SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, May 28, 2013

Waze La Petang Ni

Assalamualaikum

Aku kena pi opis lawyer petang ni. Nak sign dokumen rumah. Hari tu baru sign SnP je. Ni dokumen bank pulak. Dan paling rasa nak ketuk kepala sendiri, aku lupa bawak GPS. Pagi tadi dah teringat. Tapi boleh tertinggal jugak sebab kelam kabut dengan Hana berak pulak. Memang pagi tadi aku hantar Amir je la. Hana melalak nak ikut aku tinggal biar abah dia je hantar.

Dah la buta jalan kan. Lepas tu tak bawak GPS. Memang fadan muka sendiri. Nasib baik aku dah download waze. Menatang GPS jugak tu tapi comel. Hahaha! Siap boleh share dengan member n ada macam-macam info. Ye, aku ketinggalan zaman. Orang lain dah berkurun ada waze aku baru hegeh-hegeh nak ada. Point pun tak banyak. Masih baby waze lagi pasal femalas nak bukak waze setakat pi balik keja.

Ok, dah ada waze lega sikit. Buta jalan pun haruk aje la. Jangan bawak aku ke tempat pelik-pelik sudah. Tadi dah try navi n rasanya macam betul. Hentam saja lah labu. Huhuhu....

Aku tengah bengang ni. Tapi nanti aku cerita. Bengang ganda dua. Nak cerita sekarang perut pulak buat perangai. Aku uruskan perut aku kejap. Hahaha!

 

No comments: