Sekarang ni musim orang sakit. Amir baru je keluar wad last week. Isnin Selasa aku berkampung kat wad. Dia demam lepas raya haji. Lepas tu ok. Aku kan kena pi Putrajaya hari Jumaat. Sabtu tu dia demam balik. Tak nak makan. Minum lagi la payah budak bertuah tu. Jenis tak suka minum air.
Ahad tu memang dia demam panas naik turun. Petang tu bawak la ke klinik. Aku dah ugut kalau tak mau minum air aku nak hantar dia pi hospital. Doktor pun cakap dehydration. Tapi budak ni ada batu duduk atas kepala ok. Tak minum gak. Paksa minum air glukos muntah pulak. Malam tu pukul 1 badan dia panas sampai 39 degree. Hayak la ke hospital. Surat refer ada klinik bagi. Sebab lepas masuk ubat bontot pun tak kebah petang tu memang dapat la habuan. Dah tak pasal aku kena marah kat hospital dengan doktor padahal diorang pun masa aku sampai bukan terus masuk jumpa doktor. Suruh amik no giliran dulu. Nak menyampai ke next number pun dah setengah jam. Amir dah lemau. Allah permudahkan, tetiba ada atendan nak check suhu budak yang tetiba datang pasal demam n nampak Amir. Terus dapat potong q.
Jumpa doktor. Aku kena bebel. Kena mandikan dia. Tukar baju. Terus hantar masuk wad. Berkampung la aku 2 hari kat wad kanak-kanak. Bengkok tulang tido atas katil kecik sebelah Amir. Tido pun tak cukup. Amir pulak kena masuk air dekat 5 botol. Masuk air 2 botol terus. Haaaaa.. Tak nak sangat minum air kan.
Lepas tu dugaan hari Sabtu pulak. Hana muntah dari pukul 2 pagi sampai 5 pagi. Tak masuk wad la. Bagi ubat tahan muntah abang dia dapat kat klinik masa demam tu. So, lembik sikit la minah tu.
Kelmarin n kelmarin dulu diorang cirit pulak. Aku pulak demam + selsema. Nak drive kereta balik dari opis pun aku dah rasa nak muntah. Sehari sebelum Deepavali tu aku siap boleh stop dulu kat Petronas rehat sebab kepala berpusing n loya melampau. Hari ni pun still ada rasa meloya tu. Angin penuh dalam badan la ni. Kena minum teh halia gamaknya buang angin.
Nak datang keja pun tak larat tapi memikirkan keja berlambak datang la jugak. Sob.. Sob... Aku dah hilang sorang assistant kat opis ni dalam masa sebulan or lebih. Eksiden sabtu lepas. Patah rahang, patah hidung, patah tulang bahu. Confirm MC lama. Teruk gak la keadaannya. Aku pi tengok Ahad lepas.
Waaaa... Muntah tengok keja berlambak-lambak macam ni.
SaYa SayaNg AnDa :)
Showing posts with label Kena Marah. Show all posts
Showing posts with label Kena Marah. Show all posts
Thursday, October 23, 2014
Tuesday, August 24, 2010
Kena marah la
Tadi ada orang call marah-marah. Sob.. Sob..
Aku kan handle orang yang nak mendaftar dalam pangkalan data miskin tu kan. Orang tu marah pasal dia kata dah lama dia hantar borang tapi apesal nama dia tak ada dalam sistem.
Dia hantar kat cawangan. Cawangan pulak kata dah forward kat hq. Kat hq tu kat aku la. Lepas tu dah marah-marah aku pulak.
Ramai sangat dah orang mengaku miskin ni uncle. Sampai tak terjejak nama uncle ada ke tak ada. Rerupanya ada. Staff aku tak dapat detect. Dah bos dia ni la nak menjawab.
Tapi dengan segala skill lemah lembut, sopan santun dan penuh kesabaran dan kesusilaan aku berjaya menekel uncle tak marah-marah lagi. Huhuhu....
Dah la uncle cakap ubah-ubah. Kejap pencen banyak tu. Kejap silap tukar pulak. Aiyoooo... Boleh pulak macam tu.
Tak apa la. Aku ni tengah cuba menonjolkan ciri muslimah sejati. *muntah.. hohoho* Maka sabar je la ye senah. Kena marah pun senyum padahal dalam hati dah macam naga berapi-api.
Terus migrain makin teruk. Tapi still boleh kontrol senyum lagi. :):):)

Subscribe to:
Posts (Atom)