SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 19, 2010

Hati kaca.. Sangat sensitif...

Ye... Aku kat opis... Keja banyak.... Baru abes meeting dengan bos tengok paperwork merapu aku.

Dah lama jugak kot aku tak dok opis ni sampai malam. Since beranakkan Amir. Eh, ye ke? Hahaha! tak ingat lah.

Dan baru aje berjaya menghabeskan toated pocketful yang dibeli pagi tadi. Dah sejuk. Tak sedap. Kulit jadi keras kejung. Huhuhu... Maka aku telah mengelat dengan makan isinya saje. Huahuahau! Tak aci betul. ;p

Rindu sangat la kat Amir. Rindu tengok dia gelak-gelak nakal bila ummi marah dia panjat-panjat dekat kerusi meja makan. Rindu tido dengan dia kat sebelah. Rindu nak mandikan dia n dia main air.

Semua orang cakap senang. Ada orang puluh-puluh tahun tak dapat tukar. Takkan tak boleh sabar. Itu orang lain. Ini aku. Cuba kalau kena kat diri sendiri. Menggeletek pi jumpa bos mintak tangguh. Mintak tukar suka sama suka.

Dalam keadaan aku sekarang tak ada orang nak tukar suka sama suka. Dapat bos besar yang memang tak suka orang ajar dia buat keja. Pada dia sesiapa mintak tukar tu mengajar dia buat keja la.

So, apa lagi choice yang aku ada? Aku cakap kalau aku dapat jawatan yang lagi rendah dari sekarang pun aku sanggup terima. Tapi orang lain marah. Kenapa?

Sebab diorang tak rasa apa yang aku rasa. Kalau ada yang pernah rasa pun dah dapat tukar dah pun. Siap boleh gurau senda lagi yang dia dah dapat tukar. Sampai meleleh air mata aku. Sedih sangat.

Berapa lama sangat aku lekat kat kampung since abes SPM. Setahun. Itu pun setahun kena keja. Kumpul duit. Tak nak susahkan orang. Time cuti semester pun keja kumpul duit bayar yuran. 

Bercinta jarak jauh. Bertunang jarak jauh. Kahwin jarak jauh. Dapat anak pun masih jauh. Orang tau ke apa problem sebenar aku nak mintak tukar? Tak tau.... Aku sorang je yang tau.

So, kalau tak tau boleh tak jangan menyampuk.

Dah. Tiba-tiba aku emosi. Ntah la. Hati aku ni hati kaca sekarang. Sensitif sikit. Prang! Berderai.




1 comment:

i'm the girL said...

isk apa kata ko mintak abg misai yang cari keje kat shah alam? macam sangat susah je ko nak tuka balik penang kan.. sian ko jauh2 dengan amir.... *nanges!*