SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, October 10, 2012

Kisah Amir dan Hana

Assalamualaikum

Aku adelah dalam kekalutan yang amat. Kerja memang tak pernah abes kan? Ni tengah stress buat keja la ni. Hadap blog kejap.

Oh, Hana dah baik demam. Demam nak tumbuh gigi la aku rasa. Tengok gusi bawah dia bengkak gigi geraham nak naik. Haaaa... Lagi laaa seronok dia menggigit orang lepas ni. Huhuhu... Aku suka sangat tengok Vampire Diaries masa pregnantkan dia dulu. Sekarang amik kau. Anak pun suka main gigit-gigit. Lebam merata dah kaki aku ni.

Amir hari tu kena taboh dengan aku. Puncanya aku tak bagi dia ape tah. Keluar ayat,

'Ummi bodoh!'

Terus berdesup darah aku mendidih naik ke kepala. Maka terima la 2 das tepukan kat mulut. Geram sangat aku. Mana dia belajar cakap macam tu ntah. Aku bebel-bebel la sekali *pakej* kata aku tak pernah ajar dia cakap benda-benda tak elok ni.

Sekali kaki dia pulak tendang aku. Amboi!!!! Melampau dah ni. Pelepap! Aku tibai kaki dia pulak. Terus lari-lari masuk bilik merajuk atas katil. Tak koser aku nak pujuk.

Dia ni jenis cepat tangkap apa orang buat n cakap. Hana lagi la cekap. Nasib belum pandai cakap lagi tu. Bila kawan-kawan dia dok buat n cakap dia dok ikut. Dah la pesen orang utara ni aku tengok cakap kasar-kasar. Bodoh tu dah macam makan gula-gula je pada diorang. Main cakap je tak kira.

Haih... Pening kepala aku gini.

Tak marah sat lagi dia ingat benda tu adelah sesuatu yang dibenarkan n elok. Bila aku cakap baik-baik kadang-kadang dia terima kadang-kadang tak.

Macam mana aku tak marah gitu?


2 comments:

ejaMaria said...

lain kali jangan terus pukul... marah dulu... kan tadi amiys kata 'budak-budak ni cepat tangkap'... takut nanti lepas ni mulut dengan tangan dia sama naik... sabar sket ye...
akak selalu je 'buat-buat merajuk' kalau luqman marah atau pukul ikut sedap dia... so far ok... dia dah mula faham... perbuatan itu menyakiti dan tak elok...

aMiYs said...

Dh byk kali dia ckp n buat mcm tu.. Mula2 sound je.. Ada gak buat x lyn mcm kak maria buat kat luqman tu.. Tp skrg agak melampau.. Pukul pun main2 je.. Biar dia tau ada sbb umi dia buat mcm tu.