SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, July 19, 2012

Kejadian-kejadian Pagi Khamis Ini

Assalamualaikum


Macam biasa la, kat opis. Petang ni aku nak siapkan keja luar la. Ada lagi 2 borang aku nak kena setel. Malas aku nak dok opis lama-lama. Kematu vontots oke.


Pagi ni hujan lebat yang amat. Pukul 5 tu kilat n petir berdentum. Terus tendang suis letrik kat rumah tu. Aku bangun tengok kipas semua padam. Lepas tu tanya soklan bodo kat laki aku.


'Abang tutup kipas ke?'


Laki aku tengok je aku lepas tu jawab.


'Tadi bunyi petir punya kuat. Tak dengar ke?'


Aku dengar. N aku tau laki aku tak bangun pun. Tapi saje nak tanya soklan beramas mesra. Huahuahauahua!

Time nak pi keja still hujan. N masa on da way nak menghantar bebudak pi rumah Toksu aku nyaris je terbabas masuk longkang. Sebab aku dengar bunyi pelik kat belakang. Hana dok dalam car seat kat belakang. Amir dok depan. Bunyi macam mengunyah. Disebabkan nak pastikan bunyi apa aku toleh ke belakang. Pusing balik depan sipi je lagi nak menjunam ke longkang.


Nak tau bunyi ape? Bunyi Hana gigit n isap sudu. Mana la dia dapat sudu plastik tu. Semalam memang ada dia main sudu tu dalam rumah. Si Hana ni hobi dia menggigit n mengutip benda bawak masuk mulut. Kalau tak ada apa nak gigit abes jari dia basah dia masukkan dalam mulut. Gatal gusi ke hape ntah la.


Tadi pulak jammed kat hiway Lim Chong Eu. Eh, betul ke aku eja tu? Ah... Tibai.... Mesti ada eksiden. N memang confirm ada eksiden. Tapi dah alih ke tepi. Rakyat Malaysia kan prihatin. Jammed pasal slow orang nak tengok apa jadi. Hish... Tension aku yang nak pi keja ni tau. Nasib punch card tak merah.


Tu je la. Aku nak start buat keja. Babai!



1 comment:

Kesuma Angsana said...

berhati2 len kali yek!