Lambat aku update hari ni kan. Ni semua gara-gara aku pi klinik.
Biasa la. Appointment amik result darah. Jumpa doktor tak ada la lama pun. Tunggu turn tu yang lama. Kalau makan dah abes 2-3 round dah.
Result darah ok je. Doktor kata maybe aku sakit sendi sebab banyak buat keja guna tangan. Memang la buat keja guna tangan. Bukan aku guna kaki. Huhuhu... Dan aku jugak jarang buat keja guna mulut. Hahaha!
So, doc bagi pilihan. Nak pi buat fisio ke nak amik ubat je. Tapi kalau fisio kena pi hospital Klang. Pada aku yang buta jalan ni ampun maaf dipinta la kan nak pi hospital klang tu. Karang aku sesat sampai Selatan Thai pulak.
Aku amik ubat aje la. Lain-lain kali aje buat fisio. Huhuhu...
Hari ni relax sikit kot. Dah la datang lewat kan. Ada hati nak relax. Hahaha!
Tak ada la relax sangat. At least tak ada la aku berkejaran. Sebab target dah capai sampai bulan Ogos punya target pun aku sauk sekali.
Oki doki. Aku nak settle kasi capai target bulan 12 pulak. :):):)
No comments:
Post a Comment