SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 29, 2013

Penuh Pulak Homestay Ye

Assalamualaikum

Haaa... Dah petang baru reti nak update kan senah. Hahaha! Ni namanya dedikasi terhadap tugas. Kohkohkoh.. Sila muntah berjemaah.

Pagi tadi ada meeting. Lepas meeting ada discussion pulak. Discuss pasal journal. Kena buat journal nok. Huuwaaaa!!! Rasa seperti kembali ke alam study. Kena cari literature review la, karang abstract la, kira itu ini la. Ohhh... Otak dah la berkarat.

Lepas tu teringat next week aku kena ke Putrajaya pulok. So, gigih la kumpul no fon segala mak nenek homestay. Sebab kat Putrajaya tu nak stay mana. Pullman? Menggigil aku nak bayar kos 2 malam tau.

Tapi alangkah kuciwanya hatiku. 7 homestay aku call. Tujuh-tujuh penuh tarikh yang aku nak book. Why??? Why??!!! Aku tau la cuti sekolah. Tapi mengapakah cuti sekolah perlu bercuti di Putrajaya. Huhuhu... Takkan korang pi melahu kat Alamanda kot.

So, terpaksa la mensasarkan tempat penginapan ke tempat lain. Cari kat Kajang le pulak. Tempat biasa orang-orang opis stay kalau pi HQ. Alhamdulillah, ada lagi kosong. Mak lega sangat. Dah la aku nak angkut laki n anak-anak. Takkan nak stay Shah Alam lepas tu nak ulang alik Putrajaya. Senak perut laki aku karang. Dengan nak jaga hero heroin yang lasak tu. Hohohoi... Pitam.

Jadi maybe ke Kajang la kita ye. Aku dah booking bilik. Harga pun patut padan la dengan poket aku yang jarang-jarang nak tebal. Kahkahkah!

Ok, mau kemas barang. Esok last day keja. Yuhuuuuu... Jumaat saya bercuti. Korang-korang yang lain selamat la bermeeting Jumaat ni ye. Koser sangat aku nak kensel cuti. Bos dah hint-hint tanya siapa nak present report kalau aku cuti. Ehhhh... Aku dah siapkan slide awal-awal n mintak tolong orang. Sorry naik lori aku nak kensel. I pun nak bercuti-cuti Malaysia jugak.

Tu je update hari ni. Update bengang kita simpan esok kalau aku ingat. Hahaha! Papai! Jangan la jalan jem. Cramped kaki haku tau.

 

No comments: