Assalamualaikum
Ikut hati kemalasan tahap super duper gaban nak update. Biasa la, bila dah cuti 3 hari. Lemau tu berganda-ganda. Rasa nak tido je sepanjang masa. Tapi tido apekah kalau dok rumah pun aku tak boleh tido sangat. Dok risau kain kat ampaian basah kena hujan kalau tido. Hahaha!
Weekend aku biasa-biasa aje. Dok rumah mendobi baju ntah berapa pusingan. Melayan anak 2 orang yang sekarang Ya Rabbi lasak. Hana keja asek nak menjerit je. Suara dah la nyaring. Amir keja asek la mengejar si adik. Bukan main sakan korang berlari merata ek. Aku la yang risau terjerit-jerit takut jatuh tertonggeng tersembam segala.
Hana sekarang macam orang tua ok. Panggil orang, 'woi! woi! wei!'
Haaaa... Sabor je la aku dengar. Main woi woi ikut suka hati dia je. Dah la sikit-sikit ke dapur nak berdukung. Aku nak buat keja pun susah kalau dah dia dok meleseh kat kaki.
Amir pulak bukan main pandai menjawab. Abah dia suka la sakat sampai dia melalak. Nak merajuk sekarang pun siap bagitau dulu,
'Amir nak merajuk ni.'
Lepas tu lari-lari masuk bilik sembam muka atas katil. Kahkahkah!
Semalam bawak la diorang berjalan-jalan. Jumaat dengan Sabtu lepak kat rumah je kan. Abah diorang keja. Ahad tu pun Abang Misai keja tapi balik petang. Amir pun menuntut janji manismu abah. Abah dia suka janji kalau nak suruh dia tido petang. Nak bawak jalan. Kan dah kena tuntut. Fadan muka.
Ke Jusco mengabiskan token free kat Molly Fantasy tu. Tapi ada lagi 2 token. Semalam Amir naik kapal korek dia je. Korek gula-gula. Dapat la 4 biji. Amir pun bagi la sorang sebiji. Hahaha! Ingat jugak kat ummi n abah dia ni.
Ok, aku nak rehat dah. Menghabiskan 3 ketul ayam goreng. Sebekas kek coklat. Sebungkus roti. Pagi tadi nasik pun aku dah balun. Gemuk laaaaaaa haku.....
No comments:
Post a Comment