SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, July 26, 2012

Susahnye Kalau Abang Misai Keja Malam

Alaaa.... Abang Misai ni bulan-bulan posa pun kena keja malam. Tension tau hakak nih.


Tension pasal nanti aku bangun nak sahur dibuatnya si Hana tu ikut bersahur lagi masih boleh bertahan. Karang aku nak mandi segala macam mana la.


Selalu kalau dia terjaga time aku nak pi mandi boleh ampun lagi la abah dia ada nak tengok budak bertuah tu. Kalau tak keja dia nak peluk kaki aku je. N kalau aku mandi n abah dia pi buat keja lain dia akan pi nangis-nangis depan pintu bilik air. Sambil tu ketuk-ketuk pintu. Sayu je bunyi. Alahai....


Nak letak dalam baby cot takut dia panjat je la. Hana ni lasak bukan main. Kuat memanjat sana sini. Memang selalu kena tengok mana je dia pi n apa je dia buat. Dah la habit masukkan segala benda yang dia kutip dalam mulut tu masih rancak. Pitam aku.


Abang Amir oke je kalau nak suruh tengok adik. Sebab Amir ni sayang bebenor kat adik Hana dia. Kalau orang cakap nak tinggal adik rumah Toksu tak nak bawak balik siap la dia melalak oktaf ke 7. Adik buat la apa pun kat dia memang redho je la. Kena tendang ke, kena gigit ke. Tak pernah buat adik balik la.

Tapi setakat tengok gitu-gitu boleh la. Kot adik dia panjat katil segala Amir nak buat apa. Takat jerit panggil ummi je la. Bukan boleh dia dukung adik dia tu. Huhuhu...


Hai... Bulan-bulan posa ni tak payah la keja malam. Nak pi cari orang jual mercun gamaknya.