SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Pasar Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Pasar Ramadhan. Show all posts

Thursday, May 31, 2018

Setengah Bulan Dah Puasa

Dah nak raya kome. Sekejap je kan dah setengah bulan puasa. Aku punya juadah berbuka memang jarang sangat la beli kat pasar ramadan ni. Ada tak ada beli roti john. Hari tu aku keluar pi pasar ramadan Kubang Semang (orang sini panggil pasar Parit Busuk) pun beli kuih sejenis. Lebih tu membeli kat anak je sebab Debab ikut. Padahal puasa yang yok je minah tu. 😂😂😂 Layankan aje la.

Debab hari tu dah kurus kejap. Demam punya pasal. Tapi bulan puasa ni dia makan banyak. Nampak naik balik sikit badan dia. Time berbuka tu dia boleh tambah sampai 3-4 kali tau. Periuk nasi stand by kat sebelah. Selalunya dia la tukang perabes nasi tu. Senang keja omak. Terus boleh basuh periuk esok pagi masak nasi lain.

Tapi nak bangunkan dia sahur macam nak pi berperang. Huhuhu.. Menjerit menangis aje la. Ni la bila manja terlebih. Bila la hang nak dapat adik ni Debab oiii... Hahahaha! Empat adik hang main kat syurga tu haaa... Rindu pulak bulan-bulan Ramadan ni. Semalam lagi tak ketahuan hala nak nangis tapi ayaq mata tak mau keluar. Bukak Quran baca bagi tenang sikit. Hmmm... Dah tua ni syahdu je kejanya.

Baju raya aku ada dah. Bahahaha! Baju raya Debab dengan Amir la tak beli lagi. Abah diorang tu bila nak belikan tak nak. Tak nak sudah. Bukan tak nak belikan online. Tapi diorang ni cerewet sikit. Amir lagi la. Asal baju raya je kaler hijau. Dari kecik sampai besar ni baju raya dia kaler hijau. Tone aje lain-lain. Ahahaha! Baju t-shirt raya pun banyak kaler hijau. Fanatik hijau ni.

Ok la. Nak sambung keja. Zaman Tun kena kerja lebih. Tun dah umur 93 pun kerja lagi. Kita yang muda ni banyak buang masa je. Huhuhu... Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk Tun.

I 💗 PM

eh, tetiba 😆

Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H

Assalamualaikum

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua. Hari ni 1st day puasa. Alhamdulillah.. Allah S.W.T bagi lagi peluang pada kita untuk berpuasa tahun ni.

Tahun ni Amir nak try puasa. Hehe.. Pagi tadi bangun sahur awal. Pukul 5 dah bangun. Dengan Hana debab sekali bangun. Si debab tu pun nak puasa jugak katanya. Hahahaha! Selalu lambat buatkan susu pun mengamuk. Tahan ke tak makan minum sehari budak bertuah tu tah.

Amir bawak botol air pun tak nak pi sekolah. Amir nak puasa jugak katanya. Baiklah Amir. Aku bagitau dia kalau tak tahan cakap dengan cikgu. Sengih aje la mamat tu.

Bersahur semalam dengan bebudak tu je la. Laki aku tak balik. Sibuk dengan bot rosak opis dia. Hari ni pun tak tau la dapat balik ke tak. Kalau tak berbuka la aku dengan mak mertua n bebudak tu je.

Balik ni jangan jem la hendaknya. Bulan puasa ni jem selalu lain macam sikit. Kali ni dah spare buah kurma kat dalam kereta. Macam tahun lepas ahkak ternganga dalam kereta sebab jem teruk. Tak ada apa nak makan buat berbuka. Terpaksa merempit ke stesen minyak cari air n roti.

Berbuka ni nanti pun tak rancang apa nak makan. Tengok mak mertua masak apa kita sapu aje la ye. Kalau sempat menyinggah pasar ramadhan kita singgah. Teringin pulak nak makan ayam percik uols. Ayam pusing tu nanti suruh laki aku je beli. Tiap tahun puasa mesti nak merasa ayam pusing padahal boleh aje kan nak panggang sendiri. Gediks sangat.

Ok, selamat berbuka dan bersahur la buat korang yang berpuasa ye. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T . Kalau larat malam pi terawih. Aku terawih kat rumah aje sebab tentera dua orang tu tak reti dok diam. Sat lagi tak kusyuk solat mak ko pikir anak berlari dalam masjid. Haha!

Bye!

 

Thursday, July 26, 2012

Tak Jumpa Parking

Barang yang aku beli online dah sampai rumah. Tadi mama call kata barang sampai. Aku guna address rumah mak pak aku. Guna address rumah sendiri karang dengar la bebelan suamiku itu. Hehehe...


Tak menyabor nak try nih. Aku beli apa? Beli slimming suit. Kihkihkih... Fefeeling nak kuruskan badan kekdahnya. Kena pulak bulan posa. Lagi menggigih la kan dengan harapan dapat effect berganda bila dah tak makan lepas tu pakai pulak slimming suit. Lemak perut aku ni dah berbuai-buai la. Hahaha!


 Pooodahh! Nak slim kunun. Padahal makan berbuka macam tak jumpa nasik setahun. Hewhewhew ;p


N mama pesan air kelapa. Balik ni mencari air kelapa la kita. Semalam Amir pesan donat. Aku ni nak masak tak ada masa. Cari la dah siap. Aku rasa kalau aku dok rumah sesaje dah memacam la aku membaking.


Tapi semalam nak stop kat bazar ramadhan Ya Allah, macam nak pengsan cari parking. Aku bawak slow-slow sambil jenguk-jenguk haram tak ada parking. Orang belakang aku mesti berbulu je. Sudahnya aku lajak balik rumah. Berdoa dengan harapan jumpa orang jual kuih tepi jalan dekat kawasan rumah.


Alhamdulillah, ada. N donat yang dicari pun ada. Aku beli 2 ketul donat. 1 donat biasa, 1 lagi donat celup coklat. Karipap 2 ketul n seketul cucur badak. Tapi Amir tak abes makan pun. Tak apa la, at least dapat puaskan hati budak bertuah tu kan.


Hari ni teringin sangat ayam percik. Hmmm... Doa-doa ada parking kat bazar ramadhan kubang semang tu. Kesian mama teringin air kelapa. Memang la dia cakap tak apa la kalau tak ada. Tapi tak sampai hati pulak.


Semoga berjaya mencari parking petang ni. ;)



Wednesday, August 25, 2010

Jarang pi param

Dah 15 hari puasa baru perasan.

Aku banyak masak kat rumah dari pi param@baram. Tak sampai 5 kali kot pi param. Ye ke? Ye kot.... Huhuhu... Itu pun param dekat seksyen 7 ni. Dekat stadium tu tak pernah sampai lagi.


Dok kat rumah aje masak mana sempat. Tapi sebab aku selalu balik sampai rumah dah dekat pukul 6 housemate aku la yang selalu masak. Aku tolong makan je. Hikhikhik... Tq ye korang. :):):)

Selalunya aku masak untuk sahur. Ofkos, lauk wajib sahur adalah telur. Tak kira la telur masak apa pun. Sebab itu paling senang. Akekeke...


Tapi pagi tadi aku tak masak. Aku tolong tanak nasik je. Kak Ita kesian tengok aku migrain dari semalam tak hilang-hilang. Aku dah tau punca kepeningan itu. Kerana air kopi...

Aku suka kopi. Tapi sebab migrain aku jarang sangat minum kopi. Tapi kalau dah jumpa aku adalah tak boleh berenti. Eh.. Macam pantun la. Hahaha!


Sekarang aku adalah mengantuk sebab makan actifast 2 bijik time sahur tadi nak kasi hilang sakit kepala tu. Jadinya actido la. 

Petang ni berbuka apa ye? :D





Sunday, August 22, 2010

Amir pun dah pandai rindu Ummi

Assalamualaikum. :)

Hari ni Ahad. Boleh pulak aku beronline ye. Pinjam lappy kak ita. Huhu.. PC aku tu tak cari lagi monitor baru. Bajet tarak. :(

Semalam memang sungguh la bukak puasa memparamkan diri. Aku beli nasi beriani kambing. Banyak gila. Macam nak pecah perut mengabeskan. Tak abes karang rugi pulak. Nasib la tak banyak beli benda lain.

Semalam video call dengan Amir. Masa Abang Misai hala ke Amir dia sibuk main tudung aku. Kata Abang Misai tido pun dia peluk tudung tu. Muka Amir pun sebik je tengok muka ummi semalam.

Kesian anak ummi. Rindu kat ummi ye. Sabar ye sayang. Jumaat ni ummi dah ada kat rumah. Boleh kita berkepit puas-puas.

Ok la, aku nak pi beli barang dapur sikit kat Giant. Ingat nak masak sambal jawa hari ni. Adik aku pulak nak masak bihun sup.

Hehehe... Time-time puasa ni memang kerajinan melampau sikit. ;p