SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, July 29, 2010

Kan dah glamer dengan tiba-tiba

Huiii.. Lapar... Lapar... Dia punya lapar tu macam boleh abeskan sekor ostrich. Hahahaha! Mengidam makan ostrich pulak.

Sebab hari ni dok terkejar lagi ke sana ke sini. Aku ni dah boleh jadi pelari negara pulak. ;p

Oh, aku nak story pengalaman aku menyiku orang dalam tren balik ke KL last week. Baru hari ni la aku nak jadi mak joyah kepochi ni. Dah berapa hari bz. Hari ni pun bz tapi buat-buat tak bz.

Masa aku naik tu mamat ni tengah tido. So, aku cuit-cuit la sebab aku nak duduk. Dia dok dekat seat aku yang sebelah tempat orang lalu lalang tu. Seat dia patutnya tepi tingkap. 

Aku cuit siap panggil 'Dik ooo Dik...'


Haram tak menguit ko. Punya la nyenyak gila dia tido.


Aku cuit lagi. Kali ni kuat sikit la. Panggil lagi. Pun tak bergerak. Tido ke mati? huhuhu... Budak perempuan 2 orang dok kat seat sebelah lagi tu dah sengih-sengih dah.


'Kak, ketuk je kepala dia.'


Wah! Ganas betul budak perempuan ni. Hahaha! Tapi aku kan insan sopan santun lemah lembut gitu. Wakakaka! Maka aku teruskan sesi cuit mencuit. Rasa macam nak tunjal kepala dia pun ada sebab langsung tak bangun ni. Huhuhu...


Last-last aku goyang badan budak tu kuat-kuat. Baru la bangun. Tu pun mamai-mamai. Tapi dia bangun suruh aku dok seat tepi tingkap pulak. Ok, tak apa la sebab aku memang suka dok tepi tingkap kan. Tambah pulak budak lelaki. Kalau dia yang dok tepi tingkap ada la aku tido tak lena kejap-kejap dia nak keluar smoking ke hape kan.


Aku duduk aje mamat ni terus duduk sambung tido. Hoh! Dasat betul la. Lepas tu tiba-tiba mata dia macam terbeliak lepas tu badan goyang-goyang macam orang meratib tu terus nak baring atas aku. Apekah???!!!


Terus aku macam, 'Hoi! Apa ni?!'


Mamat tu dah kena sergah terus tegakkan badan n sambung tido. Hish! Gila ke apa la dia ni. Horror ok.


Tak lama lepas tu aku dengar dia bercakap pulak. Heran la aku. Bercakap dengan siapa pulak tadi tido macam orang mati. Rupanya dia mengigau la pulak. Siap tangan tunjuk sana sini. Cakap siam pulak tu. Sah orang siam. Huhu...


Berapa kali dia ngigau aku pun tak tau la. Lepas tu tiba-tiba pulak masuk jajahan aku. Siap lentok-lentok lagi wei. Aku rasa macam duduk guna sebelah bontot je ok.




Korang tengok, macam mana terlentoknya mamat ni. Aku nak tido pun dah macam tersepit ok.

Lepas tu tangan pulak keja asek la nak menyiku aku. Aku ni pulak terpaksa mengcover tetek sebab asal dia siku je mesti hala ke situ. Mau aku tak hangin.

Ada sekali tu time aku tengah tido tiba-tiba dia tolak aku sebab nak amik space banyak terus aku geram gila aku siku dia lepas tu aku buat bunyi marah ye. Terus senyap tido tegak tak menguit dah lepas tu.

Kan tak pasal-pasal dah glamer aku tepek gambo kat sini.



5 comments:

puterikurekure said...

beb. cian awak. memang bengang gile la kalau ngan orang camtu.

kalau kita, lama dah pi jerit kat dia. huhu.

Suliana said...

hahaha.. kasihan.. aku pun ada pengalaman mcm tu.. bengang jugek..

Intan Inn said...

erm bahaya uga tue..kalau saya dah tak duduk situ..bgtau jer kat drebar tak selesa duk ngan lelaki mcm tue.nasb lah tak amik kesempatan kan..aishh..bahay lah..hati2 pas nie k..

ejaMaria said...

hahaha... aku pernah kena gitu... ape yg aku buat aku tekan pin tudung kat tangan dia yg nak menggatal tuh... hahaha terus memekik... pastu elok je tido tegak... padan muke... aku suke jadi zalim dlm senyap... bukan takat jd silent reader je... hehehe

zee nazeri said...

Kalau lg cerah pic dia, tentu lagik glemer bdk bertuah tu..huhuhu