Aku kat opis dah. Tapi macam ala-ala pelik sebab opis macam sunyi gila. Nak kata aku sampai awal sangat lagi 15 minit je pun nak pukul 8. Parking pun lengang je hari ni. Heran... Heran...
Pagi ni pun macam mendung-mendung je kat Shah Alam ni. Kat tempat lain hujan ke?
Owhhhh... Sangat banyak keja nak kena settle hari ni sebab esok ada meeting. Aku nak kena siapkan slide before lunch hour so staf aku boleh fotostat n susun dalam file untuk ahli mesyuarat. Karang aku bagi petang sangat ada pulak yang balik lambat. Kesian ok.
Aku baru nak buat slide hari ni sebab presentation aku nanti based pada sistem yang aku jaga ni. Sistem ni pulak stok report dia lap 1 hari. Kalau hari ni ko update esok baru keluar report tu. So, harus la sehari sebelum meeting baru aku hegeh-hegeh.
Ada je jenis report tu real time. Tapi sengal bedah la aku sebab yang real time tu ko nak kena klik satu-satu. Tak koser eh aku.
Aku puasa hari ni. Baru pagi tapi kesabaran memang kenipisan sungguh la. Sebab pagi-pagi kat tengah jalan tu ada makhluk buat aku rasa macam nak keluarkan ayat-ayat kurang elok. Huhuhu....
Drive kereta gila slow macam siput tapi dok lane laju. Pulak boleh selamba even aku kat belakang ni dah rapat.
Dekat traffic light lagiii la dia slow. Hadoiiii... Senak otak aku ni tahan daripada mengeluarkan ayat-ayat yang boleh buat puasa aku ni jadi puasa tahan lapar je ok.
Eh, ok la. Aku nak kena catch up benda-benda yang nak kena settlekan hari ni.
Adios amigos. Ada masa aku update. :):):)
1 comment:
isk isk kalau da nipis sangat sabar tuh alamatnye buka pose je la.. :p
Post a Comment