SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 9, 2010

Settle meeting

Baru je abes meeting dengan jayanya. Bukan pengarah chairman so gumbira ok. Sebab kalau pengarah yang chair aku ni asek la kena tembak je. Macam-macam soalan cepumas dia bagi. Timbalan ni sebab dia agak kamceng dengan aku so dia tanya dia jawab sendiri. Ahahaha!

Oh, aku berjaya makan hanya setengah senduk nasi. Syabas bette! Syabas! ;p

Petang ni ada makan-makan lagi pulak. Ada farewell party untuk staf yang dah berhenti n bertukar dari opis ni.

Dengar cerita makan nasi briyani. Huh! Perlu ke buat majlis makan-makan time aku tengah gigih nak turunkan perut yang dah sama tinggi dengan tetek aku ni.

Maka, lagi sekali perlu berjuang menahan nafsu makan. Huhuhu...

Kejap lagi nak tido la kejap. Mimpi makan briyani dalam tido aje la. Sob... Sob...

Eh, malam ni aku balik kampung. Tapi aku balik laki aku pulak pi kursus lagi 2 minggu kat Langkawi tu. Kesian la Amir. Umi nak bawak datang sini abah tak bagi pulak. Dia cakap kesian Amir kena usung ke sana sini.

Hmmm...

Aku nak tido kejap la.




1 comment:

i'm the girL said...

kesian kan amir ke kesian kat umi amir? la la la ~