SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 20, 2013

Lawas Terlebih

Assalamualaikum

Di opis dengan tak laratnya. Pasal sakit perut asek nak berak je ni. Macam nak tercabut je vontot aku rasa.

Semuanya sebab fibre drink yang aku minum la ni. Aku beli benda alah tu lama dah. Tahun lepas kot. Pasal aku mengalami masalah nak membuang. Tapi biasa la. Beli je. Minumnya entah bila baru minum.

Masalah membuang aku agak kronik ye. Hari tu pi kursus sepanjang 3 hari tu aku tak membuang isi perut. Makan punya banyak. Tapi tak keluar. Maka telah menyebabkan aku sakit kepala.

Balik dari kursus dengan gigihnya aku minum fiber drink tu. Aku rasa ada kot aku up entry aku membeli benda tu. Hah, ko. Lepas je minum perut memulas-mulas. Bergelora macam nak tsunami. Memang stok tak boleh tahan harus berlari ke toilet dengan kadar kelajuan sepantas cahaya. Memang aku rasa bersih usus aku dari segala bahan kumbahan. Selagi ada selagi tu aku nak ke jamban ni. Macam makan julap pun ada rasanya.

Malam tadi je berapa kali aku ke toilet. Dengan mengantuknya. Jalan sambil mata tertutup dah.

Jadi siapa yang ada masalah nak membuang tu sila la korang amik benda alah ni. Lawas terlebih jadinya. Aku memang saspek fibre drink tu pasal memang tiap kali lepas minum aku akan membuang dengan terlebih berjayanya. Silap-silap boleh kurus. Kahkahkah!




Tapi memang ada iklan orang yang minum fibre diet ni kurus kan. Aku tak amik untuk kurus. Kira kalau kurus tu bonus la. Kihkihkih! Boleh gitu. Tengok kotak tu, 2 kali lebih berkesan. Ha'ah, berkesan bukan takat 2 kali. Tapi berkali-kali.





No comments: