SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, March 25, 2013

Musim Kepanasan

Assalamualaikum

Bos takde. Horeaaayyyyy! Horey lah sangatnya.

Bos takde pun kena buat keja. Nak siapkan report untuk meeting Jumaat ni. Dah la seksyen kitorang kena organize perjumpaan dengan pengarah pulak next week. Botak kepala nak fikir banyak-banyak ni.

Nak cerita pasal apa ni. Cerita weekend la ye. Weekend minggu lepas tak ada ke mana pon. Melepak kat rumah menternak lemak. Semenjak rumah dah selesai renovate aku rasa macam duduk dalam ketuhar yang bersaiz sebesar rumah.

Panasnya lahai... Tu dia... Baru panas dunia dah berkeluh kesah kan. Panas kat akhirat esok lagi tak tertanggung la.

Penang sekarang jarang hujan. Baru la 2-3 hari lepas hujan petang. Tapi siang masih lagi hot n spicy. Tengok jam kat rumah yang ada suhu tu memang tak lari la 38°- 39°. Hana sah-sah berlenggeng dengan pampers je. Amir je yang suka pakai baju. Hahahaha! Omak eh kena la pakai baju. Ate gila nak berbogel dalam rumah dengan pintu cermin. Mau tetiba orang duduk berlonggok depan rumah tengok tiger show. Muahaha!

Tido malam jangan cakap la. Berguling-guling si Hana kepanasan sampai tertido. Amir? Dia tak kisah. Panas ke sejuk malam cukup time tetap tido. Kejap-kejap hana bangun. Bukan pasal nak nenen ke susu ke tapi kepanasan. Kesian budak bertuah sorang tu.

Disebabkan kesian kat anak *guna alasan anak ye* maka ummi dengan abah terus berkunjung ke kot mamot lepas flyer datang ke rumah. Mencari portable aircond kekdahnya. Nak beli aircond pasang kat dinding tu lambat. Jadi kita beli dulu portable aircond. Poyo kan.

Beria ni pi cari aircond kat kot mamot jusco Perda tu. Tapi tak ada. Hoih... Kot ye jual kat certain store je tolong la state kat flyer tu. Ni bila aku tanya sales assistant *laki aku yang tanya sebenarnya* portable aircond ada ke tak, ni jawapan dia,

'Portable aircond tu macam mana ye?'

Danggggg!!!! m(><)m

Nak cover malu gamaknya,

'Dah tengok kat tempat aircond?'

'Pasal dah tengok tak ada la kami mai tanya.'

T_________T

'Kalau dah tak ada tu sini memang tak jual la cik. Kat store Penang ada rasanya.'

Boleh ye main rasa-rasa.

Ok, takpe. Kita pi tengok kat SenQ pulak. Berjalan la aku sambil mengelek si Hana n pimpin Amir. Budak 2 orang ni semua nak ummi saje. Pengsan aku kalau dok rumah. Abahmu tersenyum gembira.

Dekat SenQ pulak mahai bebenor rasanya. Maka mengorak langkah masuk dalam Jusco pulak. Ada la tinggai sebijik brand Pensonic. Harga pun boleh la setelah mengorek kocek dan mengintai mesin ATM.

Dah la datang dengan MyVi. Besor gabak la pulak aircond tu. Bersungguh budak sales assistant tu dengan laki aku menyumbat aircond tu sampai berjaya. Kalau car seat anak takde memang boleh muat. Dah aku terpaksa menyardinkan diri dengan Amir n Hana kat seat depan. Hahahaha!

Sampai rumah semangat ko pasang. Dalam bilik jadi sejuk tapi luar bilik jadi panas berbahang sebab angin kompresor dia kena halakan ke luar. Walahwei.... Dah la instruction manual tak lengkap. Sampai hari ni aku masih tak jumpa macam mana cara nak keluarkan water tank kalau tank tu dah penuh air.

v( ‘.’ )v

Sesiapa tau tolong bagitau ok. Karang tak pasal aku godek sampai hancur aircond tu.


No comments: