SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 13, 2013

Team Building - Teaser ;p

Assalamualaikum

Aku keletihan ni. 1 badan sakit-sakit. Mengantuk macam nak rabak mata. Nak tido lama-lama dalam bilik ni tak boleh pasal aku 1 bilik dengan officer laki. Tapi tadi bantai jugak aku lajak dekat pukul 3. Dah cakap dengan timbalan yang aku sangat tak larat.

Susah ok jadi urusetia. Terlari sana. Terlari sini. Tengah makan orang call pasal ada yang pitam kat surau dan-dan tu tinggal nasi terus lari ke surau. Hahahaha! Sadis sangat kan.

Tu pun banyak ada jugak yang tanya kenapa aku tak join sekali group-group persembahan segala. Kalau aku ni boleh klon badan aku pasti aku join. Ni baru je nak join kejap-kejap ada je benda lain aku kena buat. Maaf la ye. Kalau tak puas hati aku n geng urusetia tak join sila bagitau pengarah.

Nak cerita banyak otak masih weng-weng. Jadi aku buh gambar sikit. Handfon tengah snychronize dengan pc ni. So kira macam teaser la. Kahkahkah!





Cerita esok la ye. Nak berehat sepenuh hati. Hehehehehe....

No comments: