SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Servis Kereta. Show all posts
Showing posts with label Servis Kereta. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Aku telah swipe card cdt tanpa rasa bersalah di hati ;p;p;p

Dah selamat ada kat opis balik. Yaribba! Yaribba!

Amboi.. Seronok sangat kan senah. Dah la tadi tanpa rasa bersalah telah mengswipe kad kredit bayar duit servis kereta. Lepas tu garu-garu kepala la time nak bayar duit kad kredit tu nanti.


Aku pun tak tau dah aku buat servis major ke kerusi ke. Yang penting cukup aje kilometer memang aku hantar. Hahaha! Aku memang tau bawak je. Kalau orang suruh aku godek apa-apa wassalamu aje la ek.

Yang mahal tadi tu sebab servis aircond. Servis Advisor tu cakap kalau 30 ribu memang kena servis aircond. Dia la yang cakap. Bukan aku. Aku angguk aje kepala. Ko godek la kereta aku apa yang patut.

Ada jugak la aku mengadu pasal kereta tu. Kalau lalu jalan yang tak rata memang bunyi macam ada benda longgar. Takut jugak la aku kan. Karang tiba-tiba tengah syok drive, tengok-tengok enjin dah tertinggal tengah jalan. Hahaha! Lawak bodoh.

Tapi SA tadi buleh tahan hensem.

Eh, sempat lagi menilik muka orang kan. ;p

Aku makan bubur aku beli pagi tadi je untuk lunch. Diet!

Asal cakap pasal diet nak emo-emo. ;p

Eh, lupa pulak. Tadi aku pi pusat servis ada driver tolong hantar kan. Mula-mula ingat nak naik cab. Dah call dah. Siap melangut depan guard house tu tunggu cab. Tapi driver opis kebetulan nak balik rumah. So, dia tolong hantar.

Baik-baik sungguh driver kat opis aku ni.







Kereta dihantar servis... Patah la kaki sekejap...

Hish, serabai serabut aku ni haa...

Keja dah tunggang langgang. Dengan minit mesyuarat yang memeningkan kepala lutut aku ni. Benda tak pernah bagi tiba-tiba kata ada edarkan lepas tu siap ada dateline n nak suruh aku jawab. Aku nak cekau tang mana weh.

Bila aku call hq tanya diorang pun kata tak pernah edarkan apa-apa. Dah buta-buta aje aku nak jawab pasal benda alah ni. Bos karang mesti dok potpet kata ada. Adoi laaa....

Tadi aku hantar kereta pi servis. Servis 30 ribu km punya. Hari ni pulak semua orang tengah patah kaki tak ada transport. Huhuhu...

Aku dah blur dah tadi macam mana nak hantar kereta lepas tu nak balik opis. Karang aku tunggu kat perodua tu mau makan tahun la. Ada pulak opis buat panggilan rindu mencari aku. 


Tanya kat driver nasib baik la ada yang dapat tolong. Lega!

So, driver tolong amik aku kat pusat servis tu tadi.


Dah la aku macam terbangang-bangang bila orang perodua tu kata nak buat ozon. Aku angguk aje la. Tiba-tiba dia tanya aku,

'Cik tau ke ozon tu apa?'

Hahahaha! Aku terus menggeleng sambil tersengih kambing.

Rupa-rupanya ozon tu nak cuci kereta bagi bau-bau kurang enak tu hilang. Kira bau macam kereta baru beli la. Wakakaka!


Lain kali jangan tanya pasal kereta kat aku ek. Aku tau bawak aje. Huhuhu...