Salam semua peminatku... ;p
Hahaha! Lempang sedas. Perasan artis la ko kan nak peminat-peminat bagai. Ok, start balik.
Salam semua kawan-kawanku. Haaa... Kan lagi mesra gitu. Matik la orang meluat. Huhuhu!
Aku baru dapat online setelah jenuh menggodek nak install berukband kat lappy ni. Biasa la. Minjam lappy opis sebab ada keja nak buat. Tapi nak buat macam mana dah tak buleh connect internet. Kalau keja aku semata-mata ngadap microsoft office tu memang aku tak heran la kan. Ni nak kena online tengok sistem segala. Dah la berukband pun sdn bhd punya.
Khamis tu kan aku kata tak sedap hati gila-gila kan. Bangun tido terus rasa tak sedap hati. Rupanya memang ada benda tak elok nak jadi.
Petang tu aku tengah bz kat opis. Perut pulak tetiba memulas. Pi la toilet. Aku kalau jejalan dalam opis tu memang tinggal hp dalam bilik. Koser la aku nak bawak kulu kilir kan.
Balik dari toilet aku tengok ada missed call dari adik aku n housemate aku Kak Ita. Aku call Kak Ita dulu. Tetiba Kak Ita kata adik aku accident. Terlompat aku kat opis okeh.
Adik aku call aku tak dapat then dia call Kak Ita. Aku call dia masa tu dia still kat hiway. Kena langgar lori dari belakang okeh. Lori bagak besar yang bawak kontena tu pulak tu. Aku dah kelam kabut la nak pi tengok dia ok ke tak semua.
Tapi aku yang bangang sebab dah gabra tersilap jalan pulak. Huhuhu... Adik aku accident dekat tol Bukit Raja. Tapi aku pi melilau kat tol Sungai Rasau. Memang rasa nak lempang diri sendiri. Siap call adik aku marah-marah tanya dia kat mana. Hahaha! Bodoh gila la. Orang tu yang accident aku pi marah lagi. Lepas tu baru aku macam dapat pikir kat mana kah tol Bukit Raja itu. Huhuhu...
Bila aku nak pi pulak dia kata tak payah. Aku dah on da way pun patah balik. Sebab adik aku dah nak balik dah. Budak lori yang langgar dia dah blah sebab gila babun nak kejar trip. Tu nanti aku cerita lain entry. Sebab entry tu memang khas camne aku naik angin macam godzilla dengan budak bawak lori tu.
Belakang kereta adik aku memang remuk la. Tapi tak la sampai pecah cermin belakang. Just boot belakang memang tak boleh bukak. N pintu belakang pun jadi tak rapat.
Adik aku cakap budak lori tu kata dia ngantuk. Dah la tak mintak maap. Aku memang berbulu gila la. Eh.. berbulu stok macam orang utan punya bulu tu.
Jumaat tu aku tak dapat update pasal bz. Nanti aku upload pic kereta yang kemek belakang tu. Petang Jumaat aku ingat nak update aku nak kena balik cepat pulak. Lappy ni pulak takde gigi biru lagi la aku malas kan nak bukak hp amik memory card masuk pulak dekat card reader. Malas.....
Semalam nak update pun tak sempat sebab aku sehari suntuk dok dalam dewan ngadap exam. Negara kesepuluh yang join ASEAN. Tolong jawab untuk aku sat. Hoh! Susah la. Huhuhu... Susah sebab aku langsung tak study. Memang tak sempat gila. Aku cuma dapat tawakal je. Hahaha! Lepas tu jawab tembak aje la labu.
Ok la. Tadi Amir Ridhwan dah bangun dari tido tunjuk-tunjuk cicak. Ni dia dengan abah dia dah tido balik. Baik aku stop sebelum dia terbangun lagi. Karang berebut la dia pun nak berblogging jugak. Muakakaka!
Esok lusa aku update. Banyaaakkkk sangat nak update kot. Hehehe...
No comments:
Post a Comment