SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 3, 2012

Si Kecik dan Si Besar

Assalamualaikum


Macam biasa la, aku kat opis. Maklum la, wanita berkerjaya. Hikhikhik...


Lelangit aku tengah luka ni. Apehal tah. Apa la yang aku tokak sampai boleh luka. Macam ala-ala bengkak gitu. Ni kalau makan coklat memang boleh meleleh air mata kepedihan ni. Jadi, sila elakkan coklat. Dan makanan pedas juga. Atau merana la kamu sendiri.


Nak bagitau, Hana dah pandai jalan. Yeaayyyy!!! Tepuk tangan untuk anak dara saya yang sekarang ni berusia 10 bulan lebih. 8hb ni cukup 11 bulan. Macam cepat je dia besar. Isk...


Gambo adik manis tu dalam hp. Malas aku nak masukkan. Sat lagi kalau free *ada ke free time* aku up la sekeping dua.


Dan Abang Amir semakin petah. Mengenakan orang pun pandai jugak.


'Ummi, kenapa lori ni berhenti?'


Masa tu Amir tengah main lori mainan dia. Tengah tolak-tolak dia stop. Lepas tu tanya aku macam kat atas tu.


'Mana la ummi tau. Lori Amir rosak ke?'


'Tak la. Lampu merah la ummi. Kena la berenti. Apa la ummi ni.'


T_______T


Sabor je la ummi dia terkena dek budak bertuah ni. Huhu...


Ok, sambung keja sekarang.



No comments: