SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, July 26, 2012

Tak Jumpa Parking

Barang yang aku beli online dah sampai rumah. Tadi mama call kata barang sampai. Aku guna address rumah mak pak aku. Guna address rumah sendiri karang dengar la bebelan suamiku itu. Hehehe...


Tak menyabor nak try nih. Aku beli apa? Beli slimming suit. Kihkihkih... Fefeeling nak kuruskan badan kekdahnya. Kena pulak bulan posa. Lagi menggigih la kan dengan harapan dapat effect berganda bila dah tak makan lepas tu pakai pulak slimming suit. Lemak perut aku ni dah berbuai-buai la. Hahaha!


 Pooodahh! Nak slim kunun. Padahal makan berbuka macam tak jumpa nasik setahun. Hewhewhew ;p


N mama pesan air kelapa. Balik ni mencari air kelapa la kita. Semalam Amir pesan donat. Aku ni nak masak tak ada masa. Cari la dah siap. Aku rasa kalau aku dok rumah sesaje dah memacam la aku membaking.


Tapi semalam nak stop kat bazar ramadhan Ya Allah, macam nak pengsan cari parking. Aku bawak slow-slow sambil jenguk-jenguk haram tak ada parking. Orang belakang aku mesti berbulu je. Sudahnya aku lajak balik rumah. Berdoa dengan harapan jumpa orang jual kuih tepi jalan dekat kawasan rumah.


Alhamdulillah, ada. N donat yang dicari pun ada. Aku beli 2 ketul donat. 1 donat biasa, 1 lagi donat celup coklat. Karipap 2 ketul n seketul cucur badak. Tapi Amir tak abes makan pun. Tak apa la, at least dapat puaskan hati budak bertuah tu kan.


Hari ni teringin sangat ayam percik. Hmmm... Doa-doa ada parking kat bazar ramadhan kubang semang tu. Kesian mama teringin air kelapa. Memang la dia cakap tak apa la kalau tak ada. Tapi tak sampai hati pulak.


Semoga berjaya mencari parking petang ni. ;)



3 comments:

@e_da said...

parking mmg susah.. nak masak tak sempat kadang2.. harini g naik motor ngan hubby.. legaaa

|| a - j . E . E || said...

amir request donat tu macam feeling puasa plak ek.. hehehe takpe amir.. praktis request macam2 kat ummi :)

aMiYs said...

ieda - nk pi naik motor kena bwk 2 org budak bertuah tu... haha! parking sesak btul... semua malas masak.. hehe..

ajee - amir mmg feeling2 dia posa... klu org ckp dia x posa nnti dia jerit2 marah.. hehehe...