SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Berjaya Drive Jauh Sorang-sorang

Lama menyepi. Aku pi kursus. Dan dengan bangga kembang kempis lobang hidung aku berjaya bawak kereta sesorang pi balik Penang - Sungkai. Hahahaha! Kepoyoan apekah ini? Tak sangka ok dengan pencapaian diri sendiri.

Sebenarnya aku tak pernah bawak kereta sesorang jauh-jauh. Selalu ada je laki aku temankan a.k.a laki aku yang drive. Aku membuta kat sebelah. Hikhikhik... Tapi kali ni tak boleh sebab pi pusat latihan. Bukan tido hotel. Kena pulak aku sorang je yang naik nama. Tak boleh mintak driver la.

Kursus tu dari 4hb - 8hb. Semalam pulak dapat berita sedih. Salah sorang peserta kursus meninggal. Muda lagi. 30an macam tu. And wife dia tengah pregnant anak ke 3. Kena heart attack. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Macam terngiang lagi suara dia cerita experience buat banci penduduk. :(

Aku tengah kelegaan ni. Bos postponed kursus. Yip yip yippieeee!!! Bulan 11. So, aku ada banyak sikit la masa nak prepare.

Ok la, aku nak kemas meja. Nak balik pukul 5, 4.30 dah kemas meja. Hahaha! Meja bersepah dengan borang ni. Esok lusa sambung lain.

Bye!

 

Thursday, June 27, 2013

Tak Ada Muka Lain Ke Nak Hantar Kursus???

Sesuatu yang tidak disukai *but maybe disukai orang lain* telah berlaku. Aku kena pi kursus lagi!!! Tension sungguh haku tau.

N kursus akan bermula ahad ni. Apekah? Apekah? Apekah ini semua???

Aku punya rekod kursus dah lebih 7 hari kot. 10 hari dah. Dah la last minit punya notis. Baru tadi aku dapat emel dari timbalan aku. Cissss... No wonder la dia call tanya aku free tak next week. Rupanya nak letak nama aku.

Kursus sampai hari Jumaat ok. Bosan nak mati la dok dalam hutan tu. Kursus ekonomi pulak tu. Laaaaagi la aku bosan macam orang bodoh nanti.

Kesian pulak kat Hana. Masa aku pi PD hari tu pun keja asek menangis je kat rumah. Aku call dia nangis tak nak letak fon. Nak cakap jugak. Aku video call lagi la haru. Macam gaya nak masuk dalam fon dah.

Sedihnyaaaaa....

T______________________T

Nak menang SEJUTA!!!! Boleh bayar hutang n dok rumah jaga anak dengan aman.

Nanges lagi.

T________________________T

 

Tuesday, May 14, 2013

TQ Geng :)

Assalamualaikum

Eh, dah ada orang tau aku ada blog kat opis ni. Hahahahaha! Korang baca senyap-senyap tau. Jangan bagitau orang lain. Pasal ni blog merempan aku je. Wakakaka!

Semalam kata nak cerita pasal kursus. Tapi ampun maaf la ye. Aku nak siapkan report dulu. Janji dicapati sangat kan aku ni.

Esok lusa pulak ada taklimat. Lepas tu ada audit ISO. Wooooo.... Busy melampau sangat bulan ni. Tengok planner rasa nak nangis. Macam tak ada tempat kosong nak nyelit-nyelit. Mesyuarat seksyen pun aku tak buat lagi pasal hari tu MC. Isk... Isk....


Ok, ni dia geng urusetia. Setelah aku kelebet pic yang budak Dat bagi ada jugak pic kitorang. Dat yang tudung oren depan tu. Dia bukan urusetia tapi fasilitator dari HPI Consultant. Yang geng urusetia ni la yang banyaaaaaakkkk sangat tolong aku. Sayang korang sangat-sangat. Nanti apa-apa boleh kita jadi urusetia lagi berkejaran bertebaran ke sana sini ye. Kehkehkeh....

Terima kasih banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sila berhempas pulas buat blog tu ye. Aku nak baca apa korang merepek. Kahkahkah!

Tu je dulu. Aku nak buat report ni. Bos mintak dah semalam.

Daaaa~~~


Monday, May 13, 2013

Team Building - Teaser ;p

Assalamualaikum

Aku keletihan ni. 1 badan sakit-sakit. Mengantuk macam nak rabak mata. Nak tido lama-lama dalam bilik ni tak boleh pasal aku 1 bilik dengan officer laki. Tapi tadi bantai jugak aku lajak dekat pukul 3. Dah cakap dengan timbalan yang aku sangat tak larat.

Susah ok jadi urusetia. Terlari sana. Terlari sini. Tengah makan orang call pasal ada yang pitam kat surau dan-dan tu tinggal nasi terus lari ke surau. Hahahaha! Sadis sangat kan.

Tu pun banyak ada jugak yang tanya kenapa aku tak join sekali group-group persembahan segala. Kalau aku ni boleh klon badan aku pasti aku join. Ni baru je nak join kejap-kejap ada je benda lain aku kena buat. Maaf la ye. Kalau tak puas hati aku n geng urusetia tak join sila bagitau pengarah.

Nak cerita banyak otak masih weng-weng. Jadi aku buh gambar sikit. Handfon tengah snychronize dengan pc ni. So kira macam teaser la. Kahkahkah!





Cerita esok la ye. Nak berehat sepenuh hati. Hehehehehe....

Friday, May 10, 2013

Jom Kursus!

Assalamualaikum

Aku kat opis ni. Tunggu geng urusetia datang. Lepas tu dalam pukul 8 kitorang blah. Siapa-siapa yang naik bas babai la ye. Apa-apa timbalan dah lantik ketua setiap bijik bas. Maka ketua la in charge.

Perut masih bergelora. Fuhhh... Macam mana ni. Semalam dah rasa macam nak demam. 1 badan bisa je rasa. Demam urat kot. Balik rumah terus aku telan panadol 2 bijik n tido. Pagi ni kureng dah tapi sakit kepala tu ada lagi.

Beg nak kata besar tu tak. Aku bawak beg kecik je. Tapi ada beg galas pulak. Hahaha! Dah nampak banyak. Dalam beg galas ada makanan ye. Hahahaha! Takut kebulur kat sana. Sana dok dalam hutan. Kedai pun jauh. So, bawak la sikit bekalan makanan.

Ok, dah nak pukul 8. Aku nak pi tunggu kat depan. Lambat karang kesian pulak budak-budak ni.

Kalau aku rajin maka ada la update dari sana ye.

Bye!


Thursday, January 19, 2012

Kena Buat Kursus... Serabai La....

Assalamualaikum

Aku tengah bengong sebengong bengongnya ni. Huhuhu...

Aku kan dilantik jadi pengendali kursus. Sepatutnya admin buat. Tapi pengarah baru nak semua bahagian teknikal ni merasa buat keja admin. So, aku la orang pertama yang kena handle bab-bab kursus ni.

Nak kena buat paperwork segala. Aku ni ke hulu ke hilir la kat admin mintak contoh paperwork. Kata nak email. Nak email. Tapi apa pun tarak. Bila aku cari sampai ke bilik siap bawak pen drive hapah pun tak dapat. Sebab pegawai tu tak tau dia simpan fail tang mana. Bersepah-sepah dalam pc. Nak search pun tak ingat tajuk.

Dia suruh aku cari hard copy kat anak buah dia. Adoi laaaa....

Aku mintak contoh kat akak aku n google sendiri dalam internet. Dapat. Itu je la contoh yang ada.

Sesiapa pernah handle kursus team building buleh tolong aku tak? Aku tanya admin memang kureng la. Aku tanya nak pakai consultant ke hapa pun diorang macam tak tau je. Tensi mak tau.

Kalau buat kat INTURA (kampus INTAN wilayah utara) biasa yang nak bagi ceramah tu memang orang sana atau still kita kena cari sendiri ek. Ke facility je diorang bagi.

Serabai dah aku ni.

Saturday, October 9, 2010

Dah 2 minggu tak balik kampung.. Rindu kat Amir... :(

Salam semua orang kampung ;p

Ahahaha... Malam ni baru dapat update. Bongeks ok. Lappy opis tu haram tak boleh connect broadband aku. Jenuh godek. Nasib baik ada lappy Kak Ita. Pinjam kejap ye kak. Huhuhu....

2 hari dah kat persidangan ni. Esok last. Tengahari abes la. Tapi malas la esok ada pembentangan. Aku pulak kena jadi pembentang.

Haaa... Macam mana aku boleh jadi pembentang? Sebab ada orang tak boleh terima kenyataan dia dapat banyak vote untuk jadi pembentang n dia heret aku sekali. Mentang-mentang la ko gred lagi besar kan. Konon kat sini bukan bos tapi buat perangai bos jugak. Poyos.

Lepas tu asek bising sebab kata kitorang yang muda ni la patut buat semua benda ni. eh, muda ke? Hahaha! Kitorang lantik dia sebab dia dah ada banyak pengalaman keja. So, time present nanti tak ada la ter uuuu aaaa macam kitorang yang baru setahun jagung ni. Karang cakap depan-depan sentap pulak.

Tapi aku ada feeling yang badan aku dah mula rasa tak sihat. Macam nak demam. Kalau demam esok pun bagus jugak. Lagi bagus pitam time presentation ke. Dah la tadi masa ada motivasi pasal Kerjaya dan Keluarga abes pecah empang air mata aku ni.

Dah 2 minggu aku tak balik jumpa Amir lepas tu buat aku sedih pulak. Diorang ni memang kejam tauuuu!!!!

Aku nak balik kampung. Nak jumpa Amir. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!



Friday, October 1, 2010

saya di SHRDC

Bersiaran langsung dari SHRDC atau nama panjangnya Selangor Human Resource Development Centre. Haaa... Hamik ko senapas je sebut.

Opis ni kat bangunan Worldwide. Aku dah bertapa kat sini dari pukul 8 pagi tadi. Sebab musabab adalah aku kena conduct updating data. Aku ni kan serba boleh. Muakakaka! Riak di situ. ;p

Lab kat sini line tenet memang memuaskan pankreas aku la. Tapi line je la yang best. Yang lain tak best. FB kena block, YM pun sama. Cet... Kedekut la....

Nasib baik makan sedap. So, dimaafkan la. Muahahaha!

K la, sakit perut la pulak. Sebab semua haiwan yang kena hidang aku sebat tadi. So, perut dah meragam. Terpaksa la aku pi termenung dulu.

Petang karang aku balik opis aku update lain. Tata!





Tuesday, August 10, 2010

Miss me? ;p

Salam. :)

Hari kedua berkursus. Sebenarnya bukan kursus apa pun. Latihan macam mana nak check data je.

Jap lagi dah nak mula.

Aku kursus kat putrajaya ye. Sesiapa nak jumpa sila roger n out aku. Hahaha! Macam la artis kan.

Ok, tata~~