SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 6, 2010

Aku nak balik sekarang jugak!

Nak balikkk!!!

Masuk keja lambat ada hati nak balik cepat. Hahaha!

Serius, tahap produktiviti aku dah makin menurun. Mintak tukar tak dapat-dapat memang terus out of service la keja aku.

Itu salah satu sebab kenapa tahap produktiviti tak membanggakan. Tapi aku heran kenapa bos-bos aku ni semua tak alert. Mentang-mentang la diorang semua family celah ketiak je. Itu pun menggelupur nak balik jugak. Ceh!

Ni keja menimbun ni aku dah rasa nak shred aje semua sekali. Wakakaka! Berfikiran jahat di situ.

Pagi tadi aku datang pun ada maklumbalas minit mesyuarat nak kena buat. Pulak tu dateline pukul 10 pagi tadi. WTHill la. N paling menganginkan 1 badan aku ni minit tu dah ada dari semalam tapi tak ada orang lain nak buat. Diorang cakap itu part aku so aku kena jawab sendiri.

Amboi.. Amboi.... Sedap sungguh telinga aku ni dengar.

Bila korang hilang tiba-tiba aku tolong jawabkan maklumbalas. Langsung tak berbunyi pun aku suruh tunggu sampai diorang balik ke apa. Ini ayat 2-3 baris pun nak berkira.

Kalau aku tak datang hari ni nak call aku suruh jawab minit tu dari rumah ke?







No comments: