SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, March 28, 2013

Amir dan Hana

Suka sangat tengok Hana masa ni. Pakai topi kait. Tapi topi tu bertahan atas kepala dia tak sampai 5 minit. Huhuhu...

Hana jenis tak suka benda letak atas kepala. Topi langsung tak nak pakai. Sebab aku nak amik gambor je la dia pakai sengih-sengih tu. Lepas tu selamat kena tarik.

Dah setahun 7 bulan dah budak Hana ni. Sekejap je rasa dah 2 tahun. Dah pandai macam-macam. Cakap sebutir-sebutir lagi. Dah pandai cakap nanti becok macam Abang Amir la tu. Hahahaha!

Dan sangat melekat dengan ummi. Masih menenen lagi. Kuat berlari pulak tu. Ke sana sini berlari saje. Yang kita ni punya la risau takut jatuh tersembam. Dia relax je.


Dan suka menggigit juga. Kesian Abang Amir, selalu jadi mangsa. Berbekas tangan Amir semalam kena gigit. Dia kata adik gigit masa kat rumah mak. Alahai...

Amir pulak dah bijak sangat bercakap. Tu gambar atas tu pasal aku suruh senyum. Kalau suruh Amir senyum macam tu la. Hahahahaha! Abah dia cakap jangan senyum pasal Amir takde gigi. Takde dia kisah pun. Hihihi...

Semalam abah diorang pi gerudi apa tah dalam bilik sebelah. Amir yang tengah melepak main dalam bilik berlari keluar. Takut la, apa lagi. Penakut Ya Rabbi. Tengok cerita hantu nak tapi mesti nak suruh aku teman. Paling suka cerita Hantu Kapcai dengan Halimunan.

Up entry sebab rindu kat budak 2 orang tu. Tengah tido agaknya sekarang.



Purple Walk

 Assalamualaikum

Entry adalah hasil daripada gambar peraman dalam henfon. Tu namanya idea dah tandus macam padang pasir.

Ok, ni gambar sekitar Purple Walk 17hb yang lepas. Dah 2 minggu baru terhegeh-hegeh nak update kan. Lemak yang hilang time berjalan tu pun dah bertambah balik. Kahkahkah!

Ni masa baru sampai. Belon tu selamat lagi kat situ.

Dalam surat kata pukul 7 dah kena ada kat Politeknik Seberang Perai. Aku pulak pukul 7 tengah sibuk melayan Hana kat rumah. Konon rasa pukul 7 tu awal sangat la kan.

So, 7.20 gitu baru aku gerak. Sampai kat Poli tu diaaaa! Dah ramai maknosia ye. Siap bas berderet tepi Poli tu. Aku memang sah la malas nak parking dalam. Kununnya takut nanti kalau aku nak blah awal stuck kat dalam Poli. Kihkihkih!

Kornar pi Petronas cari parking. Penuh la pulakkkk. So, kita dengan bijaknya pi masuk kat kawasan sebelah Petronas tu. Ada medan selera. Parking situ. Keluar parking tengok sebelah kereta staf opis jugak. Hahaha! Pemikiran sama sangat kan.

Lepak kat dalam Poli dapat la beg kecik comey macam ada orang pegang dalam pic kat bawah ni. isi kandungan beg adelah roti coklat seketul, air mineral sebotol, air milo sekotak. Jarak berjalan adelah dari Poli sampai ke McD Bandar Perda lepas tu patah balik.


Ni aku snap sambil berjalan. Tapi non hado la ahkak jalan sampai ke McD tu ye. Orang yang dah sampai sana melaung-laung suruh patah balik. Atenya diorang ni buat jalan sehala je. Tak ada ruang untuk orang yang nak patah balik. So bila orang depan dah patah balik orang yang belakang ni pun kena la pusing jugak. Takde keja la aku nak bersondol-sondolan di tengah jalan. Aku jalan sampai bus stop tepi Poli je. Wakakakaka!


Masuk balik Poli diorang tengah lepaskan belon. Tu yang bintik-bintik tu gambar belon la.


Tempat perlepakan aku lepas berjalan setakat sekangkang dinosor. Yang datang rasmikan adelah pak menteri ye. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Ni no cabutan bertuah aku. Tapi tak bertuah la pasal tak dapat hadiah. Hahaha! Hadiah utama tv 42 inci ko. Kalau dapat acane aku nak usung bawak balik. Kihkihkih.. Verangansesajepompuannikan.


 
Dan ini la dia muka tuan tanah kedaung yang hitam berkilat melekit berlengas. Semua ada. Pakej all in one. Tapi time tu memang panas melengung pon. Tak pi main panas pun muka dah macam ni. Kalau aku dok tengah panas tinggal nampak mata putih dengan gigi je la. Eh, tudung purple nampak macam tudung biru pulak.

Ok, tu saje updatenya. Aku nak pi cafe. Laparnya la wei....



Wednesday, March 27, 2013

♥♥♥ Berjumpa Sahabat Lama ☺ ♥♥♥

Assalamualaikum

Semalam aku berjimba lepas balik keja. Hahaha! Bukan la berjimba sakan pun. Nak pi jumpa kawan 1 opis kat Shah Alam dulu. Dia pun dah tak dok opis tu sekarang. Kiranya lepas aku balik Penang ni baru jumpa balik la. Betul tak Zura? :)

Jumpa Zura sebab dia kebetulan ada keja dekat Penang. Stay pulak kat Hotel The Summit Bukit Mertajam. Cantek sangat dah tu sebab aku balik keja memang lalu area situ kalau amik kakak aku. Kalau la ko stay kat hotel belah Pulau sana nangis la aku. Hahaha! Aku buta jalan kat bahagian pulau nun ye. Tau jalan pi balik keja saje n lagi 1 jalan ke kedai tupperware. Wakakaka!

Dah lama kot aku tak pi Summit Bukit Mertajam tu. Last aku melahu kat sana mebi masa aku keja kilang. Oh, kalau ke sana sekarang rasanya seperti berada di luar negara ya ibu-ibu dan bapak-bapak. Sungguh ramai sekali orang bukan warganegara di sana. Berbilang bangsa pulak tu. Adududuh....

Tak ramai orang pun kan... Sedih.... Dulu happening sangat kat sini. Artis pun banyak buat roadshow sini. Sekarang non hado!

The Store kat dalam tu pun dah lama tutup. Sekarang Econsave pulak ganti. Kita tengok pulak berapa lama Econsave tu bertahan ye. McDonald pun dah takde kot kalau tak silap aku. Tutup semuanya. Ade la KFC n Pizza Hut. Pizza tu pun kat kompleks BM kat sebelah Summit. 

Sila jangan ke Pizza Hut itu kerana servisnya sangat menyedihkan. Aku dah kena semalam. Tunggu sup sampai abes makan tak datang-datang. Atenya baru nak masak. Fast food apa kejadahnya jika begitu adik-adik. Tengok sup tu gaya dah tinggal suku pi la masak lain. Ni ko tunggu sup tu sampai kering kontang terus baru la menjerang sup kat dapur ye. Sangat lembap gayanya. Segala meat ball pun abes. Eh, banyak la nak komplen. Tapi sebab dia tengok muka aku dah macam tooot *letak sendiri perkataan yang dirasakan sesuai* maka time bayar tu dia tak kira kopi ais yang akak aku minum. Sup pun time aku dah abes bayar pun tak dapat lagi. Jenuh menunggu ko menapau ye dik.

Lepas makan aku gerak ke bilik Zura n akak aku pi spy Econsave dengan Kak Su. Rindu sama kamu wahai sahabatku Zura. Hehehe... Zura kata aku dah kurus time bukak pintu. OMG... Jangan ko tertipu wahai Zura. Lelemak badan aku sangat tepu ni. Hahahaha!

Berborak la kami dalam sejam gitu. Anak-anak Zura sangat la comel. Shahir dan Shahirah. Sebaya dengan Amir dan Amirah. Tengok, nama pun seirama gitu. ;p

 Dari gambar ini sudah menunjukkan aku tidak la kuruih. Dagu berlapis-lapis macam kek lapis. 
T_______T'
Oh, itu Shahirah. Rambut yang mahal tu. :)


Shahirah yang cheeky. Boleh ngam pulak dengan aunty ye Shahirah. Ok, amik gambar dari sisi untuk mengcover kegemukan terlampau.

Gambar Shahir dengan Zura pulak takde. Huhu.. Takpe, lain kali aku jumpa ko kita amik gambar together gether ye. Hehehehe...

Rasa tak puas berborak sebab macam banyaaaaakkkk sangat cerita. Hahaha! Tapi aku kena balik la sebab mak buyung dah tunggu.

Time balik pun ada jugak cerita. Aku nak siapkan keja dulu. Kalau ingat ada la cerita. Kalau tak ingat ya ampun la ye.

Babai!

Monday, March 25, 2013

Musim Kepanasan

Assalamualaikum

Bos takde. Horeaaayyyyy! Horey lah sangatnya.

Bos takde pun kena buat keja. Nak siapkan report untuk meeting Jumaat ni. Dah la seksyen kitorang kena organize perjumpaan dengan pengarah pulak next week. Botak kepala nak fikir banyak-banyak ni.

Nak cerita pasal apa ni. Cerita weekend la ye. Weekend minggu lepas tak ada ke mana pon. Melepak kat rumah menternak lemak. Semenjak rumah dah selesai renovate aku rasa macam duduk dalam ketuhar yang bersaiz sebesar rumah.

Panasnya lahai... Tu dia... Baru panas dunia dah berkeluh kesah kan. Panas kat akhirat esok lagi tak tertanggung la.

Penang sekarang jarang hujan. Baru la 2-3 hari lepas hujan petang. Tapi siang masih lagi hot n spicy. Tengok jam kat rumah yang ada suhu tu memang tak lari la 38°- 39°. Hana sah-sah berlenggeng dengan pampers je. Amir je yang suka pakai baju. Hahahaha! Omak eh kena la pakai baju. Ate gila nak berbogel dalam rumah dengan pintu cermin. Mau tetiba orang duduk berlonggok depan rumah tengok tiger show. Muahaha!

Tido malam jangan cakap la. Berguling-guling si Hana kepanasan sampai tertido. Amir? Dia tak kisah. Panas ke sejuk malam cukup time tetap tido. Kejap-kejap hana bangun. Bukan pasal nak nenen ke susu ke tapi kepanasan. Kesian budak bertuah sorang tu.

Disebabkan kesian kat anak *guna alasan anak ye* maka ummi dengan abah terus berkunjung ke kot mamot lepas flyer datang ke rumah. Mencari portable aircond kekdahnya. Nak beli aircond pasang kat dinding tu lambat. Jadi kita beli dulu portable aircond. Poyo kan.

Beria ni pi cari aircond kat kot mamot jusco Perda tu. Tapi tak ada. Hoih... Kot ye jual kat certain store je tolong la state kat flyer tu. Ni bila aku tanya sales assistant *laki aku yang tanya sebenarnya* portable aircond ada ke tak, ni jawapan dia,

'Portable aircond tu macam mana ye?'

Danggggg!!!! m(><)m

Nak cover malu gamaknya,

'Dah tengok kat tempat aircond?'

'Pasal dah tengok tak ada la kami mai tanya.'

T_________T

'Kalau dah tak ada tu sini memang tak jual la cik. Kat store Penang ada rasanya.'

Boleh ye main rasa-rasa.

Ok, takpe. Kita pi tengok kat SenQ pulak. Berjalan la aku sambil mengelek si Hana n pimpin Amir. Budak 2 orang ni semua nak ummi saje. Pengsan aku kalau dok rumah. Abahmu tersenyum gembira.

Dekat SenQ pulak mahai bebenor rasanya. Maka mengorak langkah masuk dalam Jusco pulak. Ada la tinggai sebijik brand Pensonic. Harga pun boleh la setelah mengorek kocek dan mengintai mesin ATM.

Dah la datang dengan MyVi. Besor gabak la pulak aircond tu. Bersungguh budak sales assistant tu dengan laki aku menyumbat aircond tu sampai berjaya. Kalau car seat anak takde memang boleh muat. Dah aku terpaksa menyardinkan diri dengan Amir n Hana kat seat depan. Hahahaha!

Sampai rumah semangat ko pasang. Dalam bilik jadi sejuk tapi luar bilik jadi panas berbahang sebab angin kompresor dia kena halakan ke luar. Walahwei.... Dah la instruction manual tak lengkap. Sampai hari ni aku masih tak jumpa macam mana cara nak keluarkan water tank kalau tank tu dah penuh air.

v( ‘.’ )v

Sesiapa tau tolong bagitau ok. Karang tak pasal aku godek sampai hancur aircond tu.


Friday, March 22, 2013

Rumours Memang Best Ye

Assalamualaikum

It's break time n aku dok jadi jaga dalam opis. Tak ke mana-mana. Dan kelaparan yang amat padahal tadi dah membantai nasi goreng.

Nak update gambar tak terupdate. Alaa... Gambar aku pi Purple Walk minggu lepas je pun. Muka berkerak-kerak tengah panas memang tambah berkilat la kan. Hahahaha! Dah la jalan kaki separuh jalan dah kena patah balik. Ntah apa-apa.

Aku agak stress dan memerlukan cuti sebenarnya. Macam-macam benda jadi kat opis ni. Rasa nak penyekeh sorang sedas. Tapi lepas tu pikir 'eh, lantak ko la nak mengata aku pun. Sila hulur pahala banyak-banyak pada aku.'


Yeah... Memang itu la yang sedang terjadi. Bercerita itu ini pasal aku yang diberitahu oleh orang lain. Percaya bulat-bulat pulak tu siap menyampai-nyampai. Bukan nak tanya aku pun.

Tak apa. Mengata banyak-banyak ye. Bila Allah nak balas tu haaa sekejapan je.


Wednesday, March 20, 2013

5S Punya Pasal

Assalamualaikum

Sedang mengalutkan diri sendiri. Mencari sesuatu di dalam bilik. Apa yang aku cari? Name card company. Hahahaha!

Gara-gara 5S. Semua aku sisih. Lepas tu cari dah tak jumpa. Meja dah clear. Kabinet n laci pun clear. Lepas tu aku yang bengong mencari name card tu tak jumpa. Aku terbuang ke?

Rasanya macam tak buang pun. Ada aje aku letak kat tray ni. Tapi bila check tak ada la pulak.

Kena mententeramkan diri dulu ni. Biasa la, barang kalau kita nak sangat time tu la hilang entah ke mana. Bila tak cari ada pulak kat depan mata.

Eh, ada banyak aku nak up gambar tapi sekarang amat la busy.

Sabar ye.

Hahahaha! Macam kan ramai peminat sangat yang tak sabar menanti tu.

;p


Tuesday, March 19, 2013

Bos di sebelah


Aku kat usm ni. Ada sesi apa tah. Kena hayak dek bos. Staf kesayangan kekdahnya.

Sebab dia ada kat sebelah maka tak boleh update panjang berjela.

Dah, aku nak tengok movie ni.

Kahkah!

Posted via MyAndroid

Thursday, March 14, 2013

Untuk Kamu Wahai Sahabat

Assalamualaikum

Oh, kebizian setiap hari lah aku ni. Hari ni saje menjenguk kejaaaap je. Buat syarat blog berisi. Hahahaha!

Nak kena siapkan paperwork. Nak kena siapkan report.

Buat seorang sahabat... Tabah lah ye. Aku ada jika kamu mahu berkongsi sebarang cerita. 

Ini untuk kamu...


Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu wahai sahabat. Ramai orang yang sayangkan kamu. Aku pun sayang ko jugak.

Allah sentiasa bersama kamu.

Senyum selalu... :)


Monday, March 11, 2013

Mulut Lelaki Macam Joyah Adalah Sangat Nak Kena Lempang

Tak faham aku dengan spesis lelaki yang mulut menjoyah macam perempuan. Dah pi haji tapi sibuk mencanang cerita pasal orang ke sana sini.

Kalau benda yang diceritakan tu betul pun dapat dosa je lebih sebab dok sebar cerita pasal orang.

Lain kali tanggal je kopiah kat kepala tu.

Dengar sebelah pihak lepas tu cakap macam kenal sangat dengan orang yang diumpat tu.

Pelik... Pelik...




Ye, Balik La On Time

Assalamualaikum

Dalam FB aku dah tepek. Rasa nak tepek kat sini pulak.

Kihkihkih...

Memang syok kalau tampal kat notice board. Sentap abes la orang yang suka membezakan aku dengan dia tu kan.

;p


Thursday, March 7, 2013

Bergoyanglah Kita

Assalamualaikum

Dah berhabuk blog ni aku tak update kan. Bz sangat la tu kekdahnya.

Oh, aku memang bz. Keja banyak. Tapi orang cakap aku tak buat keja. Buat keja separuh jalan. Goyang kaki. Maka aku pun nak tunaikan permintaan orang bermulut longkang itu.

Marilah bergoyanggggg... Marilah bergoyangggg....

Semalam pun aku goyang-goyang je dok kat hotel tunggu tetamu kat meja pendaftaran. Ada seminar semalam. Alaaa... Seminar yang aku goyang kaki tak buat keja ni la.

Sekarang pun aku goyang 1 badan jugak. Goyang tangan siapkan report n minit mesyuarat. Ehhhh... Memang... Aku suka bergoyang lah. Tak tau lagi ke?

So, pada yang mulut longkang sangat tu mengata orang anda pun sama. Goyang badan je tunggu orang hantar report kan?


Monday, March 4, 2013

Mari Berdoa Demi Keselamatan Semua...

Assalamualaikum

Pagi-pagi dirundung kesedihan. Dengar HOT FM pasal peristiwa Lahad Datu. Dah 8 anggota terkorban.

Pasang pulak lagu Inilah Barisan Kita. Laju je air mata aku mengalir.

Semoga Allah S.W.T melindungi anggota keselamatan yang berjuang di Sabah sana dan rakyat-rakyat Malaysia yang lain. Semoga penceroboh berjaya ditumpaskan.

Dan pada aku isu ni tak perlu dipolitikkan. Sedih aku tengok masih ada yang mempolitikkan isu macam ni. Macam dah tak ada benda lain dalam kepala otak untuk difikirkan.

Berdoa semoga semuanya selamat. Dan mendoakan roh anggota yang terkorban dicucuri rahmat. Semoga keluarga mereka tabah.

Amin.....