geleng. Hahaha! Sadis ok. Dia kata macam mana nak audit dapat sijil 16hb nanti kalau gaya stor adelah sangat horror.


Nasib baik la bilik aku dia tak banyak komplen. Just suruh cari tray kecik letak barang atas meja. Tapi nak seragam untuk semua bilik officer zon kitorang. Huhuhu... Mana mau cari wei...


Ok. Perut aku meragam lagi. Nak bertafakur kejap.

Notatapaktangan : Macam banyak pulak perkataan semalam dalam entry nih. Hahaha!



No comments: