Assalamualaikum
Macam biasa. Pagi Isnin je jem yang dahsyat. Setengah jam tunggu nak masuk ke tol jambatan je. Aku pun tak tau apa la yang jem teruk sangat.
Dan memang patut Malaysia tersenarai dalam senarai negara yang kurang sopan. Sebab ada pemandu yang aku tak tau otak diorang letak kat celah mana. Kesabaran dah tentu la tak ada. Boleh selamba potong queue n menyelit masuk dari emergency lane. Mana la tak jem.
Sebab bulan puasa maka mulut aku ni automatik jadi tak reti nak memaki. Tapi merungut la sikit-sikit. Lori tangki minyak petronas yang gedabak besar tu pun dengan selamba badaknya oke potong ikut emergency lane lepas tu menyelit depan kereta aku. Dia ingat dia bawak lori mainan yang kecik cinonet tu ke?
Orang lain pun nak pi keja jugak. Dok pikir merah je punch card. Tapi tak ada la sampai nak potong queue macam tu.
Dah la potong queue. Bila orang tak bagi masuk pi cucuk-cucuk pulak. Aku cucuk bijik mata tu kang. Eh, emo pulak. Hahaha!
Sabar je la kan. Sabar.... sabar... sabar....
Istighfar banyak-banyak.
No comments:
Post a Comment