SaYa SayaNg AnDa :)

Showing posts with label Berbuka puasa dengan family. Show all posts
Showing posts with label Berbuka puasa dengan family. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

Salam Ramadhan 1437H

Kak Mot bz ni uols... Lepas MC 6 hari last week sampai Isnin masuk opis macam rasa nak sambung MC tengok keja berlambak-lambak. Pitam bangun seploh kali. Hahaha!

Eh, bz-bz pun sempat update ye. Harusssss. Sempena awal Ramadhan nak update jugak. Padahal dah Ramadhan keberapa ni. Hari ni puasa ke 4 dah. Setakat ni masih bertahan. Tak tau la kot esok lusa tumpas pulak. Hehehe...

Amir Ridhwan pun puasa jugak. Tapi tetiap hari lagi 30 minit sebelum berbuka dia dok berzikir kata lapar la, haus la. Bila suruh makan ke, minum ke tak nak pulak. Nak jugak tunggu azan. Ate tetiap minit selama 15 minit sebelum berbuka tu pulak dia tanya,

'Ummi, lagi berapa minit nak azan?'

T____T

Penat aku nak jawab. Selang seminit ok dia tanya. Hahaha!

Dak debab Hana pulok ni dah berapa hari tak nak balik rumah. Dok rumah Toksu. Anak bertuah sangat ni. Geram je aku tengok dak debab ni tau. Hari first puasa tu dia nak puasa jugak. Tapi puasa makan saje. Air tetap minum. Wakakaka! Suruh makan gigih tak nak. Dia kata,

'Adik posa la'

Ahahaha.. Macam-macam anak bertuah ni tau. Hari ni try lagi pi amik dia kat rumah Toksu. Nak balik ke tak la budak bertuah tu.

Setakat ni aku tak merambu lagi kat bazar Ramadhan. Laki aku je pi membeli. Tu pun untuk Amir n dak debab. Kitorang ni makan apa yang ada je. Sebab yang ada tu pun tak abes. Pembaziran sungguh.

N ada bantuan raya jugak tahun ni. Alhamdulillah. Syukran... Syukran... Tq Allah. Tq PM. Hikhikhik...

Dah. Nak sambung keja balik. Nak settle sebelum bos masuk opis esok. Stress pulak la tanya soalan pelik-pelik karang.

Salam Ramadhan 1437H semua.

Monday, July 6, 2015

Puasa Hari Ke 19

Hari ni dah 19 hari puasa. Kejap je rasa kan. Baju raya bebudak pun aku tak beli lagi. Baju raya means baju melayu n baju kurung. Mak pak tak payah baju raya pun takpe. Aku punya baju kurung pi opis berlambak. Jubah yang belum pakai pun ada. So, sauk aje yang tu. Laki aku tu memang tak mau buat baju melayu. Sebab dia pakai pi sembahyang raya je. Lepas tu tukar.

Weekend aku ingat nak siapkan keja opis. Berlambak ok. Deadline before raya. Gila punya HQ. Diorang ni dah la lambat bagi kes. Borang lagi la lambat. Lepas tu masalah sana sini dengan tempat nak kena buat survey. Dengan staf sambilan pun sikit lepas tu kena tarik pulak nak tolong bahagian lain yang tak cukup staf. Boleh pulak bila kita mintak extend time buat diam je. Nak memaki di bulan mulia ni tak sesuai langsung.

Tapi tak dapat jugak aku buat keja opis time weekend. Amir demam la pulak. Seronok sangat main hujan pagi Sabtu tu kan. Dah lama tak hujan. Lepas tu abah dia basuh kereta omak dia ni yang dah berdebu seinci. Wahahaha! Amir pun gembira sakan la main hujan. Tengahari badan dia panas. Petang lagi panas. Kena la aku lap-lap badan dia. Bagi kurang panas. Ahad dah sihat walafiat. Pagi-pagi buta dengar suara dia tanya itu ini kat abah dia. Si Hana debab pulak mata merah je macam gaya sakit mata. Pagi tadi berselepet taik mata. Adehhhh... Tu confirm la sakit mata tu.

Yang si debab tu pun satu hal jugak tu. Rambut dah panjang masuk mata. Nak potong tak mau. Bergaduh anak beranak aku nak pujuk dia potong rambut tau. Semalam buat mogok tak nak kawan dengan dia baru la dengar kata. Tu pun potong sikit je la depan. Baru cerah sikit pemandangan dia tu. Garang sungguh tau minah ni. Nak potong rambut sikit macam nak pi berperang.

Lauk berbuka tahun ni simple aje. Bukan aku masak. Mak mertua masak. Aku masak kang memang tak kena tekak dia la. Aku tolong masak nasik. Tolong hidang. Tolong basuh pinggan mangkuk. Tolong kemas apa yang patut. Aku pun takde selera nak makan banyak ni. Faktor usia kot. Nak membeli kat param pun takde nafsu. Kalau tak dulu semua nak beli, semua nak makan. Huhu...

Ok, mari la kita bekerja. 

 

Friday, June 19, 2015

1st Day Puasa - Jalan Jem

Pagi ni sampai sakit perut aku tahan nak terkucil. Sepanjang jambatan mana ada jamban. Nak stop stesen minyak malas. Tahan la sampai ke opis. Nasib tak terkucil dalam kereta. Ngahahaha!

Semalam berbuka apa korang? Aku balik keja semalam sampai rumah pun dah pukul 7. Jadi tak ada la aku nak masak. Makan aje la apa mak mertua masak. Jalan jemmmmm hoiihhhh... Atas jambatan boleh la pulak ada lori kontena rosak kat lane kanan kan. Time orang balik keja time tu la ko nak lalu kan lori kan...

Jalan nak balik rumah pun jem jugak senah oiii... Sebab jalan yang aku lalu tu diorang memang tetiap tahun buat pasar ramadhan dekat tepi tu. Orang Kubang Semang tau la, pasar parit busuk. Hahahaha! Jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu. Maybe sebab parit tu busuk la kot.

Jem tak bergerak wei... Aku patah balik lalu highway BKE lepas tu ikut jalan kampung balik rumah. Merentas desa aku dengan kereta. Dah la jalan kampung tu sempit. Kalau ada kereta nak pi opposite direction jenuh la nak bagi laluan. Dengan kakak aku pi bawak balik durian pulak. Pening ahkak tau time-time posa dok hirup bau durian dalam kereta.

Berbuka makan kari ikan n sayur campur. Amir puasa sekerat hari aje. Hehehehe.. Dia cakap dia sakit perut lapar. So, cikgu bagi la makan. Hana pulak dia kata dia puasa. Konfiden aje minah tu tau. Bila aku tanya kat rumah mak makan tak. Dia kata dia makan. Hahahaha! Tapi tetap kata dia puasa. Dia la jugak yang paling last abes makan time berbuka. Dok gentel ulam pucuk kadok. Makan ulam anak dara ni. Terkejut ummi hang ni. Selalu tak nak makan sayur. Tapi ulam tu mak mertua aku dah celur la. Agaknya lembut so tak terasa sangat la, tu yang dia suka nak makan.

Sahur pagi tadi pun aku goreng telur dadar je. Makan dengan nasi n sayur campur. Minum horlick. Amir n Hana tak mau bangun dah. Wahahaha! Tak puasa la budak-budak bertuah tu hari ni. Macam la semalam diorang puasa kan. Aku rasa tetiap hari nak makan telur dadar aje la. Macam tak ada selera sangat nak makan macam-macam.

Cuma aku nak cari ayam percik. Nak ayam percik... Nak ayam percik... Nak suruh Abang Misai belikan. Dia tu kalau bini dia ni mintak time aku dah tak teringin nak makan baru la nampak makanan tu. Huhu..

Ok, selamat berbuka petang sat lagi.

 

Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H

Assalamualaikum

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua. Hari ni 1st day puasa. Alhamdulillah.. Allah S.W.T bagi lagi peluang pada kita untuk berpuasa tahun ni.

Tahun ni Amir nak try puasa. Hehe.. Pagi tadi bangun sahur awal. Pukul 5 dah bangun. Dengan Hana debab sekali bangun. Si debab tu pun nak puasa jugak katanya. Hahahaha! Selalu lambat buatkan susu pun mengamuk. Tahan ke tak makan minum sehari budak bertuah tu tah.

Amir bawak botol air pun tak nak pi sekolah. Amir nak puasa jugak katanya. Baiklah Amir. Aku bagitau dia kalau tak tahan cakap dengan cikgu. Sengih aje la mamat tu.

Bersahur semalam dengan bebudak tu je la. Laki aku tak balik. Sibuk dengan bot rosak opis dia. Hari ni pun tak tau la dapat balik ke tak. Kalau tak berbuka la aku dengan mak mertua n bebudak tu je.

Balik ni jangan jem la hendaknya. Bulan puasa ni jem selalu lain macam sikit. Kali ni dah spare buah kurma kat dalam kereta. Macam tahun lepas ahkak ternganga dalam kereta sebab jem teruk. Tak ada apa nak makan buat berbuka. Terpaksa merempit ke stesen minyak cari air n roti.

Berbuka ni nanti pun tak rancang apa nak makan. Tengok mak mertua masak apa kita sapu aje la ye. Kalau sempat menyinggah pasar ramadhan kita singgah. Teringin pulak nak makan ayam percik uols. Ayam pusing tu nanti suruh laki aku je beli. Tiap tahun puasa mesti nak merasa ayam pusing padahal boleh aje kan nak panggang sendiri. Gediks sangat.

Ok, selamat berbuka dan bersahur la buat korang yang berpuasa ye. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T . Kalau larat malam pi terawih. Aku terawih kat rumah aje sebab tentera dua orang tu tak reti dok diam. Sat lagi tak kusyuk solat mak ko pikir anak berlari dalam masjid. Haha!

Bye!

 

Thursday, July 17, 2014

Aktiviti Time Cuti Nuzul Quran - Projek memuding

Dah berapa hari puasa? 19 hari dah kan. Sepanjang puasa ni aku memang tak ada membeli sangat kat pasar Ramadhan. Memang masak aje kat rumah. Lauk 2-3 jenis aje. Tapi aku masak weekend aje n hari cuti. Yang lain mak mertua aku masak pasal aku balik keja je sampai rumah dah pukul 7.

Kelmarin cuti Nuzul Quran maka mari lah kita memasak. Amir dah bagi kiasan-kiasan,

'Dah lama ummi tak masak ayam masak hitam kan?'

Hahahaha! Ayam masak hitam adalah ayam masak kurma. Jadi marilah kita masak. Kelmarin terlebih rajin jugak buat puding jagung resepi paling sonang sekali. Puding tu pasal akak aku request. Mengidam pulak minah tu. Ok la, mari kita buat. Tekak sendiri teringin nasik ayam sampai sekarang tak buat. Huhuhu...

Mula-mula aku buat puding jagung. Puding ni tak guna agar-agar. Just tepung kastad, air, gula, susu cair, jagung jenis creamy. Resepi ni akak aku la bagi pasal dia teringin. Aku tak pernah buat pon puding jagung ni. Ikut aje la resepi. Aku tak tau dia amik dari blog mana. Sat aku cari ada gambo screenshot blog tu tak.



So, itu la resepinya. Credit kepada tuan punya blog. Korang gugel la ye. Gula tu aku kurangkan sebab aku tak suka manis sangat padahal bukan aku yang nak makan. Hahaha! Aku yang buat so ikut tekak aku la.

Sesi membancuh

Beginilah rupanya di dalam kuali mak mertuaku,






Masuk bekas pulak... Hudus je rupa pasal main tepek je...


Amir excited sangat nak tolong bancuh. Lepas tu belum sejuk masuk peti ais dia dah sibuk tanya bila boleh makan. Siap cakap,

'Sejak bila ummi pandai masak macam-macam ni?'

Perlu sentap ke apa dengan soalan tu. Hahahaha!

Bila dah sejuk aku bagi kat dia pasal asek berzikir kat telinga jagung, jagung, jagung. Sekali dia boleh kata tak sedap. Rasa berlain. Oh... Down kejap ummi ko. Kihkihkih...

Amir kalau bukan feveret kat tekak dia memang tak sedap la. Hana pon kata tak sedap. Down ganda dua kejap. Huhu... Tak apa la, anak aku memang pesen tak reti makan pencuci mulut ni ujarku menyedapkan hati sendiri. Hihu..

Dah sejuk petang semalam pi la hantar rumah mama n kakak aku yang bertuah tu. Lepas berbuka akak aku kata ok je. Cuma hudus la sikit rupabentuknya. Wakakaka! Dah kuasa pulak aku nak hias cantik-cantik kan.

So, kelmarin lauk berbuka adelah seperti gambar di bawah..


Kurma ayam, asam pedas ikan kembung (asam pedas versi penang), kari ikan pari (lauk semalamnya perangat), sayur campur, nugget untuk anakanda..

Tu lah cerita cuti aku. Masak gitu je pun dah rasa penat macam nak pengsan. Hahaha!

p/s : siapa nak beli chocoletto n berrygen roger-roger sebelum kehabisan stok. Siapa beli chocoletto 3 botol aku bagi sampul duit raya free... Hehehe...
 

Thursday, August 2, 2012

Sudah Merasa Arnab Panggang

Semalam dah berbuka arnab panggang yang diidam-idamkan. Pesan kat Abang Misai suruh beli. Pelik-pelik je bini dia ni nak makan. Hahaha!


Tapi dibelinya jugak. Dia pun nak rasa macam mana la keenakan daging arnab tu. Harga aku tak tanya. Karang ada dia suruh aku bayar. Hahaha! Jadi kita makan je.


Hari ni tak tau ape yang mak mertua aku masak. Aku selalu sampai rumah pun dah pukul 6.45 n above. Kalau aku nak masak untuk berbuka boleh. Tapi makan megi je la. Amacam? Mau ka?


Hari Jumaat lagi la sadis. Aku balik sharp pukul 5 last week. N terperangkap dalam jem yang dahsyat ye. Start jem dari KOMTAR tu. Rupanya all da way Lim Chong Eu Expressway memang jem. *nanges*


Dan aku berkesudahan berbuka kat stesen minyak dekat politeknik Seberang Perai nun. Sadis kan. Beli la air n roti untuk alas perut sementara nak balik rumah sebab sampai je kat poli dah nak azan.


Maknanya esok aku kena standby sesuatu kat dalam kereta. Atau bersiap sedia la anda untuk berbuka puasa dengan telan air liur dan korek idong secara melampau.


Ok la, sambung keja. Banyak keja sebenarnya ni. Claim sendiri pun tak terbuat lagi.



Tuesday, July 24, 2012

Makan Apa Berbuka?

Ramainyeee orang update pasal juadah berbuka posa. Meleleh ayaq liuq aku tengok tau. Siap ada rendang kambing bagai. Terus mengidam nak rendang kambing. Tapi mana mau cari daging kambingnya. Daging kambing ni susah sikit kan nak cari. Ke aku yang tak tau nak cari kat mana? Hahahaha!


Hari 1st berbuka biasa-biasa aje. Mak mertua aku masak sotong kembang masak sambal. Aku goreng papadom, masak sayur campur campak-campak. Apa lagi ek. Macam penuh meja tapi aku lupa. Hehehe... Oh, laki aku ke pasar ramadhan cari ikan bakar. Mak mertua aku teringin.


Jiran sebelah dengan gigih buat kuih ketayap bagi kitorang. Hari kedua makan apa? Mak mertua aku masak gulai ikan keli kot ke ikan apa yang macam keli tu. Hahaha! Failed nama ikan. Tapi mak mertua aku pi berbuka kat rumah adik dia. So, aku masak kerang goreng kunyit n celur ulam (ni pun tak tau nama apa jugak. hahaha!). Laki aku beli ayam goreng.


Semalam pulak aku balik pun dah pukul 6 lebih. Tak sempat nak tolong apa pun. Tolong hidang je la. Lauk ayam masak kicap, ikan kering goreng bawang, Sayur campur dengan suhun (Amir suka sangat suhun. Dia panggil bihun sup. Kahkahkah!). Air ribena. Dah 2 hari minum ribena. Kelas kau Jah! ;p


N jiran aku dah 3 hari berturut-turut bagi kuih. Aku ni dah naik segan sebab apa pun tak bagi kat dia. Ingat weekend ni nak goreng bihun la bagi. Hari kedua kuih karipap. Semalam kuih cara. Rajin bebenor buat kuih. Terima kasih ye akak jiran.


Oh, gambar juadah berbuka takde. Tak sempat nak snap. Pasal melayan Hana yang suka sangat memfollow aku ke sana sini. Dah la kuat memunggah. Penat aku nak kemas balik.


Teringin aku nak makan ayam golek. Agak-agak kalau request kat Abang Misai dia nak layan tak?

Monday, August 16, 2010

Suasana berbuka kat kampung :)

Hari ni letih semacam la pulak.

Sahur tadi dalam tren. Makan la 2 bijik roti tuna dengan sardin hi5 tu dengan sekotak milo. Perut pun dah start berdondang sayang dah ni.

Ni namanya perut melayu tulen. Tak jumpa nasik mula la menggigil. Huhuhu...

Berbuka ni pun tak tau nak makan apa.

Ingat nak berbuka kat opis je hari ni. Banyak sangat keja nak kena settle. Tetiba rasa macam musafir di Aidilfitri. Hoh! Aidilfitri pun belum lagi senah. Hahaha!

Balik berbuka puasa hari tu sangat best. Sebab aku dok tunggu makanan je. Memang hampagas punya menantu. Huhuhu..

Tapi siriyes la aku memang tak tau nak tolong apa. Tolong cuci pinggan lepas makan je la kot. Nak tolong hidang makanan pun ala-ala malu. Padahal dah nak masuk 2 tahun kawen. Agagaga~~

Mak mentua aku pulak time berbuka semua dia hulur kat aku. Hahaha! Syorgaaaa... Tapi makan ciput je konon-konon perempuan melayu terakhir. Hakhakhak! Tapi lepas tu tambah la nasik. Memula je taruk sikit tu. Huhuhu...

Dan Amir sangat behave sepanjang orang berbuka. Dia dok sorang-sorang dalam katil dia n belek-belek buku hard cover yang ummi beli untuk dia sampai lunyai. Good boyyy.... :):):)

Lepas ni boleh la ummi belikan buku lagi. Hehehe...