Aku cuti lagi. Tapi biasa la. Confirm cuti yang tak aman. Ada je la yang cari. Selalunya bos. Orang lain jawab pelik-pelik aku jugak la yang kena.
Takpe la. Buat aje la. Esok lusa kitorang semua yang dipinjam ni dah berambus dari opis tu pandai-pandai la korang jaga sistem tu ek.
Pagi-pagi jugak ada sorang macha ni dah call aku. Tanya pasal dia punya bantuan. Aku dengan staf aku 2 orang hari tu pi rumah dia. Sebab pejabat zon kata orang tu dah mengamuk kat opis diorang. Ni lagi 1 kes terpencil tapi kitorang ni jugak la kena hadap sebab konon kitorang punya unit memang khas untuk siasat orang.
Beb! Kalau dah urgent boleh je kot pi sendiri. Tapi mesti nak pas kat kitorang sebab konon kitorang je dah expert. Padahal setakat isi borang tu aku dah ajar dah macam mana. Fine...
Tapi orang ni jenis tak faham bahasa. Aku dah berbuih explain kata kitorang cuma tolong siasat bagi pihak orang lain. N pasal bantuan bukan aku handle. Tapi tak faham ok. Kitorang masa dok dalam rumah dia tawakal je la sebab dah jadi macam tahanan rumah selagi dia tak puas hati dengan jawapan kitorang. Huhuhu...
Ni confirm la Isnin ni dia call lagi. Keja unit kitorang memang dah selesai. Maka tolong la yang lain tu jawab ye.
N pagi tadi aku dah buat lawak yang buat Abang Misai berbulu je dengan aku. Hahaha! Dia ajak aku pi pasar. Lepas tu singgah beli santan. Aku letak santan tu kat seat belakang. Aku pun dok seat belakang jugak. Sekali bila dah sampai rumah aku lupa aku letak santan tu kat seat.
Aku angkat bontot terus terduduk atas santan tu n...
'POM!!!!'
Santan tu meletup ok. Hahaha! Pecah abes tumpah atas seat. Laki aku punya la bebel. Sebab dia ni jenis jaga kereta macam apa. Sekali bini dia ni pi buat onar pulak.
Apa lagi. Dengar la Abang Misai dok tot tet tot tet membebel-bebel tadi. Heeee....
Ok la. Aku nak pi angkut balik kain pi penyidai belakang. Tadi hujan angkut ke depan. Ni nak angkut balik ke belakang sebelum laki aku tu membebel lagi.
Berdengung oh telinga kalau orang tua tu dah start menyound.
No comments:
Post a Comment