SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, July 7, 2010

Kereta dihantar servis... Patah la kaki sekejap...

Hish, serabai serabut aku ni haa...

Keja dah tunggang langgang. Dengan minit mesyuarat yang memeningkan kepala lutut aku ni. Benda tak pernah bagi tiba-tiba kata ada edarkan lepas tu siap ada dateline n nak suruh aku jawab. Aku nak cekau tang mana weh.

Bila aku call hq tanya diorang pun kata tak pernah edarkan apa-apa. Dah buta-buta aje aku nak jawab pasal benda alah ni. Bos karang mesti dok potpet kata ada. Adoi laaa....

Tadi aku hantar kereta pi servis. Servis 30 ribu km punya. Hari ni pulak semua orang tengah patah kaki tak ada transport. Huhuhu...

Aku dah blur dah tadi macam mana nak hantar kereta lepas tu nak balik opis. Karang aku tunggu kat perodua tu mau makan tahun la. Ada pulak opis buat panggilan rindu mencari aku. 


Tanya kat driver nasib baik la ada yang dapat tolong. Lega!

So, driver tolong amik aku kat pusat servis tu tadi.


Dah la aku macam terbangang-bangang bila orang perodua tu kata nak buat ozon. Aku angguk aje la. Tiba-tiba dia tanya aku,

'Cik tau ke ozon tu apa?'

Hahahaha! Aku terus menggeleng sambil tersengih kambing.

Rupa-rupanya ozon tu nak cuci kereta bagi bau-bau kurang enak tu hilang. Kira bau macam kereta baru beli la. Wakakaka!


Lain kali jangan tanya pasal kereta kat aku ek. Aku tau bawak aje. Huhuhu...







1 comment:

mrzn said...

Skrg ni ade servis camtu eh..nak buat ozon gak la, kete bau mcm pasar daaa..