SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Mak Buyung Kebulur

Assalamualaikum

Aku kebuluran sekarang. Sangat kebulur kot. Semalam selera makan kureng sikit even Kak Ita masak asam pedas. Apa kena tah tekak ni. Saje tau.

Nak pi nyinggah beli sebelum masuk opis malas la pulak. Nanti singgah-singgah punch card pun merah. Haaa... Dah macam pantun 2 kerat. So, terus ke opis.

Selongkar-selongkar dalam kabinet ada la biskut mayat. Biskut kering tu la. Kan ada orang panggil biskut mayat kan. Bantai je la. Cicah dengan susu anmum yang dok beli dari awal pregnant dulu. Tapi sampai sekarang macam tak surut je dari balang tu. Hahaha!

Oh, pregnant kali ni aku susah sikit mau telan susu. Pasti aku berlumba keluar balik dari tekak. Dah nak masuk 3rd trimester ni baru la ok.

Malam ni balik kampung. Rindu sangat kat budak bertuah Amir tu. Semalam nak video call tapi hampeh la line 3G malam semalam. Takde ok. Puas aku godek. Kejap berdiri kat ceruk tingkap. Kejap baring atas katil. Kejap tergolek kat ruang tamu. Tapi tetap non ado. Memang menyirap betul. Time nak digunakan tu mengada la pulak tak ada line. Time tak nak guna bukan main lagi 24 jam terpampang 3G tu. Kite bakoorrrr!!!!

Amir tunggu sampai tertido. Kesian betul kat dia. Hmmm.... Budak kat Penang tu baru je apply tukar kat bos dia. Maybe next week baru surat dia dihantar ke HQ. Aku memang tunggu dia hantar surat lepas tu aku terus follow up je. HQ tu bukan betul sangat. Kalau tak follow up berkepam la surat macam surat aku. Ntah-ntah buat alas makan je.

Ok la. Aku nak mentekedarah biskut kering ni. Lapor gila babun. Ada sesiapa nak belikan makanan untuk i? ;p

Friday, March 25, 2011

Dah Nak Balik

Dah nak balik. Yeahhhh....

Tak sabar nak jumpa hero kat kampung tu. Hero bertuah yang lepas kena cucuk terus demam tu la. Siapa lagi. Hero sorang lagi esok dah sibuk nak naik kapal pi Langkawi. Nyampah tauuuuuuu....

Opis ni bau durian ok hari ni. Ntah siapa bawak. Haru betul. Nasib baik la aircond rosak. So, bau tu tak berapa menyengat.

Aku suka je makan durian. Tapi kalau bau kuat sangat boleh pening jugak kepala. Dah la hari ni dari pagi tadi aku memang pening gila.

Nak kena siapkan paper untuk presentation esok. Bukan aku yang pi. Officer sorang lagi. Ada 2 paper. 1 dia buat, 1 lagi aku buat. Dedua humban kat dia alamat tak siap la. Banyak benda renyah HQ ni mintak. Merepek-repek je keja diorang.

Ok la. Nak standby mau pulang.

Friday, February 25, 2011

Malam Ni Balik Kampung Jumpa Hero Pujaan Hati

Assalamualaikum

Haaa... Lambat aku update hari ni. Bz sikit. Nak update 1 borang je makan tahun. Sistem lembap gila babun. Huhuhu...

Malam ni balik kampung. Yip! Yip! Yip!

Tapi Abang Misai tak dapat amik la kot pagi esok. Dia sekarang ada kat Lumut. Kekawan nak menyinggah kata dia. Dari semalam pulak tu. Tah apa yang best sampai tak ingat jalan balik.

Oh, dia balik naik bot. Yang hari tu pi Port Klang tu sebab nak amik bot la.

Kesian Muhammad Amir Ridhwan kena tinggal. Ni nanti dia ada kursus 2 minggu pulak. Takkan nak tinggal Amir lagi. Aku suruh dia bawak Amir ke sini. Dia kata kesian kat aku pulak. Takut aku tak larat nak jaga.

Daripada tinggalkan kat kampung dengan aku pun tak ada baik la dok dengan aku. Larat tak larat pun aku bagi larat la jugak. Kesian Amir tu. Kekurangan kasih sayang mak bapak pulak.

Tapi malam ni tak dapat amik tiket tempat tido. Dah abes. Lenguh la aku nak tido duduk. Dengan perut dah mengembang semangkuk ni. Sesak nafas ok. Nak sujud time solat pun aku dah mengah. Ni nak dok semedang sampai 6 jam dalam tren. Hukhukhuk...

Mau sambung buat keja. Tata~~

 

Tuesday, November 16, 2010

Ramai Betul Manusia Kat KL Sentral ni

Terperosok tepi tong sampah kat KL Sentral sambil mengupdate blog. Sesiapa yang ada kat KL Sentral kot la baca blog aku pastu kot la nak berkenalan *hahaha! perahsan* sila la cari mana-mana individu yang tengah menaip celah tong sampah. Aku la tu kot. Muahahaha!

Aku dah tak nampak kat mana yang boleh aku taruk pungkoq besaq aku ni. Semua penuh. Ramai nau orang balik kampung ye. Raya haji cuti sehari je. Mesti kes macam aku ni. Lajak cuti Khamis Jumaat. ;p

Dalam komuter nak ke KL Sentral tadi pun dah macam dalam tin sardin. Padat sendat je. Siap orang nak keluar terjerit-jerit sebab orang semua dok tolak nak masuk tak nak bagi ruang. Aku pun tak dapat tempat duduk. Dengan barang yang banyak gila.

Ni kuih akak aku la ni. Ada je benda dia kirim kalau aku nak balik kampung. Huhuhu... Berat tau tak. Macam nak patah tulang belakang tadi. Dah la all da way ke KL Sentral dari Shah Alam tu berdiri.

Terjumpa pulak kawan lama masa keja part time kat hotel dulu. Bukan main banyak barang dia dok terkepit sana sini. Hahaha! Masih seperti dulu. Muka macam bebudak. Padahal umor dah tua. Ada la dalam 30++ dah tu. Hmmm.. Tetiba teringat kenangan lama. Eceh....

Sekarang aku adelah dalam condition sangat penat n mengantuk n rasa nak tido je tepi tong sampah ni. Huhuhu... Tren pukul 9.15 nanti. Lambatnyeeeee....

Ok, sebelum aku mengundur diri. Selamat Hari Raya Aidil Adha ye kawan-kawan semua. Berhati-hati di jalan raya pada yang nak balik kampung nun.

Tata~~

 

Tuesday, September 7, 2010

Tik tok lambat pulak rasa

Time nak balik tetiba rasa macam lambat je nak tengahari. Hish... Hish... Hahaha!

Aku dah beli baju raya. Keluar weekend lepas. Baju raya tahun ni adelah jubah. Senang. Sekali sarung aje. Heheh...

Baju Amir ada beli sepasang dekat Anakku. Tengah offer. Aku sambar je la. Padahal masa tu melilau kat Anakku nak cari puting botol. Amir kan guna botol MAM. Payah nau nak cari puting botol tu. Lepas ni tukar botol la.

Kasut raya dah ada dah. Pakai kasut aku beli time pi interview kat USM je. Baru pakai sekali je pun. So, nampak baru. Maka tak jadi nak jual la. Hahaha! Teruk betul. ;p

Baju, check! Kasut, check! Tudung? Tudung pinjam adik aku je. Dia baru beli sebelum aku beli baju raya hari tu. Matching pulak. Tibai je la kan. Hahaha... Jimat sket bab tudung. Tapi hari tu pi Pasar Stadium aku beli tudung sampai 3 helai. Hehehe...

Baju abah Amir je la tak beli lagi ni. Harus kena beli laju-laju malam esok. Orang nak dekat raya baru hegeh-hegeh nak shopping. Boleh cari kasut Amir sekali. Budak bertuah tu dah la suka berjalan sekarang. Takkan nak berkaki ayam kot. Mak pak dapat bonus anak tak ada kasut. Huhuhu... Tak boleh jadi gitu.

Macam banyak je barang nak bawak balik kampung. Muat ke kereta aku. Kekekekeke... Macam bawak kereta besar je kan. Segala kuih raya je macam dah memenuhkan boot belakang tu. Ayaks... Perlu ikat atas bumbung kah?? ;p;p;p

Doakan aku selamat pi balik kampung ye. :):):)


Hari ni mau balik kampung :)

Assalamualaikum :)

Hari ni muka ceria. Tengahari karang nak balik kampung. Hehehe...

Drive sendiri ok. Membawa adik aku yang 3 orang tu. Gigi pun dah tak sakit so boleh la drive dengan aman. Kalau tak jangan harap la kot nak drive. Semalam pun dah hoyong hayang dah tahan sakit.

Tak sabar sungguh nak balik jumpa Amir yang dah pandai jalan. Dah tak nak merangkak dah kata abah dia. Sibuk nak berjalan ke sana sini. Hehehe.. Baru dapat kaki la katakan. Seronok la.

Tapi sebelum balik nak kena settle keja dulu. Budak-budak ni claim baru hari ni la nak hantar kat aku. Rasa cam nak seligi je kepala. Huhuhu... Hari ni last kena hantar baru hari ni nak bagi kat aku. Korang ni nak claim ke tak nak?

Tengahari aku balik jangan nak meroyan cari aku pulak ye. Bye bye bye la. Hahaha!

Ok, aku nak check claim. Nak settle keja lain lagi. Tata!




Thursday, August 26, 2010

Amir, tunggu ummi balik k

Sengih je hari ni. Sebab nak balik kampung. :):):)

Tak sabar nak jumpa Amir. Ntah-ntah dah pandai jalan dah anak ummi tu.

Jangan ummi balik dia merajuk sebab ummi tak balik minggu lepas pulak. Sadis je karang.

Rindunyaaaa.....




Monday, August 2, 2010

Masih kena membajet

Hari ni mood malas adalah menebal. Kalau boleh aku nak balik rumah tido.

Ngantuk la senah. Tak cukup tido. Kalau aku EL hari ni pun tak apa. Tak payah aku susah payah naik bas yang mahal lepas tu nak sentap-sentap dengan aku pulak bila sendiri buat silap. *emo pulak*

Ko, lagi murah aku naik tren kot. Naik bas je dah RM34. Sampai stesen bas shah alam dah kena mencangak naik cab. Tau-tau aje la cab pagi-pagi buta. Harammm la nak guna meter. Bagi harga ikut sedap tekak je.

Padahal bukan jauh mana pun. Benci betul aku. RM10 melayang tambang cab. Bawak cab macam nak terbang keluar aku dari tingkap punya la laju. Mengucap je la mana tau terbang betul-betul karang.

Dah tak pasal-pasal aku kena buat catuan belanja ni. Serius, aku tengok bajet sendiri dah nak menangis ni. Arrrr....

Hari-hari makan nasi lauk ikan kering dengan telur la sampai hujung bulan. Tu pun kalau mampu beli telur. Kot tak rebus telur makan la separuh pagi separuh malam.


Isk... Isk... Abah... Ummi nak balik kampunggg.....



Friday, July 9, 2010

Settle meeting

Baru je abes meeting dengan jayanya. Bukan pengarah chairman so gumbira ok. Sebab kalau pengarah yang chair aku ni asek la kena tembak je. Macam-macam soalan cepumas dia bagi. Timbalan ni sebab dia agak kamceng dengan aku so dia tanya dia jawab sendiri. Ahahaha!

Oh, aku berjaya makan hanya setengah senduk nasi. Syabas bette! Syabas! ;p

Petang ni ada makan-makan lagi pulak. Ada farewell party untuk staf yang dah berhenti n bertukar dari opis ni.

Dengar cerita makan nasi briyani. Huh! Perlu ke buat majlis makan-makan time aku tengah gigih nak turunkan perut yang dah sama tinggi dengan tetek aku ni.

Maka, lagi sekali perlu berjuang menahan nafsu makan. Huhuhu...

Kejap lagi nak tido la kejap. Mimpi makan briyani dalam tido aje la. Sob... Sob...

Eh, malam ni aku balik kampung. Tapi aku balik laki aku pulak pi kursus lagi 2 minggu kat Langkawi tu. Kesian la Amir. Umi nak bawak datang sini abah tak bagi pulak. Dia cakap kesian Amir kena usung ke sana sini.

Hmmm...

Aku nak tido kejap la.