SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 3, 2012

Bising Je Keja Ko Kan

Ok, aku dah la ngantuk. Banyak keja nak setel. Mata ni jenuh dah aku buntangkan.


Lepas tu pulak ada la yang call aku dok bising-bising. Apesal letak nama staf dia untuk pi kursus 8-10hb ni. Diorang ada keja lain kena buat.


Eh, hello!!! Aku hantar email tu kat ketua seksyen je kan. So, ape masalahnya. Ko tarik je la nama staf yang ko tak nak bagi pi. Lepas tu pas balik kat aku. N baru la bagitau kat staf mana yang boleh pi, mana yang kena stay opis.


Macam susah sangat pulak. Bising nak kena bincang dengan pengarah dulu la, hape la. Aku ni dah banyak benda lain nak buat. Nama tu aku nak kena submit kat jabatan yang nak handle kursus tu. Pengarah jugak yang suruh aku cari nama orang yang langsung tak pi kursus 1 hapah pun.


Kononnya kalau staf tu dapat tau yang dia dapat kursus tapi lepas tu kena tarik nanti staf bising-bising. Adoi laaa.... Takkan la staf bising pun ko tak boleh terima. Adat la tu. Nama pun bos. Takkan ko nak dapat nama baik je sepanjang masa. So, kalau tak nak buruk nanti nama aku jugak la tu naik kan.


Eh, suka hati korang la. Aku dah penat macam-macam nak kena buat. Korang banyak cekadak. Lain kali buat sendiri.


Pengarah ni pun 1 hal. Lain kali keja admin jangan bagi orang teknikal buat. Orang teknikal ni banyak hal nak pikir pastu nak kena cover keja admin pulak.


Emosi sungguh haku petang-petang ni!



1 comment:

Kesuma Angsana said...

bersabar jelah byk2 yek!. buatlah apa yg kita termampu je