SaYa SayaNg AnDa :)

Sunday, May 19, 2013

Mesin Jahit Tukun


Assalamualaikum

Sila kagum aku update di hari ahad. Anak-anak tido. Aku nak tido tak boleh pasal sidai kain kat luar. Sat lagi hujan berderu ada la kain tu basah balik. Dah pernah jadi maka insaf. Hahahaha! Sebenarnya malas nak basuh balik.

Tadi aku memunggah mesin jahit kat bilik belakang. Pasal Abang Misai asek perli-perli. Konon mesin tu dah jadi tempat cicak n tikus bersarang. Eh, aku simpan dalam kotak ok. Selamat dari anasir-anasir menggelikan itu.

Sebab dah bising maka aku punggah. Tapi punggah je la. Letrik pun tak sambung macam mana aku nak godek. Takat baca manual tak thrill la. Kena praktikkan. Hohoho! Velagak sangat.

Alamak, hana dah bangun. Dengar suara dia merengek dalam bilik. Harus la kena stop menaip. Hana sekarang manja melampau. Asek nak berdukung je. Rebeh bahu aku ni.

Ok, tu la dia update di hari ahad. Membebel pasal mesin jahit.

Posted via MyAndroid

No comments: