SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 20, 2013

2 Taklimat Next Month

Satu opis ni membz 5S. Semua pakat sisih n sorok apa yang patut pasal esok ada audit dalam. Bilik aku ni ntah bila aku nak kemas. Tagging pun tarak. Mati la markah sikit sebab bilik aku ni. Huhuhu...

Oh, dan aku tension next month aku kena attend 2 taklimat. Apehal la naik nama aku dedua ni. Aku rasa next month jugak akan ada lagi 1 mesyuarat berpusat. Kalau bubuh nama aku jugak memang gila la namanya.

Taklimat yang aku kena pi next month tu pasal projek yang akan jalan next year. Bukan main awal kan taklimat. Harus la awal. Katanya projek tu adalah agak susah compared to last year punya projek. Borang soal selidik je dah almost 100 pages. Siapa yang nak jawab senah oiiiiiii kalau banyak macam tu!

Nak tak nak kena jugak soal siasat orang ni. Pasal benda alah ni la info yang penting untuk negara. Hohohoi... Korang next year kalau ada orang datang rumah bawak buku tebal tu layankan je la. Tak payah susah-susah bagi minum ke hape. Pasal tu memang keja kitorang.

Ok la, aku nak kemas serba sikit sebelum orang lain jeling-jeling aku kerana menyebabkan kekurangan markah untuk audit dalam esok. Sumbat dalam kotak bawak lari tempat lain. Hahahahaha!

 

No comments: