Terperosok tepi tong sampah kat KL Sentral sambil mengupdate blog. Sesiapa yang ada kat KL Sentral kot la baca blog aku pastu kot la nak berkenalan *hahaha! perahsan* sila la cari mana-mana individu yang tengah menaip celah tong sampah. Aku la tu kot. Muahahaha!
Aku dah tak nampak kat mana yang boleh aku taruk pungkoq besaq aku ni. Semua penuh. Ramai nau orang balik kampung ye. Raya haji cuti sehari je. Mesti kes macam aku ni. Lajak cuti Khamis Jumaat. ;p
Dalam komuter nak ke KL Sentral tadi pun dah macam dalam tin sardin. Padat sendat je. Siap orang nak keluar terjerit-jerit sebab orang semua dok tolak nak masuk tak nak bagi ruang. Aku pun tak dapat tempat duduk. Dengan barang yang banyak gila.
Ni kuih akak aku la ni. Ada je benda dia kirim kalau aku nak balik kampung. Huhuhu... Berat tau tak. Macam nak patah tulang belakang tadi. Dah la all da way ke KL Sentral dari Shah Alam tu berdiri.
Terjumpa pulak kawan lama masa keja part time kat hotel dulu. Bukan main banyak barang dia dok terkepit sana sini. Hahaha! Masih seperti dulu. Muka macam bebudak. Padahal umor dah tua. Ada la dalam 30++ dah tu. Hmmm.. Tetiba teringat kenangan lama. Eceh....
Sekarang aku adelah dalam condition sangat penat n mengantuk n rasa nak tido je tepi tong sampah ni. Huhuhu... Tren pukul 9.15 nanti. Lambatnyeeeee....
Ok, sebelum aku mengundur diri. Selamat Hari Raya Aidil Adha ye kawan-kawan semua. Berhati-hati di jalan raya pada yang nak balik kampung nun.
Tata~~
1 comment:
Salam Aidiladha utk amiys sekeluarga... ^__^
Post a Comment