SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 24, 2012

Makan Apa Berbuka?

Ramainyeee orang update pasal juadah berbuka posa. Meleleh ayaq liuq aku tengok tau. Siap ada rendang kambing bagai. Terus mengidam nak rendang kambing. Tapi mana mau cari daging kambingnya. Daging kambing ni susah sikit kan nak cari. Ke aku yang tak tau nak cari kat mana? Hahahaha!


Hari 1st berbuka biasa-biasa aje. Mak mertua aku masak sotong kembang masak sambal. Aku goreng papadom, masak sayur campur campak-campak. Apa lagi ek. Macam penuh meja tapi aku lupa. Hehehe... Oh, laki aku ke pasar ramadhan cari ikan bakar. Mak mertua aku teringin.


Jiran sebelah dengan gigih buat kuih ketayap bagi kitorang. Hari kedua makan apa? Mak mertua aku masak gulai ikan keli kot ke ikan apa yang macam keli tu. Hahaha! Failed nama ikan. Tapi mak mertua aku pi berbuka kat rumah adik dia. So, aku masak kerang goreng kunyit n celur ulam (ni pun tak tau nama apa jugak. hahaha!). Laki aku beli ayam goreng.


Semalam pulak aku balik pun dah pukul 6 lebih. Tak sempat nak tolong apa pun. Tolong hidang je la. Lauk ayam masak kicap, ikan kering goreng bawang, Sayur campur dengan suhun (Amir suka sangat suhun. Dia panggil bihun sup. Kahkahkah!). Air ribena. Dah 2 hari minum ribena. Kelas kau Jah! ;p


N jiran aku dah 3 hari berturut-turut bagi kuih. Aku ni dah naik segan sebab apa pun tak bagi kat dia. Ingat weekend ni nak goreng bihun la bagi. Hari kedua kuih karipap. Semalam kuih cara. Rajin bebenor buat kuih. Terima kasih ye akak jiran.


Oh, gambar juadah berbuka takde. Tak sempat nak snap. Pasal melayan Hana yang suka sangat memfollow aku ke sana sini. Dah la kuat memunggah. Penat aku nak kemas balik.


Teringin aku nak makan ayam golek. Agak-agak kalau request kat Abang Misai dia nak layan tak?

3 comments:

gee ryder said...

baca menu berbuka pun dah terliur, belum tengok gambar lagi hehe

Kesuma Angsana said...

begitulah untungnyer kalau dapt jiran2 yg baik hati mcm ni!..murah rezki kita ...

|| a - j . E . E || said...

hana tu nanti kompem rajin tolong ko kemas tpi bila da besar la.. sekarang ni dia tolong bagi ko kemas lebih sket.. hahaha