SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, November 11, 2010

Entry Panjang Gila. Siapa Rajin Baca La.

Salam

Selamat pagi semua. Aku masih dalam mood tekanan. Ntah apesal tah. Bangun pagi pukul 5 masak-masak. Ye aku masak. Bawak bekal pi opis. Time aku rajin je. Time aku malas nasib la makan nasik kedai.

Pagi tadi masak udang goreng kunyit. Dari awal minggu aku mengidam menda alah ni. Kubis + sawi goreng. Itu je. Simple dishes. Malas la pulak kan pagi-pagi buta aku nak masak kari kepala ikan segala.


Rajin kan aku. Tapi kalau balik kampung laki aku suruh masak muncung aku boleh sangkut hanger. Aku tak suka masak kat kampung. Sebab aku tak tau segala asam garam kat mana mak mertua aku taruk. Plus aku segan kalau mak mertua tengok aku masak. Plus plus aku segan kalau mak mertua aku rasa masakan aku n tak sesuai dengan selera dia. Lepas tu mula la aku merepek sendiri terbayang mak mertua aku buat muka kelat-kelat tanda aku masak tak sedap. Padahal mak mertua aku ok je. Hahaha! Gila psiko kan aku ni.

Tapi hati aku masih rasa tak sedap ye sekarang. All the way nak pi keja rasa macam nak patah balik ke rumah n sambung tido.


Oh, semalam aku telah membuat 1 anjakan paradigma pada diri sendiri. Apa anjakan paradigma tu sebenarnya. Aku saje je sebut sebab macam best guna term tu. Muakakaka! Bongok kan.

Aku telah men'sound' bos kecik dengan jayanya. Depan 2 orang member opis ni pulak tu. Anjakan paradigma tak? Ke kurang ajar? Hahahaha! Ada aku kesah?!


Sebab aku dah sakit hati gila babi. Babi pun tak sakit hati macam aku. Serius ok. Jangan gelak-gelak. ;p

1 unit kitorang ada 6 orang staf. 2 pegawai tetap. 2 kontrak. n 2 staf tetap aku. N dengan senang hatinya just aku n staf aku je kena jaga sistem sebab kononnya tu baby aku. Segala mak nenek sistem ni kena ada kat finger tip aku je la senang cerita. Fine... Aku tau tu memang job aku.


N tetiba pulak HQ nak buat meeting petang esok nak bincang pasal sistem n blablabla pasal kemiskinan ni. Aku pulak ada exam Sabtu n nak balik kampung petang esok jugak. Aku mintak la excuse suruh dia ganti dengan orang lain.

Dia cakap,

'Eh.. Tak boleh... Itu baby u. U kena la pegi. Kalau orang lain pegi nanti diorang tak tau jawab. U je yang boleh jawab benda-benda ni.'

Ntah darah panglima mana dah masuk dalam badan aku terus aku jawab,


'Puan, bukan saya sorang je. Semua orang pun kena tau. Nak harap saya sorang je susah la.'

Muka bos kecik terus macam lain. Sebab aku dah bengang sangat. Asal ada je nama sistem tu semua dok lambak kat kitorang bertiga. Sampai function time weekend untuk register segala pun biar aku terkontang kanting. Diorang pulak sibuk nak spend time dengan family la. Dah janji nak bawak anak cucu berjalan la.


Abes aku ni takde anak??? Dah la dapat jumpa anak dengan suami pun weekend tu je. Time tu pun nak curi jugak dari aku? Lepas tu cakap itu pengorbanan. Eh, bodoh la ok.

Puas hati aku dapat sound sebijik depan muka dia. Selama ni aku diam je. Ye la, kalau tup tup aku dapat tukar ke apa nak harap pada siapa pulak. Semua terus melingkup kat situ? Nak harap staf aku dia dah la jenis tak caya staf bawahan. Aku kat kampung pun dia sanggup call tanya benda simple yang dia boleh tanya kat staf aku yang ada kat opis. Ntah apa-apa.

Ni confirm la penilaian prestasi aku hujung tahun dia bagi sikit je ni. Tahun lepas pun sikit apetah lagi aku dah menjawab macam tu kan. Hahaha! Matik la.


Dah panjang lebar aku bebel. Puas hati ok. Yang tak sedap hati ni tak tau la kenapa. Ish, peduli la. Aku nak buat keja. 


Tata~~



4 comments:

puterikurekure said...

sabar beb sabar. aku keje swasta so kalau part tegur2 bos ni takdehal kot. sebab penilaian aku macam biasa jugak aku dapat. gomen lain eh. jenis simpan dalam gitu.

ko blah je balek kampung. semua benda ko buat naik lemak la diorang.

aMiYs said...

intan - dh abes sbr dh ni.. nk blah blk kpg x dpt2 lg.. smpi rase nk amuk kat hq nih...

Suliana said...

sabor je la.. sekali kena sound best jugak ni. tiba2 rasa bersalah di hujung hari.. hehe.. eh, ko kata ko kontrak? dah serap ke?

aMiYs said...

su - mmg puas ati.. haha! aku tetap la.. tp lom confirm.. dh berjanggut pun x confirm2.. tah pe2..