SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Tambah Berat. Show all posts
Showing posts with label Tambah Berat. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Aku Takmo Dok Hotel Lama-lama Lagi

Kestressan telah bermula.


Ayat kalau cikgu BM tengok makan pelempang. Kestressan? Apekah itu??


Aku dah mula stress melampau ni. Otak tak boleh nak digest dengan baik. Badan dah mula rasa sakit sana sini.


Eh, berat aku dah naik 3kg lebih secara mendadak. /╯﹏╰\


Semuanya gara-gara dok hotel 5 hari. Makan tak ingat dunia. Huwaaaaa!!! Melampau naik 3kg lebih hanya dalam masa 5 hari. Lepas tu nak turun 3kg makan masa ntah berapa bulan pulak. Melampau tau!


Jadi stress berganda la kan. Dah la stress keja berlambak *tapi sempat pulak blogging*. Lepas tu berat pulak naik berkilo-kilo.


Perut ni pun satu hal. Asek la nak melaparkan diri. Hukhukhuk....


Mak stress gila nok!!


Wednesday, July 7, 2010

Lagi-lagi pasal GEMUK!

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. :)

Aku ingat nak puasa hari ni. tapi terlajak bangun pulak sebab lupa kunci jam. Huhuhu... ;p

Maka tak puasa la aku. Pagi tadi terus minum milo n makan roti sekeping sebab lapar gila.

Aku dalam sesi diet sekarang. Sebab aku kan dah GEMUK! Ok, asal perkataan GEMUK je aku capital letterkan kasi mata ni nampak sikit aku ni dah GEMUK!


Perut buncit la, apa la. Padahal perut orang yang mengata tu sama buncit dengan perut aku. Lagi nak suruh aku kempiskan.


Aku ni cser. Masa berpantang dulu tak boleh nak berbengkung bagai. Tu yang sekarang ni macam buncit je. Sebab tempat yang kena jahit tu dah jadi macam barrier tau. So, perut jadi macam menggeleber.

Sekarang aje la pun kalau aku nak pakai bengkung apejadah semua tu. Tu pun kadang-kadang rasa ngilu jugak.


So, kalau aku sakit ke hape lantak la. Nak sangat tengok aku kurus kan. Jangan bising kalau aku tak makan. Sebab aku sangat SAKIT HATI!


Eh, teremo pulak pagi-pagi ni. Hahahaha!


Dah, aku nak siapkan keja.




Thursday, July 1, 2010

Sila contohi saya yang pagi-pagi dah cuba menambahkan berat badan secara padu. ;p

Assalamualaikum. Morning all. :)

Baru aje lepas breakfast. Alhamdulillah.... 


Awal eh breakfast. Hehehe... Sebab lunch hour semalam dah makan tak ingat dunia malam semalam tak makan. Kenyang gila. Heeee....

Jadi bila bangun pagi perut dah macam tsunami punya gelombang kelaparan tu. So, menyinggah la beli nasi goreng.


Pelik betul kedai tu. Semalam aku beli benda yang sama. Nasi goreng plus telur mata. Harga dia RM1.50. Hari ni dah jadi RM2. Takkan la tambah 2 potong timun dah kena cas 50 sen? Huhuhu...

Ok, mau siapkan keja yang menggunung ni. Petang karang ada meeting.


Petang ni makan free la. Hohoho!