SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, March 27, 2013

♥♥♥ Berjumpa Sahabat Lama ☺ ♥♥♥

Assalamualaikum

Semalam aku berjimba lepas balik keja. Hahaha! Bukan la berjimba sakan pun. Nak pi jumpa kawan 1 opis kat Shah Alam dulu. Dia pun dah tak dok opis tu sekarang. Kiranya lepas aku balik Penang ni baru jumpa balik la. Betul tak Zura? :)

Jumpa Zura sebab dia kebetulan ada keja dekat Penang. Stay pulak kat Hotel The Summit Bukit Mertajam. Cantek sangat dah tu sebab aku balik keja memang lalu area situ kalau amik kakak aku. Kalau la ko stay kat hotel belah Pulau sana nangis la aku. Hahaha! Aku buta jalan kat bahagian pulau nun ye. Tau jalan pi balik keja saje n lagi 1 jalan ke kedai tupperware. Wakakaka!

Dah lama kot aku tak pi Summit Bukit Mertajam tu. Last aku melahu kat sana mebi masa aku keja kilang. Oh, kalau ke sana sekarang rasanya seperti berada di luar negara ya ibu-ibu dan bapak-bapak. Sungguh ramai sekali orang bukan warganegara di sana. Berbilang bangsa pulak tu. Adududuh....

Tak ramai orang pun kan... Sedih.... Dulu happening sangat kat sini. Artis pun banyak buat roadshow sini. Sekarang non hado!

The Store kat dalam tu pun dah lama tutup. Sekarang Econsave pulak ganti. Kita tengok pulak berapa lama Econsave tu bertahan ye. McDonald pun dah takde kot kalau tak silap aku. Tutup semuanya. Ade la KFC n Pizza Hut. Pizza tu pun kat kompleks BM kat sebelah Summit. 

Sila jangan ke Pizza Hut itu kerana servisnya sangat menyedihkan. Aku dah kena semalam. Tunggu sup sampai abes makan tak datang-datang. Atenya baru nak masak. Fast food apa kejadahnya jika begitu adik-adik. Tengok sup tu gaya dah tinggal suku pi la masak lain. Ni ko tunggu sup tu sampai kering kontang terus baru la menjerang sup kat dapur ye. Sangat lembap gayanya. Segala meat ball pun abes. Eh, banyak la nak komplen. Tapi sebab dia tengok muka aku dah macam tooot *letak sendiri perkataan yang dirasakan sesuai* maka time bayar tu dia tak kira kopi ais yang akak aku minum. Sup pun time aku dah abes bayar pun tak dapat lagi. Jenuh menunggu ko menapau ye dik.

Lepas makan aku gerak ke bilik Zura n akak aku pi spy Econsave dengan Kak Su. Rindu sama kamu wahai sahabatku Zura. Hehehe... Zura kata aku dah kurus time bukak pintu. OMG... Jangan ko tertipu wahai Zura. Lelemak badan aku sangat tepu ni. Hahahaha!

Berborak la kami dalam sejam gitu. Anak-anak Zura sangat la comel. Shahir dan Shahirah. Sebaya dengan Amir dan Amirah. Tengok, nama pun seirama gitu. ;p

 Dari gambar ini sudah menunjukkan aku tidak la kuruih. Dagu berlapis-lapis macam kek lapis. 
T_______T'
Oh, itu Shahirah. Rambut yang mahal tu. :)


Shahirah yang cheeky. Boleh ngam pulak dengan aunty ye Shahirah. Ok, amik gambar dari sisi untuk mengcover kegemukan terlampau.

Gambar Shahir dengan Zura pulak takde. Huhu.. Takpe, lain kali aku jumpa ko kita amik gambar together gether ye. Hehehehe...

Rasa tak puas berborak sebab macam banyaaaaakkkk sangat cerita. Hahaha! Tapi aku kena balik la sebab mak buyung dah tunggu.

Time balik pun ada jugak cerita. Aku nak siapkan keja dulu. Kalau ingat ada la cerita. Kalau tak ingat ya ampun la ye.

Babai!

No comments: