SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 19, 2010

11 months already aaaa...

Cuba tengok kat ticker kat atas tu.

Hari ni Amir genap 11 bulan. Tak sangka dah 11 bulan anak ummi. Next month cukup setahun. Banyak yang ummi miss out kan. Sebab kita dok jauh. Sob.. Sob... 


Rasa macam sekejap sangat Amir dah membesar. Tak puas lagi ummi nak gomol-gomol geram dengan dia.

Tak lama lagi mesti dah pandai jalan pulak. Hopefully, by raya Amir dah pandai jalan. Mesti comel tengok anak ummi terkedek-kedek sana sini salam orang. Itu pun kalau Amir tak takut la. Hahaha!


Apa perkembangan Amir 11 bulan ni ye...

  • Gigi bawah Amir dah tumbuh 2 batang. Hehehe... Tajam ok. Kalau bagi dia nasi hancur tu suka dia ngap sekali dengan jari ummi. Ouch!
  • Dah pandai berdiri n jalan-jalan paut tepi meja n kerusi. Sebenarnya dia boleh je berdiri sendiri tak pegang apa-apa kalau tengah kusyuk main. Tapi bila dah sedar tiba-tiba pulak jadi takut terus pegang meja or anything yang dekat dengan dia. Gayat kot.
  • Suka makan roti. Hari tu Amir telah merampas roti dari tangan cousin dia terus sumbat masuk mulut. Hahaha! Semua orang gelak tengok perangai dia.
  • Akan melonjak-lonjak depan grill bila ummi or abah start kereta or motor. Lepas tu melalak kalau tak bawak dia jalan.
  • Suka main air. Kalau time mandi tu dia la sibuk pegang hose air tu. Kalau tutup air lepas tu angkat dia mengamuk k.
  • Kalau bosan dok dalam baby cot dia akan baling semua benda keluar dari baby cot tu. Abes semua bantal berterabur dekat lantai. Dengan harapan orang bawak dia keluar. Hahaha!
  • Amir dah pandai marah orang kalau orang marah dia ye. Nanti dia sibuk dok 'Haip! Haip!' jugak kat orang tu.
  • Suka tunjuk-tunjuk. Kalau tanya mana cicak nanti tunjuk kat siling. Tanya mana ayam dia cari ayam n tunjuk.
  • Ni paling tak boleh handle, suka sangat main bebird dia kalau ummi bukak pampers. Bila ummi marah lagi seronok dia pegang n gelak-gelak. Adoiiii....
  • Senang bila orang lain nak pakaikan pampers. Tapi kalau dengan ummi dia tak nak. Dia nak berbogel. Huhuhu....
  • Suka cium orang lagi la kalau jumpa budak baya-baya dia or kecik sikit. Tu tandanya dia sayang ye.
  • Dia masih kenal ummi dia. :):):) Kalau orang lain pegang still dia akan nak kat ummi jugak. Ummi love u....
Banyak lagi keletah budak bertuah Amir ni. Sekarang dah ada gigi lagi la. Keja nak gigit je. Just kulit Amir ni macam sensitif la. Balik hari tu muka dia penuh bintik-bintik macam kena gigit nyamuk. Alololo... Dah lari sikit kehenseman dia. Hahaha!


Apa pun ummi sayangkan Amir sangat-sangat. MMMMUUUUAAAHHHH!!!! Amir jangan lupa kat ummi ye.


Oh, sayang sama spidey... :):):)

Thanks ummi belikan Amir belon spidey :)

Pic adalah pic masa Amir dok sebulan dengan ummi hari tu.





4 comments:

@e_da said...

Happy 11 month amir.. auntie doa sgt2 by raya ni amir n mika dah bleh jalan.. baru syok kita beraya.. hihi.. bulan depan dah setahun kan.. eeeeeeee kejap je rasa

puterikurekure said...

yeay!!! dah 11 bulan dah amir bucuk ni.
:)

ejaMaria said...

kejap je kan...
nanti... tau-tau je dah berjalan... tau-tau minta nak aiskrim... tau-tau mintak nak adik... ayyoo... huhuhu

zee nazeri said...

Lagi sebulan Amir leh sambut birthday..yeay..yeay