Aku rasa ramai kot yang nak tau apa surprise yang aku kata tu kan. Hehehehe.....
Aku sendiri pun jadi tak sabar la pulak. Hahaha! Sendiri nak buat surprise sendiri tak sabar. Apekah?? ;p
Aku ingat nak bagitau lagi 2 minggu. Tapi aku bagitau hari ni la ek. Nampak nau memang tak reti sabar. Agagaga~~
Aku ada suruh korang teka apa yang surprise hari tu kan.
Haaaaaa....
Nampaknya ramai antara korang ni memang sharp shooter la. Hahaha! Tepuk untuk diri sendiri.
Yeee... Betullll.... Amir nak dapat adik. Lalala~~ ;p
Aku ingat nak bagitau lagi 2 minggu sebab nak tunggu pi scan dulu. Tapi sebab aku ni menggeletek tak sabor bagitau la jugak.
Baru 5 minggu saje. N aku dapat tau Isnin yang aku pi klinik tu. Sebenarnya sebelum pi klinik pun aku dah tau. Tapi saje nak confirm. Akekeke...
Sebelum pi klinik tu aku test dulu kat rumah. Kebetulan ada tester free beli ma'jun hari tu. Memula naik 1 line aje. Macam... Ooo... Tak ada ni. Tapi masih musykil sebab tetek aku ni sakit tapi periodnya tak pun.
Then tengok balik tester tu nampak 1 line lagi yang agak samar-samar memunculkan diri. Waaahhhh!!! Betulkah ini???
Keluar toilet terus aku tanya housemate aku, Kak Ita. Dia pun nampak ada 2 line. Maka sepertinya ada sesuatu ye.
Siap-siap terus ke klinik. Dah la memang penat baru balik dari Penang kan. Dok lepak klinik kejap la. Hehehe...
Sebab tu la aku sangat sedih ye tak dapat tukar lagi. Ye la, Insya Allah kalau baby selamat semua takkan aku nak jaga n pisahkan dia dari abang dia. Sebab itu je cara yang aku dapat pikir. Kalau dedua Abang Misai jaga (if aku tak dapat tukar lagi) lagi la kesian kat dia pulak. Kalau Amir dah reti jaga diri sendiri tak apa la jugak kan.
Sebab tu la aku dah terlampau pressure. N sekarang hari-hari dok meleleh air mata kalau teringat. Amir dah la kurang kasih sayang ummi. Ni nak dapat adik pulak lagi la kesian kat dia.
Dah nak meleleh air mata la pulak.
Nanti sambung lain la.