SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, March 28, 2013

Purple Walk

 Assalamualaikum

Entry adalah hasil daripada gambar peraman dalam henfon. Tu namanya idea dah tandus macam padang pasir.

Ok, ni gambar sekitar Purple Walk 17hb yang lepas. Dah 2 minggu baru terhegeh-hegeh nak update kan. Lemak yang hilang time berjalan tu pun dah bertambah balik. Kahkahkah!

Ni masa baru sampai. Belon tu selamat lagi kat situ.

Dalam surat kata pukul 7 dah kena ada kat Politeknik Seberang Perai. Aku pulak pukul 7 tengah sibuk melayan Hana kat rumah. Konon rasa pukul 7 tu awal sangat la kan.

So, 7.20 gitu baru aku gerak. Sampai kat Poli tu diaaaa! Dah ramai maknosia ye. Siap bas berderet tepi Poli tu. Aku memang sah la malas nak parking dalam. Kununnya takut nanti kalau aku nak blah awal stuck kat dalam Poli. Kihkihkih!

Kornar pi Petronas cari parking. Penuh la pulakkkk. So, kita dengan bijaknya pi masuk kat kawasan sebelah Petronas tu. Ada medan selera. Parking situ. Keluar parking tengok sebelah kereta staf opis jugak. Hahaha! Pemikiran sama sangat kan.

Lepak kat dalam Poli dapat la beg kecik comey macam ada orang pegang dalam pic kat bawah ni. isi kandungan beg adelah roti coklat seketul, air mineral sebotol, air milo sekotak. Jarak berjalan adelah dari Poli sampai ke McD Bandar Perda lepas tu patah balik.


Ni aku snap sambil berjalan. Tapi non hado la ahkak jalan sampai ke McD tu ye. Orang yang dah sampai sana melaung-laung suruh patah balik. Atenya diorang ni buat jalan sehala je. Tak ada ruang untuk orang yang nak patah balik. So bila orang depan dah patah balik orang yang belakang ni pun kena la pusing jugak. Takde keja la aku nak bersondol-sondolan di tengah jalan. Aku jalan sampai bus stop tepi Poli je. Wakakakaka!


Masuk balik Poli diorang tengah lepaskan belon. Tu yang bintik-bintik tu gambar belon la.


Tempat perlepakan aku lepas berjalan setakat sekangkang dinosor. Yang datang rasmikan adelah pak menteri ye. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Ni no cabutan bertuah aku. Tapi tak bertuah la pasal tak dapat hadiah. Hahaha! Hadiah utama tv 42 inci ko. Kalau dapat acane aku nak usung bawak balik. Kihkihkih.. Verangansesajepompuannikan.


 
Dan ini la dia muka tuan tanah kedaung yang hitam berkilat melekit berlengas. Semua ada. Pakej all in one. Tapi time tu memang panas melengung pon. Tak pi main panas pun muka dah macam ni. Kalau aku dok tengah panas tinggal nampak mata putih dengan gigi je la. Eh, tudung purple nampak macam tudung biru pulak.

Ok, tu saje updatenya. Aku nak pi cafe. Laparnya la wei....



No comments: