SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 25, 2012

Kenduri kendara



Assalamualaikum

Baru balik dari kenduri. Sepupu kahwin. Lama jugak la dok beramah mesra dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik.

Banyak betul kenduri. Hari Ahad kenduri belah perempuan. Kitorang ni datang dengan pihak lelaki. Siap makan beradab sekali la. Haha! Yang hari ni kenduri belah lelaki.

Mari jadikan entry ni entry caca marba. Jumaat lepas aku MC. Hipertensi. Tekanan darah sampai 140. Tu maknanya aku stress tahap gaban.

Stress keja melampau. Semua benda nak serentak. Akhirnya darah pun naik. Huuuuu...

Ok la, tu je. Hikhik.. Apa punya update la. Aku still pening-pening lalat ni. Lain kali la update.

Posted via MyAndroid

Wednesday, December 19, 2012

Pagi Ni Aku Rajin :-)


Assalamualaikum

Wah, pagi-pagi tajuk dah masuk bakul angkat sendiri. Kuikuikui...

Tapi betul. Pagi ni aku rajin. Pasalnya aku ada taklimat dekat dengan rumah. Boleh keluar lambat.

Tengok ada banyak nasi lebih semalam. Jom kita masak nasi goreng. Gigih aku tumbuk bawang pagi buta. And thank you Allah sebab Hana tak buat perangai pagi ni.

Tambah lagi 1 menu... Serawa durian. Yummehhh....  :-P ~~

Tapi aku dapat jamah sikit je. Kerana berkejaran buat macam-macam benda. Sidai kain, amir berak, basuh n kemas pinggan mangkuk periuk belanga *macam la masak guna belanga*.

Serawa durian tu 1st time buat. Sonang yo rupanya. Aku gugel semalam. Santan, durian, gula. Campak semua. Kacau-kacau, siap! Aku guna gula pasir je. Santan pun santan kotak. Kahkahkah!

Konon nak letak daun pandan kasi wangi sikit. Gigih la aku pi belakang rumah pagi-pagi tu. Cari punya cari tak jumpa pokok pandan. Eh... Sebelum ni ada. Bila pulak la laki aku cabut pokok tu. Nampak sangat la aku tak amik port pasal pokok belakang rumah. Muahaha!

Pokok orang rumah sebelah ada la. Malas nak mintak pagi-pagi. Jadi serawa durian aku tak ada wangi pandan lor.

Serawa tu pun aku sempat rasa cuit-cuit je. T_____T

Ok la. Nak bertaklimat ni. Nanti update kalau rajin. Daaa~~

Posted via MyAndroid

Tuesday, December 18, 2012

Tadi Dah Letak Tajuk Hilang Pulak

Assalamualaikum

Lagi sekali... Bawak charger tapi tak bawak handphone. Kali ni nak cucuk kat mana pulak? Telinga? Hahahaha!

Kelam kabut sikit pagi ni. Dah la mengantuk. Hana bangun pukul 2 lebih berak pulak. Agaknya pasal ummi dia taram makan durian so dia kepanasan la sebab asek bergayut nenen je. Tak pasal-pasal terberak-berak anak aku. Huhuhu....

Cakap pasal durian teringat pulak berlambak lagi durian dalam peti ais. Wawawa... Nak buat apa ni? Jangan la suruh aku buat durian crepe. Renyah je pada aku yang banyak sangat komitmen *pemalas sebenarnya* ni haa...

Nanti la aku gugel resepi berasaskan durian. Kalau tak bubur kacang buat serawa la kot. Banyak sangat so kena la pandai daripada biar durian tu tak dimakan. Nak buat tempoyak pun siapa yang nak makan banyak-banyak tu.

Wokey.. Banyak benda nak disiapkan ni. Mati akal kejap bila hp takde nih.

Babai~~




Monday, December 17, 2012

Ku Kuciwa

Assalamualaikum

Bersawang dah blog aku ni. Last update masa tunggu makanan kat kedai makan kat Cherating. Hikhikhik... Kemalasan plus kekecewaan so tu yang tak berupdate tu.

Oh, aku dah ada kat Penang dah. Balik hari Rabu minggu lepas jugak. Habis taklimat terus berderu balik rumah. Taklimat abes pukul 12. Checkout pukul 1 tengahari. Sampai rumah pukul 2 pagi. Ikut jalan Grik-Pasir Putih.

Ikut jalan tu macam-macam bunyi kedengaran ye. Dah la laki aku drive bukak tingkap. Aku dah kecut-kecut perut. Baca ayat qursi pun tunggang langgang dah. Hahaha! Fenakut sangat. Last-last aku dah tersengguk-sengguk bior laki aku drive layan diri sorang-sorang.

Ntah dah sampai mana ntah tetiba laki aku macam mengomel sorang-sorang. Aku terjaga. Tengok every kereta or lori yang lalu lalang semua high beam kitorang. Apesal pulak. Sekali tu dia...... Gajah dok bersiar-siar tepi jalan. Mula-mula nampak 2 ekor gajah yang besor..... Tak lama jalan depan sikit nampak lagi 2 ekor mak pak gajah dengan 2 ekor anak gajah. Mulut cabul aku terus tanya,

'Eh, gajah ke tu?'

T_____T

Abang Misai pun dah ala-ala confuse nak stop ke tak. Sebab kan orang kata kalau nampak gajah tu kena stop n tutup lampu. Tapi tengok kitorang je yang sibuk nak stop. Kereta lain dok perderas jugak. Jadi, kita pun perderaskan kereta la. Lagi mau tunggu.

Rupanya kereta n lori dok galak bagi high beam tu pasal depan lagi sikit ada polis buat road block derrrr...

>_____<

Yang aku kuciwa tu pasal aku dah apply cuti hari Khamis n Jumaat. Tetiba bos emel hari Isnin sebelum start taklimat dia nak buat meeting. Yang hari Khamis tu memang tak ada dalam planner. Yang hari Jumaat tu aku dah berkira nak suruh staf aku wakilkan. Every meeting aku datang without failed. Sekali sekala bagi can la anak buah pulak present. Tapi aku tak tau apesal bos aku ni asal aku nak cuti je ada je dia nak buat meeting or if dia dah luluskan lepas tu dia cancelkan. Membara oke! Membara!!!!

Terpaksa la aku balik jugak dengan hati yang sebal. Angan-angan nak pi cuti kat Terengganu lebur. Sebab tak nak bagi aku kempunan tu la yang laki aku balik ikut jalan grik-pasir putih. Lalu tengok negeri Terengganu pun jadik la sambil amik angin Pantai Kelulut singgah makan sat n beli kepok lekor.

Dah la esoknya aku masuk keja macam biasa. Drive kereta dengan mata separuh tertutup sebab tak cukup tido. Korang boleh buat? Huhuhu...

Tambah berasap pulak dapat sms dari anak buah aku kata dia tak datang, emergency leave sebab balik lewat dari kursus. Sehabes lewat diorang sampai adelah pukul 12 malam dan balik dari Putrajaya je tau. Aku pukul 2 pagi. Siap pulak diorg ada driver oke. Tak kelek anak segala. Hoih!!! Marah tau tak!!!

Jadi aku masih lagi kuciwa...... Tak tau nak cakap macam mana..... Sedih gila la....


Tuesday, December 11, 2012

Cherating Kita


Aloha! Aku sedang duduk di kedai makan tunggu makanan tapau sampai. Ye, memang perlu dan wajib tapau sahaja. Kerana anak yang sungguh la lasak sampai aku nak makan pun ala-ala tersekat di kerongkong je. T_____T

Yang lasak tu Hana. Amir elok je duduk makan. Letak dalam baby chair tu pun toksah harap la. Ko letak tak sampai seploh saat dia dah terjulur sebelah kaki nak lompat ke bawah.

Harga makanan boleh tahan tercekik jugak ye. Nak-nak time gaji. Tertelan-telan ayaq liuq tengok harga. Kalah harga kat key ell gitu. Mungkin sebab kawasan peranginan. Tambah pulak tak banyak sangat kedai makan. Ke ada banyak tapi aku tak tau. Maklum la, 1st time sampai cherating kekdahnya.

Semalam petang dah makan kedai makan D'Cherating. Hari ni kita try Sri Pelabuhan pulak. Yang kat D'Cherating tu la yang buat aku tobat nak makan kat kedai tengok perangai Hana.

Bukan takde makan kat hotel. Ada... Tapi untuk aku sorang je la. Kesian kat 3 beranak tu. Punya la malas nak cari makan. Sanggup telan megi je. Ok la, jom makan ummi belanja.

Ok, aku penat dah tunggu. Lama pulak makanan nak siap. Lapor nih.

Esok kalau rajin aku update lain. Aku tengah agak berbulu dengan bos aku ni. Huh...

Posted via MyAndroid

Tuesday, December 4, 2012

Kucing Mati Di Tengah Jambatan

Ye. Kucing mati di tengah jambatan yang menjadi isu yang berserabut dalam kepala otak aku hari ni di samping keja opis yang berlambak-lambak.

Kat jambatan mana? Bukan la kat jambatan merah sudah roboh. Tapi tengah-tengah jambatan Pulau Pinang.

Aku asek terfikir dari mana datangnya kucing kat tengah-tengah jambatan dengan kereta yang banyak lalu lalang kat situ. Bukan sekali aku nampak. Dah lebih 3 kali rasanya.

Semalam yang latest aku nampak. Anak kucing mati terdampar kat lane paling kanan sekali. Time tu jalan jammed macam hape. So kereta semua agak slow.

Apakah di dalam dunia anak kucing boleh berada di tengah jambatan itu???? Persoalan sangat kan.

Option jawapan yang aku ada.

Pertama. Kucing tu dicampak oleh orang yang tak nak bela kucing. Sampai tengah jambatan je, nah! amik kau! *kejam sangat je imaginasi aku*

Kedua. Kucing tu tengah duduk dengan owner dia dalam kereta. Tetiba sampai tengah jambatan ada orang kentut busuk. So, owner bukak tingkap nak bagi bau busuk keluar. Tapi si kucing lompat keluar pulok. Dah innalillah kat situ jugak.

Ketiga. Kucing tu kecewa dan pi tengah jambatan untuk bunuh diri.

Keempat. Aku dah tak ada idea nak pikir.

Jadi korang rasa macam mana kucing-kucing yang aku nampak tu ada kat tengah jambatan. Ke aku sorang je yang nampak??? OMG.... Ketakutan tetiba.

>_<


Monday, December 3, 2012

Aku Dah Tukar Keja Jadi Pengembala Lembu

Assalamualaikum

Pagi ni aku jadi pengembala lembu. Sebab pagi-pagi hantar Hana n Amir aku dah kena halau lembu ke tepi jalan. Naik kereta tekan hon bagi lembu ke tepi. Dok tengah-tengah jalan pulak.

Balik dari hantar Hana n Amir nak ke tempat keja lagi sekali aku kena halau lembu sebab dok balik tengah jalan. Bukan seekor ye. 4 ekor. Lembu remaja. Hahaha! Dah la menabur baja merata. 1 keja aku nak elak pulak. Sat lagi laki aku membebel tengok aku main sapu je taik lembu tu.

Aku cukup heran dengan tuan punya lembu. Main lepas je lembu tu merata-rata. Tau la situ kawasan kampung. Tapi wadehel la lembu dok bermesyuarah kat tengah jalan. Dah la jalan tu gelap. Berapa kali aku nyaris nak tersondol lembu. Bukan lembu sondol kereta aku.

Macam tak pernah dok dalam kandang oke. Pagi aku tengok ada je kat tepi or tengah jalan. Petang amik bebudak tu pun ada jugak. Kadang-kadang je la nampak tuan dia dok halau dengan motor. Berselerak pulak lari lembu tu siap ada yang berenang dalam sungai.

Kalau orang curi tu memang salah sendiri la. Siapa suruh biar lembu tu berkeliaran macam lembu tak bertuan.


Wednesday, November 28, 2012

Sila Guna Charger Tu Cas Lubang Hidung T___T

Assalamualaikum

Morning sunshine. Hahaha! Tetiba bersunshine sunshine.

Hari ni aku tertinggal handphone. Dah la sat lagi ada meeting. Sah kebosanan tahap maksima la aku dalam bilik meeting tu.

Mana la tak tertinggal. Pagi ni aku bangun awal la jugak mandi. Tengah mandi dengar Hana menangis beria-ia. Dah bangun la pulak minah kecik ni. Nasib la Tok dia ada. So, mandi cepat-cepat.

Dah abes mandi. Nak solat pulak dia dok landing baik atas sejadah. Tok dia pun dok solat kat bilik. Nak tak nak kena jugak solat sambil dia dok depan aku sambil tersengih-sengih.

Abes solat Amir pulak cakap sakit perut. Oh my.... Bukak pampers suruh dia berak kat toilet.

Abes dia berak tengah aku siap-siap pulak Hana pulak batuk-batuk sampai termuntah. Huuuuu.... Pi lap muntah dia pulak.

So, dah agak kelam kabut sebab timing dah lari. Campak segala benda dalam beg. Sempat lagi cabut charger handphone dari soket, gulung-gulung, simpan dalam beg.

Dah lepas hantar anak-anak pi rumah Toksu diorang. Dah nak dekat masuk hiway baru aku macam,

'Eh, aku bawak handphone ke tak tadi?'

Teringat handphone atas bantal dalam bilik tido. Check handbag. Yeeee.... Aku tak bawak....

T__________________T

Apa motifnya bawak charger tapi tak bawak handphone. Apa yang ko nak cas ni senahhhhh!


Tuesday, November 27, 2012

Gugel Resepi Lepas Tu Terliur

Assalamualaikum

Aku kat opis. Tengah buat keja sambil kepala adelah sakit rasa macam nak hantuk ke dinding berkali-kali.

Tapi time tengah sakit kepala ni la teringat sambal goreng jawa. Alangkah sedapnya kalau dapat makan. Nyam... Nyam... ;p~~

Sekarang ni aku suka sangat gugel resepi. Gugel je la. Nak menerai jauh sekali. Hikhikhik... Asal ada terlintas kat kepala otak aku gugel. Lepas tu menatap gambar makanan yang diidamkan. Lepas tu berangan masak kat rumah.

Sampai cara buat mee kuning dengan kuey teow pun aku gugel. Sebab teringat kat rumah ada mesin buat pasta yang aku rasa mak mentua aku punya. Tapi tak pernah berusik. Dok la dalam kotak atas kabinet dapur tu dendiam.

Aku sebenarnya suka je nak try masak segala ni. Tapi segan dengan mak mentua. Lagi satu kalau aku masak siapa je la nak makan. Amir memang bukan pemakan. Dia nak spagetti carbonara je. Kalau bagi tu banyak la dia makan. Hana dia makan sikit lepas tu sepah je lebih. Abang Misai makan tapi tanpa perasaan. Sat lagi dia tanya,

'Tak masak kari ke hari ni?'

T_______T'

Punya la bini masak susah payah sup ikan merah segala dia cari kari jugak. Mamak dan kari memang tak dapat dipisahkan. Bila aku masak pelik sikit lagi la dia tak makan. Aku pernah try buat triffle tapi langsung dia tak makan. Aku la perabih sorang-sorang. Hatta sesudu pun dia tak nak rasa. Sedih ok. Sebab tu aku jadi malas masak. *alasan*

Tambah lagi Hana. Kalau aku kat dapur tengah menggoreng ke hape dia datang terkedek-kedek berdiri kat kaki aku. Kot merecik-recik minyak panas tu dah kena kulit gebu dia. Aku letak depan melalak-lalak lari balik ke belakang dok bersenggayut kat kaki. Lepas tu tolak-tolak suruh aku pi ke depan. Abes macam mana aku nak masak? *alasan lagi*

Nanti aku nak beli oven la. Kat rumah aku tak ada oven. Kalau dah ada boleh aku baking-baking kek pulok. Kena beli mixer sekali.

Haiiii.... Verangannyeeee la mak minah ni.




Monday, November 26, 2012

Stress Itu Tak Indah

Assalamualaikum

Pagi ni bangun dengan kepala yang sakit berdenyut-denyut. Tapi gigih la jugak ke opis. Banyak keja kot nak kena settle. Padahal keja tak pernah abes pun.

Weekend dok rumah saje. Menjadi tarzan. Amir sekarang perangai menjadi-jadi sungguh. Sabor je la. Hukhukhuk... Hana pun apa kurangnya. Aku tengah drive dia boleh melalak sambil bergayut kat lengan aku nak lompat ke riba. Apekah ini anakku???

Dah la hon kereta aku dah Innalillah. Piap dengan radio kereta sekali. Aku tekan hon terus radio off dengan sendirinya. Lepas tu hon kereta pun tak berbunyi. Ini semua mamat bawak motor tak sayang nyawa punya pasal la.

Hish! Dah pagi tadi aku nak hon sebijik kereta yang masuk kat lorong smart tag lepas tu tak lepas n pi undur kereta sampai nak cium kereta aku tak boleh. Takkan aku nak hon buat bunyi pakai mulut pulak.

'Pin! Pin! Kereta tu reverse slow-slow sikit!!!'

Hahaha... Bengong sangat kan. Dah esok aku bawak kereta Abang Misai pulak. Kemalasan betul aku nak bawak kereta dia tau. Kereta bunyi mengaum-ngaum.

Dah la tadi orang yang jual rumah tu call. Tanya bila nak settle. Hari tu aku cuti aku mintak SnP ko bagi lambat. Sekarang aku dah tak cuti sibuk tanya aku balik. Dengan ayat ala-ala nak cepat kalau ko lambat ada orang lain tengah tunggu. Tension aku tau.

Oh... Aku sangat stress macam ni....

Apakah... Kenapakah... Mengapakah.... 

Friday, November 23, 2012

Stress Kuasa Seploh!

Assalamualaikum

Dah rehat tapi aku still lagi banyakkkkk keja nak buat. Sob... Sob....

Hasilnya bahu aku sebelah kiri dan belakang tengkuk sangat sakit. Dah seminggu lebih. Dah menjangkit jugak 1 badan. Letih lesu aje rasanya. Bila aku cerita kat member diorang kata aku stress.

Mau tak stress. Bersusun keja menunggu. Taklimat yang lepas pun aku tunggang terbalik siapkan segala slide. Lepas tu semalam ada meeting dari pagi sampai petang. Slide meeting tu pun baru pagi semalam datang keja awal aku siapkan.

Hari ni aku baru settle buat pemilihan untuk semakan kualiti. Cari quotation untuk cetak borang. Bos nak dengan kajian pasaran sekali. Gilo babis sungguh rasanya. Slide untuk ke Cherating aku tak siapkan lagi. Compile report segala mak nenek pun belum.

Bahagian kitorang nak buat 5S lagi.

Omaigaaaaadddddd!!!!

Tension dan stress berganda begini.....

Dan bahu pun dah mula berdenyut. Nak makan pun aku tak sempat weh... Pagi tadi tak breakfast apa pun. Tetiba je terus lunch. Itu pun staf aku yang ajak makan tadi. Aku tak perasan dah time rehat. Huhuhu....

Disebabkan terus sumbat nasi maka sekarang aku dah rasa nak termuntah....

Tetiba pulak teringat pemeriksaan aset untuk opis ni aku jugak yang kena buat.

Oh... Oh.... Pitam~~


Wednesday, November 21, 2012

Hari Ini Di Seberang.. Gumbira!


Assalamualaikum.

Rehat time. Aku tak berada di opis. Tapi di opis cawangan kat kepala batas ni. Memberi taklimat.

Dah naik tersembur-sembur air liur bercakap dari pukul 11 sampai la pukul 1 tadi. Nasib la lepas rehat turn orang lain pulak.

Esok ada meeting lagi. Slide tak siapkan lagi. Huhuhuh..

Nak tido pun celah mana la aku nak landing. Sejuk banget dalam bilik meeting ni. Lupa pulak tu nak bawak blazer. Gigil la sorang-sorang.

Hoh! Bosannya baca apa yang aku sendiri taip ni. Tak best langsung. Otak dah tepu. Idea dah kering. Ala, hari-hari pun memang aku takde idea.

Dah la kena jadi penunggu bilik ni jaga laptop yang ditinggalkan.

Oh... Mama Bosan!

Posted via MyAndroid

Tuesday, November 20, 2012

Pening....

Assalamualaikum

Sakit kepala. Stress gamaknya. Esok nak buat review tapi satu hapah aku tak siapkan slide lagi. Banyak gile la pulak slide nak kena siapkan. Aku tekanan ni weh!!!

Lusa ada meeting. Pun kena buat slide.

Bulan depan ada meeting kat Cherating pun aku jugak kena buat slide.

Hoih!!!!

Dah macam nak muntah aku hadap nak buat slide je. Macam tak ada benda lain.

Pemeriksaan aset pun aku tak buat lagi. Dah la online. Portal pulak macam mentibang je tak boleh nak masuk. Wadehel sungguh la....

Pening... Pening... Pening...

I need minyak cap kapak....


Sunday, November 18, 2012

Amboi Sakan Tengok TV Macam Takdak Keja


Hoih... Keja punya la berlambak. Aku boleh hadap tv n terjebak tengok semi final muzik-muzik.

Siap bertwit sakan. Kemalasan apekah yang melanda ini. Huhu...

Dah la esok keja. Aku dah jadi tension bila pikior pasal keja tau. Dah la sorang-sorang menjaga 2 orang budak ni.

Sabar je la yang mampu pun. Wuuuu...

Dah! Dah! Sila pi siapkan keja sekarang!

:-|

Posted via MyAndroid

Ayat Menikam Kalbu - Bukan Runtun Qalbu Ye


Assalamualaikum

Haih... Tekanan perasaan sangat...

Jumaat lepas dapat emel dari bos suruh aku pi meeting yang tak tau lagi kat mana hala hq nak buat. Sama ada kat hq atau kat mana-mana aku tak tau n yang pasti luar dari penang.

Dan meeting adelah selama 4 hari.

Aku pun balas la emel tu mintak ehsan ganti dengan staf aku sebab tak ada orang nak jaga anak-anak aku malam-malam. Abang Misai kan outstation kat Johor sampai hujung bulan ni jugak. Dah la budak-budak tu pesen tak nak kat orang lain lagi-lagi budak Hana. Dalam kereta pun boleh menangis pi balik dari rumah ke Pulau nun makcik dia pegang.

As usual aku dapat jawapan menikam kalbu dan saje je nak buat aku rasa bersalah dan rasa macam berdosa besarnya kalau aku tak pi.

Seriously, kalau takde halangan aku memang akan pi. Sedangkan cuti pun aku terpaksa burn lepas bos suruh datang gak untuk meeting padahal benda aku dah lama plan terpaksa kensel. Ini aku memang tak boleh nak pi.

Laki aku pun keja. Bukan Mr. Mama yang boleh jaga anak kat rumah. Kalau aku sorang keja memang tak lepas la cost of living kitorang. Gaji aku banyak mana sangat. Bukan macam gaji bos-bos yang boleh laki diorang berenti keja n jaga anak kat rumah.

Pliz la... Tolong jangan bagi lagi ayat menikam kalbu. Bukan aku tak tau itu memang responsibility aku. But benda memang luar jangka. Jangan la sampai aku pulak yang memberontak dalam opis tu.

Haih... Tekanan la bila macam ni...


Posted via MyAndroid

Thursday, November 15, 2012

Kepenatan


Assalamualaikum.

Kepenatan mak... Huuuu...

Hari ni bermula lagi rutin menjadi omak n apak untuk anak bertuah dua orang tu. Abang Misai pi Johor lagi 2 minggu.

Dan budak 2 orang itu tak sah kalau tak menyepahkan rumah. Hukhukhuk..

Esok pulak aku keja. Alang-alang cuti tak straight seminggu. Macam aku pulak sambut Deepavali gitu. Aku kat rumah pun opis call tanye itu ini. Masuk la keja jumaat ni. Banyak benda nak setel.

Sekarang sesi nak kutip baju kat ampaian pulak. Lepas tu lipat.

Tetiba berangan bestnye kalau jadi orang ada-ada ni. Buleh amik maid buat keja.

Berangan lagi nak maid sedangkan badan dah macam belon. Huwaaaa!

Aku dah gemuk!!!

Eh... Tetiba ke lain pulak. Ok la, boboboi!

Posted via MyAndroid

Monday, November 12, 2012

Hari Ni Isnin Yang Lepak


Assalamualaikum

Sedang menahan mata dari terlelap. Padahal ada kat rumah. Motif? Bagitau je la cuti. Hahaha!

Anak-anak bertuah tengah lena. Hana tu kejap lagi bangun la tu. Dia dah lama gak tido. Amir baru tido je.

Abang Misai pi keluar bayar bil. Aku tengah golek-golek tengok tv. Baru setel masak n basuh baju segala. Tu yang kepenatan ala-ala nak tido.

Blur pulak tetiba. Nanti sambung update.

Posted via MyAndroid

Friday, November 9, 2012

Middle Finger

Assalamualaikum

Pagi-pagi dah sengal bahu sebelah kiri. Tu tanda-tanda stress ke? Padahal baru je hadap pc ni takkan dah lenguh macam angkat batu 10 tan.

Owh... Semalam aku telah dimiddle fingerkan oleh seorang pemandu kereta toyota putih. Sungguh bersopan dan berhemah sekali pemandu di Malaysia ni kan. Ini la keindahan Malaysia. Kahkahkah!

Alkisahnya aku ni nak keluar dari simpang. N nak masuk ke simpang di seberang jalan. Certain driver kat Penang ni ada 1 pe'el tau. Kalau ko nak ubah lane either ke kiri or kanan, mau pun ko nak masuk simpang diorang akan berubah menjadi makhluk yang mempunyai tahap dengki tertinggi di dunia.

Biasa kalau kita nak ubah lane atau masuk simpang kita akan pastikan kereta belakang jauh lagi n bagi signal kan. So, lepas bagi signal seharusnya driver belakang perlu la dengan penuh hemah bagi laluan. Lagi pun memang jauh lagi n aku sangat la pasti sempat nak masuk.

Tapi sang pendengki ni tidak begitu ye. Dah nampak orang bagi signal dari jauh diorang boleh press lagi minyak kasi laju n seboleh-boleh tak bagi kita ubah lane atau masuk simpang. Perangai puaka niyang rapik apekah itu???

Ni kali kedua aku kena. Lepas kita ubah lane or masuk simpang dia bagi hon gila-gila punya dengan brake mengejut konon aku la yang bersalah. Padahal yang ko start memecut tak hingat dah nampak aku bagi signal dari jauh tu kenapa la? Yang semalam siap pakej middle finger. Aku mampu senyum je la tengok betapa 'berhemah'nya dia.

Tak apa la encik. Semalam hari saya mungkin esok hari anda pula. ;)




Thursday, November 8, 2012

Perbualan Dengan Amir Ridhwan

Eh, ada entry lagi. Kata nak kemas balik dah. Hahahaha!

Buat entry sakit perut teringat semalam masa amik Amir dari rumah Toksu. Dok la dengar dia menceceh. Hehehehe... Kuat menceceh budak Amir ni. Layankan aje.

'Umi, lembu tu tak sakit perut ke?'

Oh, rumah Toksu Amir kat dalam kampung. Sebelum tu kena lalu tepi bendang n tali air. Banyak lembu bersepah makan rumput.

'Kenapa pulak lembu nak sakit perut?'

'Semalam Amir tengok banyak lembu warna kuning *err... ada ke lembu kaler kuning?* semua kuar dari rumah dia. Ada 1 lembu putih tu tak kuar. Dia dok dalam rumah. Lembu tu sakit perut.'

'Hahaha! Mana Amir tau lembu putih tu sakit perut?'

'Sebab lembu putih tu dia makan banyak-banyak sangat. Dia makan, makan, makan.'

'Oooo... Lembu putih tu makan banyak sebab tu sakit perut ek?'

'Dakkkkk... Lembu putih tu sakit perut sebab tu dia makan banyak-banyak.'

'Abes tu Amir kalau sakit perut Amir makan banyak jugak ke?'

'Haa laa...'

'Hahahaha! Tu bukan sakit perut la. Tu lapar.'

Nak gelak guling-guling ummi hang ni Amir oiii...  

Wednesday, November 7, 2012

Tergoda Dengan Felinna. Salahkan Sepet Pulak. Hahaha!

Assalamualaikum

Dah 2 hari aku nak pi keja ada roadblock polis. Semalam sampai jammed. Ingat ada eksiden ke hape. Apejadah buat roadblock di pagi hari ni? Ada penjenayah terlepas ke? Yang best roadblock kat laluan motor tapi dengan kereta semua berjangkit.

Semalam rasa macam nak demam. Tapi tak demam pun. Hari ni masih rasa macam nak demam. Tekak sakit, hidung srot sret. Tambah lagi 1 pakej, sakit kepala.

Pagi ni pulak ada sesi bergambar untuk bahagian pengurusan. Aku ofkos la kena masuk. Email pemberitahuan ada sesi bergambar baru dapat pagi tadi. Nasib la aku memang pakai baju korporat. Nape la tak bagitau dari semalam. Boleh aku pakai lip lap anak mami sikit. Kahkahkah!

Semalam aku telah tergoda dengan Felinna Inchloss yang dijual si Sepet. Ok, tau la baru dapat gaji kan. Tak pasal-pasal aku beli sebotol. Huhuhu... Maklum la dah kembang di sana sini. Tengok testimonial seperti menggiurkan. Maka melayang la duhetku.

Serius aku rasa aku dah kembang setaman. Seluar dah ketat. Nak kancing kena tarik napas dulu. Baju yang ada banyak dah aku boleh tengok je. Baju kebaya lagi la rasa nak nangis tengok. Lelemak yang sungguh keji. Huhuhu... Mencik sangat.

Ok, takpe. Kita try Felinna ni dulu. Kahkahkah! Macam kan rajin. Pati halia kat rumah tak habis-habis lagi pakai. Nak pakai gi opis macam segan la pulak kan masuk opis bau halia. Disebabkan tergoda dengan Felinna yang dikatakan wangi maka aku menyimpan semangat nak pakai time pi opis nanti.

Kalau berkesan akan direview. Puiii! Dari dulu semua barang aku guna aku kata nak review kan. Hahaha! Tapi haram 1 review pun tak pernah timbul. Agagaga... Ampunkan la aku yang femalas tahap maksimus ni.

Ok, sila sambung keja yang bertimbun. Sempat lagi nak update blog ye. Lempang kang. ;p


Monday, November 5, 2012

Dah Ada Alasan Nak Potong Rambut

Assalamualaikum

Ingat nak update pagi tadi. Banyak keja. Semak claim aje setengah hari. Lepas tu terlupa dah nak update apa. Ni tetiba update sebab aku tension. Abang Misai baruuuuu je balik 1hb. Hari ni dia sms kata dia kena pi Johor balik 15hb sampai 30hb pulak.

Huaarrgghhh! Tension....

Malas nak cerita tension pasal apa.

Semalam kitorang anak beranak keluar jalan-jalan. Dah lama kot Amir dengan Hana menepek kat rumah dengan aku. Ada tak ada pi Tesco. So, keluar la kami. Dalam kereta Amir sibuk nak duduk dengan aku. Adik dia dok kat carseat kat belakang.

Ntah macam mana tangan aku ni gatal menyelak-nyelak rambut Amir. Dan aku ternampak TELUR KUTU!!!!!

Alahai anak... Mana la hang dapat telur kutu ni. Berapa banyak la bala tentera kutu dah dok atas kepala hang ni....

Semua telur kutu yang aku jumpa dah tinggal sarung aje ye. Dah menetas dah. Lagi la tension ummi ko ni Amir oiiiii.....

Kalau dah Amir ada kutu maka perlu diselak pula kepala Hana. N masa turun jalan kat Jusco aku selak. Ada jugak. Tapi sebab rambut Hana nipis maka tak banyak la yang aku jumpa. Ada la 2-3 je telur kutu. Tu pun dah tambah tension dah tu.

Dan pasti atas kepala aku pun ada gamaknya. Aku suruh Abang Misai check dia pulak tak kenal macam mana rupa telur kutu. Dengan berlagaknya kata kepala dia suci murni tak pernah ada kutu. Chaiiitt! Sekali mak mertua aku pecah lobang kata laki aku pernah jugak ada kutu tapi tak nak ngaku jugak tu.

Dah aku kena cari shampu kutu balik ni. Disebabkan psiko maka sekarang aku rasa kepala aku gatal je macam ada benda merayap.

Dan ade la alasan kukuh aku nak potong rambut pendek. Huahuahauhaua! Dah lama tak potong rambut.

^_^


Friday, November 2, 2012

Tahniah Buat Kawan-Kawan Ku :)

Assalamualaikum

Semalam mendapat 2 berita gembira. 3 orang sahabat sudah mendapat cahayamata. Seronoknya tengok baby comel-comel. Tapi dapat tengok gambar je la pun. Nak melawat masing-masing nun di belah KL n Putrajaya sana.

Ok, yang pertama. Diucapkan tahniah untuk 2 orang sahabat yang dah jadi mommy n daddy. Kawan sekelas masa diploma. Kawen 11.11.2011 yang lepas. N dapat baby semalam, 1.11.2012. Maizatul Azura dan Haizal Ramdzan. Dedua ni member sekelas ye.

Ini pic baby yang comel itu. Puan Jatul dan Encik Haizal, ijinkan saya ye letak pic baby anda di sini. :)


Baby girl yang comel. Normal delivery di hospital Putrajaya @ 11.22 AM. Berat 3.1kg. Nama penuh baby kena tunggu mommy dia buat pengumuman. Setakat ni yang aku tau nama baby Qaysara. Hehehe...

Ok, yang kedua. Tahniah untuk Ida mama Mika, sahabat bloggerku n suami. Pun bersalin semalam. Pagi jugak kan Ida. N ni dia baby Ida. Baby girl jugak. Comel sangat. Mintak ijin jugak ye Ida letak pic ni. Amik dari blog Ida. Detail pun boleh baca kat blog Ida. Seronoknya Mika dapat adik. :)


Tahniah pada mommies n daddies ye. Semoga baby-baby comel membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang solehah. N kepada mommies, selamat berpantang. Jangan pantang tengok pulak. Hahahaha!


Thursday, November 1, 2012

Pagi Ni Dalam Kegelapan

Assalamualaikum

Err... Dah berapa hari tak update? Sendiri pun tak ingat. Semalam EL. Hana demam. Malam la dia demam. Subuh tu aku bangun dia merengek-rengek. Sudahnya aku tak pi keja. Tapi bila pagi sihat walafiat berlarian ke sana sini.

Dah la pagi tadi aku bangun nak pi mandi lampu tak nyala. Rupanya 1 rumah tak nyala. Dengan kipas semua tak berpusing. Tapi dalam bilik aku ok sebab guna plug. Yang guna suis kat dinding semua kiok. Bergelap la aku mandi ditemani lampu pelita LED. Feeling-feeling mandi kat perigi kat kampung. Samar-samar gitu. Hahahaha!

Dan Alhamdulillah jugak la Abang Misai balik time aku tengah bersiap nak pi keja. Fuhhhh.... Lega mak tau. Terus aku tolak anak-anak bertuah kat abah dia. Suamiku, tolong hantar anak ke rumah pengasuh. Dah la dia bawak balik mainan kucing menari. Melalak si Hana takut.

Elok sangat la laki aku balik tu. Rumah dah macam-macam jadi. Saluran sinki dapur tersumbat. Habes banjir 1 dapur time aku nak pi keja kelmarin. Nasib la pagi tu aku pi dekat-dekat rumah je. Sempat aku mop sebelum ada orang terlentang kat dapur tu. Suis letrik pun dah main tendang-tendang. Semalam tendang bilik mak mertua aku je. Pagi ni 1 rumah berjangkit.

Ok, aku nak siapkan claim. Merata aku pi bulan lepas. Eh, dah bulan November kan. Kejapnya dah nak masuk tahun baru. Banyak benda nak buat ni. Ok. Babai!


Monday, October 29, 2012

Menaip Sambil Tutup Mata

Assalamualaikum

Tengah sakit tengkuk akibat mengadap pc non stop. Ada slide nak kena siapkan ni wei. Menaip pun dah pejam mata je haaa...

Dah la tengah sakit hati dengan jerawat yang dok bertepek kat muka ni... Heeee... Dah tua-tua pun jerawat nak menempel gak. Maybe sebab aku makan virgin coconut oil maka telah berlakunya proses detox. Ke jerawat sebab aku nak period. Maklum la, baru tukar pil perancang. Tu yang berlumba-lumba naik jerawat.

Slide tak siap lagi. Tapi aku dah tension hadap pc ni. Rasa nak baling je keluar tingkap. Hoh, taip pejam mata ni kurang pulak kesilapan bila aku check.

Dah, aku nak pi rehatkan mata kejap sebelum mata aku tersembul keluar. Serius pening.

Esok meeting. Nak kena siapkan slide sebelum balik ni la nampaknye....

Confirm aku sambung taip sat lagi tutup mata.


Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. Aku tak pi mana. Dok rumah je la. Sambil menjawab soalan Amir Ridhwan yang bertalu-talu. Mulut macam bertih. Haha!

Dan melayan kerenah Hana yang mengekor mana je umi dia pi. Yang abang mulut macam bertih, yang adik ni mulut tak berenti mengunyah. Orang makan dia pun nak makan. Pedas pun dia sapu jugak. Kalau abang pedas sikit pun dah tak nak makan.

Semalam beria la aku balik awal mintak time off dengan bos. Beli barang nak masak rendang segala. Balik-balik tu dia.... Ibu mertuaku dah siap masak ketupat palas, ayam masak kicap, rendang daging, kari tulang. Perlu ke aku nak tambah lagi? Tak perlu la nampaknya. Masak esok lusa je la.

So malam tadi aku lap lantai. Apa kena tah lantai dok rasa melekit je. 2 kali lap baru la ok sikit. Sapu-sapu sampah sikit. Humban 1 bakul mainan budak-budak dalam bilik belakang.

Sekarang aku mengantuk tapi tak boleh nak tido sebab hero heroin tak mau tido. Sibuk layan cd upin ipin. Kegilaan terbaru amir.

Menguap lebih seploh kali dah ni.

Posted via MyAndroid

Thursday, October 25, 2012

Soal Jawab Amir Ridhwan

Assalamualaikum

Macam biasa la. Nak raya. Opis mesti lengang punya. Opis aku pun begitu jua. Staf aku je sampai 5 orang sekali cuti. Aku ingat nak amik time off. Tapi bos kecik tak balas sms lor pulak. Bos kecik besar semua tak ada kat opis dari last week lagi. Tapi tak berjimba pun pasal emel n sms bos besar je dah panjang berjela.

Banyak benda nak buat malam ni. Nak masak ketupat rendang. Nak sental lantai. Tapi semua kena tunggu hero n heroin tu tido lew. Kalau tak ada harapan la keja 1 apa pun tak siap. masing-masing rajin terlebih nak tolong umi dia ni. Huhuhu...

Kalau aku lipat kain sat lagi Hana pun tolong jugak. Punggah balik kain yang aku dah lipat. Ada sekali aku bangun pukul 3 pagi pi buat susu dia. Balik bilik tengok dia tak ada atas katil. Panik oke. Gelap-gelap tu pi mana pulak budak kecik ni. Bukak lampu tengok-tengok dok terselit kat sudut bilik pi punggah bakul kain kotor.

( ̄◇ ̄;)

Tu tak kira lagi dia tolong lap lantai. Hahahaha! Nampak aje orang lap lantai kalau ada air tumpah dia pun laju jugak pi nak tolong lap. Tapi lap dengan baju dia.

o_0

Amir ikut kepala angin dia. Kalau rajin semua dia buat sendiri. Kalau tak,

'Umi la pi buat.'

Hamboih la anak bertuah. Bagi arahan macam bos besar.

Kalau nak tido malam pulak sebelum tido tengok tv kejap. Sambil baring tu mulut dia mesti menceceh tanya soalan berdasarkan cerita kat tv. Macam malam semalam. Cerita tv9 yang Eja berlakon tu. Apa tah tajuk.

'Umi, pasai apa dia nangis? Pasai apa dia tak mau makan?'

'Dia merajuk la tu.'

'Pasai apa dia merajuk?'

'Mak dia marah kot.'

'Pasai pa mak dia marah?'

'Dia tak mau dengar cakap mak dia. Mak dia marah la.'

'Pasai pa dia tak mau dengar cakap mak dia? Pasai pa dia nak kawen?'

(~_~;)

Soalan on going sangat kan. Lepas jawab dia tanya balik. Sampai la umi dia blur. Terus cakap dengan Amir.

'Tak best la cerita ni. Umi tutup tv eh. Kita tido.'

'Ok.'

Terus off tv n tido. Abes cerita. Hahahaha!




Wednesday, October 24, 2012

Entry Pemalas

Assalamualaikum

Yee... Aku mengalami sindrom malas mengupdate blog. Maka blog sudah bersawang dengan jayanya. Di manakah ikrar mahu mengupdate at least 1 entry sehari? Where????

Sepanjang aku tak mengupdate blog ni takde apa sangat pun yang menarik. Balik-balik rutin yang sama aje la. Pi keja, balik keja, layan anak. Weekend basuh kain, sidai kain, masak kalau rajin, layan anak jugek.

Abang Misai tak ada. 1hb baru balik. Lepas tu dengar kata bulan 12 pi outstation lagi. Kesian Amir n Hana. Raya Haji ni dok rumah je la. Tahun lepas Amir dapat la tengok orang sembelih lembu. Tahun ni siapa nak bawak? Dok je la rumah tengok orang sembelih lembu dalam tv ye nak.

Bilik pulak dah serupa tongkang pecah. Sebab Abang Misai tak ada aku jadi payah nak lipat kain n kemas-kemas. Sebab Hana keja dia nak berdukung sokmo. Lepas tu bila dia tido pulak Abang Amir kacau sampai dia terjaga. Bila dah tak cukup tido keja nak amukan je. Asek melalak aje. Jenuh pujuk.

Esok aku ingat nak time off. Letih sesangat badan ni. Semalam kepala asek berdenyut sebelah. Migrain ke hapa la pulak. Keja kat opis berlambak-lambak. Pengarah tak ada pun tapi dia punya sms dengan email berjela-jela. Hari-hari ada je sms sampai naik serabut otak aku nak mendigest apa yang aku kena buat dulu nih. Huwaaaaa!!!!

Ok, aku nak menyetel keja yang tak pernah abes ni. Letih bijik mata hadap PC nih tau. Bila buleh cuti dengan aman damai haaa...


Tuesday, October 16, 2012

Mood Ke Laut


Assalamualaikum

Dah lama aku tak up entry. Sorry la. Eh, ada ke orang baca. Hahaha!

Lately ni mood aku ke laut. Keja banyak dah memang tentu la kan. Hmm.. Ntah la. Apa yang aku dok pikir ni.

Aku kat Jusco sekarang. Balik keja menyinggah pasal akak aku nak pi tempah baju. Ikut aje. Aku tak tempah apa. Di samping merambu tak tentu hala.

Esok ke Nibong Tebal. Ada seminar Keluarga Bahagia. Elok sangat la kalau bawak laki kan. Tapi ni opis yang hantar. Abang Misai pun ke Johor pulak esok. 2 minggu pulak. Raya Haji ni tak ada la dia kat rumah. Hmmmmmm....

K la. Aku nak makan. Jemput makan ye.

Posted via MyAndroid

Wednesday, October 10, 2012

Kisah Amir dan Hana

Assalamualaikum

Aku adelah dalam kekalutan yang amat. Kerja memang tak pernah abes kan? Ni tengah stress buat keja la ni. Hadap blog kejap.

Oh, Hana dah baik demam. Demam nak tumbuh gigi la aku rasa. Tengok gusi bawah dia bengkak gigi geraham nak naik. Haaaa... Lagi laaa seronok dia menggigit orang lepas ni. Huhuhu... Aku suka sangat tengok Vampire Diaries masa pregnantkan dia dulu. Sekarang amik kau. Anak pun suka main gigit-gigit. Lebam merata dah kaki aku ni.

Amir hari tu kena taboh dengan aku. Puncanya aku tak bagi dia ape tah. Keluar ayat,

'Ummi bodoh!'

Terus berdesup darah aku mendidih naik ke kepala. Maka terima la 2 das tepukan kat mulut. Geram sangat aku. Mana dia belajar cakap macam tu ntah. Aku bebel-bebel la sekali *pakej* kata aku tak pernah ajar dia cakap benda-benda tak elok ni.

Sekali kaki dia pulak tendang aku. Amboi!!!! Melampau dah ni. Pelepap! Aku tibai kaki dia pulak. Terus lari-lari masuk bilik merajuk atas katil. Tak koser aku nak pujuk.

Dia ni jenis cepat tangkap apa orang buat n cakap. Hana lagi la cekap. Nasib belum pandai cakap lagi tu. Bila kawan-kawan dia dok buat n cakap dia dok ikut. Dah la pesen orang utara ni aku tengok cakap kasar-kasar. Bodoh tu dah macam makan gula-gula je pada diorang. Main cakap je tak kira.

Haih... Pening kepala aku gini.

Tak marah sat lagi dia ingat benda tu adelah sesuatu yang dibenarkan n elok. Bila aku cakap baik-baik kadang-kadang dia terima kadang-kadang tak.

Macam mana aku tak marah gitu?


Monday, October 8, 2012

Nak Tolong Biar La Ikhlas Jangan Nak Syak Wasangka


Assalamualaikum

Aku kat rumah. EL sebab Hana demam. Start pukul 3 pagi tadi dia muntah. Tengah nenen pukul 4 pagi muntah lagi. Dan muntah sampai ummi pun mandi muntah di awal pagi. Lepas muntah yang last terus badan dia panas.

Tapi Hana demam korang kalau ada dekat aku mesti nampak dia macam tak demam. Makan tetap makan. Mengunyah je la papadom. Susu tetap abes. Merayap merata. Main dengan Abang Amir suara jerit bukan main lantang. Tapi bila pegang badan panas boleh tahan.

Abang Amir kalau demam dah melepek je. Nak jalan pun tak larat. Hana siap berlari oke.

Panjang pulak intro. Tak kena dengan tajuk.

Well, korang pernah tak mintak tolong orang (bukan mintak tolong free, bayar ok) lepas tu dianggap nak amik kesempatan? Pernah?

Pada aku kalau tak boleh tolong cakap je tak nak tolong. Tak payah bagi alasan yang cukup bodoh piang. Kita yang dengar alasan ni pun rasa sangat la tak logik.

Contoh la ye. Ko tak berani bawak kereta. Rumah dengan tempat keja jauh. Nak harap husband dia punya time keja tak tentu hala. So, tumpang la kawan sekerja yang sehala untuk pi dan balik. Kebetulan pulak orang yang kita biasa tumpang tak datang. So mintak ehsan orang yang sehala lain tumpangkan n drop tepi jalan. Drop tepi jalan ok, bukan belok-belok. Siap bayar lagi sebab kita dah mintak tolong takkan nak buat muka sardin tumpang free kan.

Ingatkan ikhlas la nak tolong. Next time yang bukan la disengajakan terpaksa tebalkan muka mintak tolong lagi. Tak dapat tolong dengan alasan sebab drop orang tu tepi jalan telah menyebabkan kelewatan yang maha hebat untuk dia sampai ke rumah. Beb, 1 hala kot. Drop orang tu tak sampai seminit. Masa ko tumpangkan sebelum tu jalan dah memang jem pun. Alasan sebab dropkan orang buat ko lewat tu bagi kat budak tadika boleh la.

Dah la tak nak tolong dengan alasan yang pada aku agak bodoh. Lepas tu pi syak pulak orang tu saje nak amik kesempatan bila orang tu ajak makan. Macam orang tu hadap sangat nak naik kereta ko. Padahal kedai makan dekat pun ada. Siap pulaukan orang tu pulak takut sangat orang tu amik kesempatan katanya. Dah takut orang amik kesempatan simpan la kat ko sorang. Tak payah jaja kat orang lain. Menjatuhkan air muka orang kot. Konon tak heran pun orang nak bagi duit ke tak bila tumpang kereta.

Tak paham aku dengan orang macam ni. Dah la tak ikhlas nak tolong. Syak orang nak amik kesempatan pulak. Lepas tu cerita pulak kat orang yang dia rasa dirinya diambil kesempatan. Wadehel la wei? Kalau tak nak tolong cakap elok-elok la. Jangan nak syak orang bukan-bukan. Siap pulaukan orang pulak.

Tetamu tu bagi rezeki tau tak. Bila kita tolong orang insya allah, bila kita susah tak disangka-sangka pertolongan yang kita dapat. Ni kalau dah tak ikhlas hati pulak penuh syak aku tak tau nak cakap apa.

Jadi bersihkan la hati tu. Jangan nak berburuk sangka kat orang.

Sekian, terima kasih.

Posted via MyAndroid

Thursday, October 4, 2012

Di Putrajaya


Assalamualaikum

Tengah berdiri sambil taip hp  sambil cas hp. Multitasking sangat kan. Kerusi tak ada dekat tempat cucuk plug ni. So, berdiri la dengan redho.

Aku kat Putrajaya. Ada discussion katanya. Sepanjang dalam discussion aku makan jajan n menguap. Mengantuk siap tersengguk pulak tu.

Mana tak mengantuk. Semalam aku bantai pi Alamanda dengan member. Lepas tu menggila. Tengok baju cantek-cantek. Fuhhhh...

Lepas makan sizzling yee mee n coconut shake kitorang buat rondaan perabih duit. Aku tergedik-gedik nak rasa coconut shake Alamanda sebab orang cakap sedap. Ok la, but manis terlebih pada aku. Tak tau la orang lain rasa biasa ke apa. Maybe aku berlidah sensitip. Atau time aku tu terlebih air gula.

Aku berjaya membeli sepasang sandal. Macam kat Penang takde jual sandal kat Vincci. 2 helai baju kat Padini. N sehelai kemeja kat Parkson. Tambah lagi 4 keping mask muka kat SaSa.

Bengong sangat kan. Hahaha! Padahal kat Penang pun ada jual. Sebab semalam lepas sampai tu ada masa free. Kat Penang aku busy memanjang. Pi opis balik hadap anak dengan laki. Masa untuk diri sendiri pun takde.

Dan hasil daripada shopping dapat la diketahui bahawa badanku makin berkembang pesat. T_T

Baju saiz L macam balut nangka dah sendatnya. Huwaaaa!

Dah kena diet la ini macam. Padahal dari dulu pun patut diet. Perut dah berbuai merata ni.

Sedih tetiba.

Posted via MyAndroid

Friday, September 28, 2012

Nak Naik Flight Ke?

Assalamualaikum

Ok, iols busy bee sangat hari ni. Next week ada meeting straight seminggu. Dah nak kena buat slide presentation n kumpul report anak-anak buah tersayang.

Then 4hb kena pi HQ ada meeting jugok. Pitams la kan meeting kat Putrajaya tapi sehari je. Hari Khamis pulak tu. Buat la hari Jumaat. Boleh jugak aku meleseh-leseh ke tempat lain mencoci mata. Ni nak cuci mata hape sehari. Kelip mata je sempat.

Jumaat tu ada meeting kat opis pulak. Serius penat la gitu.

Maka disuggest dek member yang kena pi Putrajaya dengan aku untuk naik flight. Oh My! Oh My! Naik flight?

Aku baru sekali je rasa naik flight. Kebetulan masa tu ada meeting kat Kedah masa aku dok Shah Alam dulu. Tu pun dah seriau tak hengat dunia aku dalam tu. Macam beruk kena belacan pun ada dah rupanya. Tak senang duduk. Kejap toleh kiri. Kejap toleh kanan.

Budak sebelah aku dalam flight masa tu bantai tido baik punya. Padahal tak sampai sejam pun dari KLIA ke Alor Setar. Sampai pramugari datang hantar kacang pun dia tak bangun. Siap tersengguk sebelah aku. Nak aje aku tolak kepala budak tu.

Pakcik sebelah aku pulak baca paper non stop. Aku dok tengah-tengah pulak. Memang terkebil-kebil je la tengok orang.

Pakai seat belt lepas tu nak bukak menggelabah tak reti. Nak mintak tolong orang malu la pulak. Nampak nau la baru 1st time naik flight. Jadi terpaksa menggodek secara sendiri. Mesti pakcik sebelah aku heran apesal kejap-kejap aku dok terbelek-belek seat belt tu. Hahaha!

Time nak landing paling takut. Dengan bunyi kuat. Terhentak-hentak. Rasa macam nak terjun masuk bawah kerusi. Jakun sangat kan. Huhuhu...

So agak-agak macam mana aku nak naik flight kali ni. Adekah akan jadi beruk buat kali kedua?


Thursday, September 27, 2012

Perut Kelaparan

Assalamualaikum

Baru pukul 12 aku dah kebuluran. Huwaaaa!!!

Konon breakfast amik nestum je. Sekarang? Menggelupur sorang-sorang dalam bilik. Eh, tak ada la sorang pun. Ada sorang roommate ni. Tapi dia tak tau bahawa aku adelah kelaparan yang amat sangat.

Nak tunggu pi cafe pukul 12.30 selalu aku turun. Turun sekarang confirm lauknya adelah amat tak mengghairahkan. Ala, pukul 12.30 pun lauk sama je cuma ade la aku tengok diorang ni buat penambahan lauk baru sikit.

Orang kat sini aku tengok pagi-pagi dah tibai nasik. Terkejut oke. Bukan nasi lemak. Tu perkara biasa la nasi lemak. Ni nasi putih siap berlauk pauk bagai. Terkejut aku tau masa memula datang sini. Bebudak ni ajak turun pukul 10. Aku ingat makan ringan-ringan je. Sekali diorang terus makan nasik.

Hari Jumaat lagi best. Pagi-pagi dah ada nasi tomato ke nasi minyak. Lauk ayam masak merah lagi. Pukul 8 pagi ok.

Jadi memang la lauk kalau turun selepas pukul 10 tu sangat menyedihkan. Sayur tinggal saki baki kat hujung senduk je.

Makan aje la keja aku ni. Bila nak kurusnye gitu.


Wednesday, September 26, 2012

Stress Di Jalanraya

Assalamualaikum

Morning all. Aku kat opis la. Mana lagi kan. Pagi ni Hana buat perangai lagi. Kali ni dia peluk carseat pulak. Macam nak tercabut carseat tu bila aku angkat dia tadi. Punya la gigih tak nak keluar dari kereta. Dah pandai dah anak bertuah sorang ni.

Bila dah letak dalam rumah elok pulak nak main dengan Amir. Ish.... Sabor je la ummi oiii...

Dekat tol jambatan pulak aku dah jadi macam naga. Naga berasap hidung je kan. Aku berasap hidung, telinga, mulut semua. Pantang betul aku dengan orang yang tak reti nak queue n potong queue tapi tak ada adab. Main menyondol depan aku sikit pun tak bagi signal. Dah la laju ntah dari mana.

Aku terasa nak maki je tapi sabar.... Sabar.... Sabar..... Tarik nafas.... Hembus perlahan.... Ramai pulak hari ni buat perangai yang musibat tu. Aku ni gigih la dok queue panjang-panjang.

Dekat trafic light dekat nak masuk town pulak lagi la gila. Lampu tempat aku still hijau. But aku dah stop sebab lane depan dah panjang. Kalau aku pi ke depan jugak aku akan dok dalam petak kuning. So, bila dah nampak clear n aku boleh ke depan aku pun masuk gear n gerak. Tetiba ada motor ni keluar. Dah la ko bawak anak weiii!!! Lampu ko belum hijau lagi la. Apesal ko keluar. Aku pulak yang dah tersentak-sentak nak control dari langgar dia.

Pitam aku bawak kereta hari-hari. Stress! Balik pulak hadap jem. Selalu jem sebab ada eksiden atas jambatan. Kalau takde eksiden mesti lori rosak. Yang lori ni pun 1 hal. Time dah tau orang nak dekat balik la dia pun kalut jugak nak lalu.

Malam semalam aku mengigau. Abang Misai la kejut aku. Dia cakap aku dok sebut,

'Adik mana adik?'

Tengok-tengok mata dok pejam. Hahahaha! Mesti kepenatan melampau la tu. Ntah apa aku mimpi pun aku tak ingat. Rasa macam tak ada pun mimpi. Mesti aku rasa aku terbangun n tengok Hana tak ada sebelah aku. Cari-cari tak jumpa sampai tanya macam tu.

Hana pun semalam apehal tah tido melasak sangat. Sampai hujung kaki aku dibantainya. Nyaris nak jatuh katil sampai aku kena kejut laki aku pasal aku nak bangun tak boleh. Hana dok tido atas kaki.

Tapi memang malam semalam aku tido tak sedar apa. Hana merengek nak susu pun aku sumbat tetek je. Dah la susu badan sendu. Sori la Hana, Ummi penat bebenor.

K, sat lagi ada meeting. Babai~~




Tuesday, September 25, 2012

Minggu Hujan

Assalamualaikum

Pagi ni hujan lebat yang amat. Dari rumah tu masa letak Hana dekat carseat memang lebat. Lepas tu reda kejap. So, hantar anak-anak pi rumah Toksu diorang hujan gerimis je. Hana pulak pagi ni tak nak kat Toksu dia. Bergayut kat aku. Dah la aku kejar masa. Hujan-hujan confirm jem punya la.

N memang betul pun. Masuk aje hiway dah slow. Dekat jambatan lagi slow. Sampai tengah jambatan pulak hujan lebat selebat lebatnya. Kesian orang yang naik motor kan. Abang Misai pun naik motor. Awal pulak dia sampai opis. Meredah hujan lebat pulak laki aku hari ni.

Kemalasan sangat nak pi keja kalau hujan lebat kan. Sambung tido lagi best. Dah la tengah sakit pinggang ni. Malam semalam pun kepala pening-pening. Dengan Hana pi gigit-gigit pulak. Sakit tau. Nak menyusu main-main. Lepas tu pi ngap pulak. Memang ummi tak nak layan la.

Tapi kesian pulak lepas tu. Dia dok tarik-tarik badan aku. Bagi balik nenen terus tertido. Perangai dah la suka menendang sana sini. Fuhhh.... Sabor je aku dengan budak Hana ni.

Amir macam biasa, layan diri. Dapat bendera 1 Malaysia dia terus dia senyap n tido. Tu datang angin baik la tu.

Ok la, ada borang dah masuk ni. Nak kena check. Check lambat makin menimbun aku jugak yang pening.

Tata~~


Monday, September 24, 2012

Amir Yang Western

Semalam aku masak 3 jenis lauk. Sambal sotong, udang goreng dengan petai n sayur goreng. Sayur tu aku guna carrot dengan jagung muda tu. Sabtu buat sup dengan 2 jenis sayur tu jugak. Tu namanya rajin terlebih. Hahahaha!

Amir kan suka makan udang goreng. So, sebab ummi dia ni teringin nak makan petai maka campur la sikit petai dalam tu. Semua benda pun aku teringin ni. Apekah??

Jadi petang semalam lepas dia bangun tido aku ajak la makan. Amir sekarang cukup susah la nak ajak makan. Dah kurus anak aku. Dia nak makan jajan, coklat, keropok. Tu je la yang sedap dia makan.

Konon dengan masak udang goreng kunyit tu nak la dia makan. Jadi aku bubuh la nasi dengan sup n udang tu sikit. Aku suapkan sebab baru lepas mop lantai. Koser sangat la nak mengelap lantai balik. Hahaha! Teruknya la ummi Amir ni.

Suapan pertama n kedua oke je dia makan. Sebab aku bagi sup ayam dengan carrot je. Masuk suapan ketiga tiba-tiba,

'Eee... Ummi busuk apa ni?? Busuk apa ni??!'

Bluwekkkk... Dia luah balik nasi dia dalam pinggan. Aku tengok pelik-pelik dah. Apesal pulak budak ni.

'Amir takmau makan dah.'

Terus dia lari pi baring tengok tv. Aku sua pun tak nak makan. Abang Misai tunjuk kat udang tu. Rupanya yang busuk tu bau petai. Suapan ketiga tu aku letak udang dalam nasi dia. Hahahaha! Adoi la....

Sungguh western sekali Amir Ridhwan. Bau petai pun terus tak nak makan. Lepas ni tak boleh la aku goreng udang dengan petai lagi. Kena goreng kosong je. Hehehehe....


Birthday dan Weekend

Assalamualaikum

Weekend aku tak ke mana sangat pun. Hari Sabtu birthday aku pon dok memerap kat rumah. Nama je birthday girl tapi takde can berelax-relax. Masak tetap masak. Basuh baju tetap basuh baju. Sidai tetap sidai. Lipat tetap lipat. Uruskan bebudak tetap la uruskan bebudak. Kepenatan....

Oh, thanks pada yang sudi wish aku ye. Aku memang tak on reminder birthday aku dalam FB. So, yang tau saje yang wish. Dalam blog ni saje je aku tergedik buat hebahan. Hahaha! Fefeeling retis sekali sekala apa salahnya. ;p

Aku mintak takoyaki pun tak dapat. Alasan tempat tu jauh nak pi n dah petang baru aku cakap. Iye la tu.

So, Ahad terasa nak makan pasembor pulak. Orang Penang sila sebut dengan mahraj yang betul, pasemboq. Huahuahaua!

Maka bergerak ke Carrefour Seberang Jaya la kita. Macam tempat lain takde jual pasemboq beria ke Carrefour tu. Pasal hari tu rasa adik aku bawak balik macam sedap. Tapi Abang Misai tetap la kata pasemboq kat kedai mamak jugak yang sedap. Sila abaikan laki aku tu sebab dia memang tekak mamak maklum la keturunan pun mamak.

Dan kat Carrefour tu jugak la boleh melepaskan si Hana dengan senang hati. Hana ni lain sikit dari Abang Amir dia bab berjalan. Amir memang takut n jenis berkepit. Hana ni idok le begitu. Lagi dia tolak tangan yang dok pegang dia ade la. Siap main lari-lari dengan bebasnya kat food court sampai aku kena kejar.

 Pasemboq dah habes ditelan. Sempat snap time dah selesai je. Hehe...

 Minum air ni pasal malas nak pi beli jauh-jauh. Depan meja je. Each A Cup. Dia stok-stok air macam coolblog tu. Sedap la jugak. Sebab aku taruk pearl yang bebola hitam kecik-kecik buat kunyah-kunyah tu.

 Ini la heroin kita pada hari itu. Tu tengah pikir nak lari ke mana ntah.

Panjat tepi tiang yang dekat sebelah kerusi. Memang takde makna la nak pegang budak lasak ni.

Itu saje la aktiviti weekend aku. Ahad pun aku masak jugak. Ada satu cerita kelakar oleh Amir Ridhwan. Nanti aku cerita. Aku nak pi beli makan sat. Lapar bebenor pulaknya.

Asek la makan. Puasa bila nak ganti tah.


Sunday, September 23, 2012

Gigit Je Kerja Dia!


Oh, kegeraman dengan budak Hana. Terus aku lari masuk bilik tutup pintu.

Suka sangat menggigit sekarang ni. Yang tensinya dia gigit ummi dia je. Asal sembam muka kat badan mula la ngap! Kena gigit. Selalu tang tetek.

Dia marah pun macam tu la pe'el. Hantuk-hantuk kepala kat badan aku lepas tu ngap lagi.

Adekah aku nampak begitu sedap dimakan?

Posted via MyAndroid

Saturday, September 22, 2012

Dah 3 series...


Assalamualaikum

Hari ni aku dah genap 3 series. Hadiah apa pun takde.

Apa pun, Alhamdulillah aku masih dapat bernafas di muka bumi Allah ni.

Wish untuk diri sendiri, semoga Allah panjangkan umur dan dikurniakan rezeki dan semoga anak-anakku jadi anak yang soleh dan solehah. Amin...

Dah, aku nak tido. Besday girl sakit kepala dengan tiba-tiba.

Posted via MyAndroid

Friday, September 21, 2012

Duit Oh Duit

Assalamualaikum

Dah Jumaat, penghulu segala hari. N hari ni birthday kakak aku. Dah wish dah kat fb. Sms pun dah hantar. Kan budak busuk? Hahaha!

Esok pulak aku mencecah 3 series. Birthday selang sehari je gitu. Tapi tahun selang 2 tahun ye. Hehehe... Belum gaji jadi tak ada la hadiah. Nak tunggu Abang Misai bagi macam tak ada je. Sob... Sob... Sedih....

Dah la pagi tadi radio kereta aku langsung tak boleh on. Amir la on da way nak hantar dia pi rumah Toksu nak tengok Upin Ipin. Try on radio tak boleh. Aku godek pun tak boleh. Aik... Takkan dah jahanam. Baru lagi kot tukar.

Biasa la time kekurangan duit ni. Macam-macam la jadi. Dengan eye serum n face serum aku pun dah nak abes. Jenuh picit tiub la nak bagi keluar. Keluar pun sendu je buat calit-calit cukupkan syarat sapu kat muka.

Ni pulak pikir nak beli rumah. Tapi harga rumah sekarang serius tercekik. Golongan pertengahan memang tersepit la termasuk aku la tu. Rumah bukan kat kawasan bandar pun. Tapi harga macam duduk kat Shah Alam. Pitam aku.

Dah la adik bertuah nak kawen. Hari tu kata kawen senang kan. Haaa.... Sekarang tak terbeliak bijik mata kena bagi hantaran 12k. Bukan ada duit nak bagi. Kakak-kakak n mak pak jugak la kena perah otak nak cari duit. Asal bukak topik pasal ni je aku mula la nak berasap telinga mata hidung segala. Orang kalau tak nak dengar cakap memang macam ni. Serius aku marah!

K la. Daripada aku jadi hijau tak tentu hala baik aku pikir nak makan apa tengahari ni. Makan nasik ke makan angin...


Wednesday, September 19, 2012

Merapu

Assalamualaikum

Mengantuk.... Mata dah macam tak boleh nak bukak dah. Dah lelap kejap tadi time rehat tapi still mata bagai digam. Dah la banyak keja nak disiapkan. Esok ada meeting. Fuhhh.. Bosan...

Dah 2 hari aku tak hantar anak-anak pi rumah Toksu depa. Abang Misai hantar. Dia tak pasang lagi carseat kat kereta aku. Selagi tak pasang selagi tu tak koser aku nak hantar. Semalam pun aku kena amik budak-budak sebab Abang Misai kena keja sampai malam. Maka terjadi lagi aksi merbahaya kena pangku budak Hana lasak tu.

Nasib la aksi pangku memangku dari rumah Tokwan diorang je. Dekat dalam taman jugak. Atenye tak mau duduk dengan Abang Amir dia. Nak jugak berkepit dengan ummi.

Woooo.... Tak boleh tahan ngantuk sangat ni. Pi toilet untuk merefreshkan diri.

Tata...


Tuesday, September 18, 2012

Merata Berjalan Weekend Ni

Assalamualaikum

Letih tak hilang lagi. Semalam baru balik dari Shah Alam. Balik bukan berelax-relax ye. Balik cuci baju pulak.

Perut pun tak hilang sakit lagi ni. Dari Khamis malam cirit. Jumaat tu lepas balik keja terus singgah klinik dekat rumah. Merasa la kena cucuk kat vontots tau. Huhuhu... Doktor dengar bunyi perut aku pun dah ngeri. Terus kena cucuk n makan ubat time tu jugak.

Sabtu pagi bertolak ke Shah Alam. Menyinggah Taiping. Bawak budak-budak ke zoo. Amir punya seronok. Tapi dah nak sampai tengok gajah kaki dia melecet. Kena la dukung dek abah dia. Hana dah tertido. Tak sempat tengok gajah menari.

Sampai Shah Alam pukul 7. Menyinggah pulak ke I-City. Naik Giant Wheel. Heheheh... Sorang seploh hengget nak naik tu. Amir pun kena cas sebab tinggi Amir dah lebih 90cm. Bawah dari 90cm free.

Hana sampai I-City terdiam tengok lampu yang cantik-cantik. Kalau tak bukan reti dok diam dalam kereta.

Pi kenduri hari Ahad. Masak asam pedas yang sangat marveles oleh bapak tunang adik aku tu. Teringat-ingat. Fuhhh... Nak mintak resepi la nanti.

N semalam pagi balik. Dah la perut tak baik lagi. Aku boleh sakit perut nak tercirit tengah hiway. Jenuh laki aku memecut ke hentian terdekat. Hahaha! Keadaan sangat kritikal weh. Memang dah di muka pintu je. Aku tahan je sampai ke toilet.

Hari ni perut masih bergelora. Pucat-pucat muka aku tahan sakit pagi tadi dalam kereta. Nasib tak hantar bebudak. Abang Misai yang hantar pi rumah Toksu. Tu pun Amir nangis-nangis nak aku yang hantar. Kesian dia.

Ok, aku nak menyetelkan report. Sat lagi ada yang mencari.

Daa~~


Friday, September 14, 2012

Jamuan Raya Opis

Aku masih sakit perut tahap menggelupur. Gila la. Ciri birit sehari semalam dah namanya ni. Kena la aku pi menjengah jugak klinik sebab gelora perut ni melampau sangat dah. Ada pitam aku karang nak layan 2 orang budak perkasa sebab abah diorang hari ni keja 24 jam. Esok pagi baru balik.

Tapi nak up jugak gambar makanan untuk jamuan hari ni yang banyak tapi aku tak makan sebab sakit perut. Kerugian sungguh.


Ni laksa siam. Dibuat oleh sorang staf sambilan. Masih anak dara. Rajin kan. Tak tido malam dibuatnya.


Area lontong, mee goreng, makaroni goreng, spagetti, sosej koktel, drummet n meatball. Aku la masak makaroni goreng tu. Alhamdulillah, abes. Orang cakap sedap walaupun aku main campak je masak. Kembang bontot seketika.


Area manisan. Kuih muih. Banyak gila weh.


Area buah, rojak, pizza n salad.


Area sate, ketupat, laksa.

Aku makan lontong 4 keping nasi impit, sikit spagetti n buah je la. Yang lain tengok je sebab serius sampai sekarang perut aku sakit nak tercirit je.

Pitam macam ni. Balik ni memang kena pi klinik.