Assalamualaikum
Hi kawan-kawan. Saya adelah MC tapi terpaksa ke opis juga. Cemerlang kan.
Aku MC pasal ni.
Merah tak mata aku. Boleh ganti Maya Karin dalam PHSM tak? Amik watak ponti. Kahkahkah!
Tu masa amik gambar kat klinik semalam. Start sakit mata hari Sabtu. Jangkit dengan budak Hana la ni. Pi klinik dapat 2 hari MC tapi aku punya keja punya berlambak nak kena submit dengan claim bebudak ni aku kena sign. Harus ke MC?
Aku datang lambat sikit pagi tadi pun dah ada yang call tanya pasal keja. Emel masuk bertalu-talu. Dah la kelabu je mata aku dengan taik mata time drive tadi. Mula-mula sakit mata sebelah kiri je. Semalam dah jangkit ke mata kanan.
Nak bukak mata time bangun tido dah tak boleh pasal dah kena gam dengan taik mata. Huhuhu... Bengkak pulak. Sakit woooo... Gatal rasa nak korek-korek mata ni tau.
Ni sat lagi aku balik awal. Koser sangat aku nak bertapa lama-lama kat opis ni. Berjangkit kat orang lain sat lagi aku jugak yang dipersalahkan. Hoh! Dah la nak kena pi kursus 1 opis Jumaat ni. Aku urusetia pulak tu. Ada pulak urusetia MC.
Ok, mari sambung buat keja yang berlambak ni. Aku nak balik cepat.
No comments:
Post a Comment