Assalamualaikum
Yuhuuuu... Aku kat opis. Walaupun mata masih tak berapa nak ok. Tapi merah dah kurang. Tak boleh nak MC lama-lama. Keja banyak. Aku kan kena jadi urusetia untuk kursus esok. What?! Esok?! Oh.....
Still pedih n gatal-gatal ni. Dengan tak cukup tidonya. Hana batuk-batuk pulak. Batuk yang jenis ada bunyi king! king! tu. Macam banyak nau kahak. Asal dia terbatuk je dia bangun nangis. Sakit dada la tu. Apa la yang boleh ummi buat. Bagi ubat dia sembur abes semua. Tu gaya dah tutup hidung bagi mulut dia terbukak tu. Dengan meronta macam nak terbalik dunia ni. Nak tido malam aku sapu vicks je la dengan baca doa mintak Hana dapat tido lena.
Aku bukan setakat sakit mata ni. Tetiba malam semalam cirit birit. Hamik kau. Time aku dalam jamban Hana bangun nangis-nangis cari ummi. Tu pukul berapa tah. Pukul 11 lebih kot. Lepas tu lagi sekali pukul 3.45 aku sakit perut. Pi jamban n again Hana bangun cari aku. Adessss... Hidung dia ni boleh bau kot kalau aku takde kat sebelah.
Dah lepas pukul 4 tu la baru dia tido lena. Aku tutup aircond n bukak kipas slow je. Sejuk nanti dia batuk. Dah la tak suka pakai selimut. Aku selimutkan dia pi tolak pulak. Sama je perangai macam Amir. Tapi Amir sekarang kalau sejuk dia pandai mintak selimut. Kalau tak dia bangun terus tutup aircond.
Ok la. Kena menyetel banyak benda untuk ke kursus esok. Doa-doa semua berjalan lancar. N tak ada la komen macam-macam. Ni pun aku dah rasa nak amukan je. Masing-masing nak suruh ikut cakap diorang. Ni siapa urusetia ni? Nak naik bas suruh berkumpul kat 1 tempat pun banyak sangat komplen. Suruh berkumpul kat opis kot. Ni nak suruh orang amik kat RnR segala. Berbulu betui aku.
Haaaa... Dah mula la keluar angin aku. Sebelum lagi banyak angin yang tersimpan ni bertiup maka elok la aku stop sini.
Babai!
No comments:
Post a Comment