SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 6, 2012

Hana Demam Dan Tak Nak Tido

Assalamualaikum


Aku menguap dah lebih sepuluh kali sejak sampai opis 7.30 tadi. Mengantuk yang amat. Semalam amik Hana dari rumah Toksu. Rasa badan dia panas. Demam ke pulak budak bertuah ni. Toksu dia pun cakap semalam dia berak sampai 8 kali. Sampai naik melecet n merah la bontot dia.


Balik-balik terus dia nak nenen. Bagi nenen terus tertido. Tapi badan panas lagi. Hana ni pernah sekali je demam. N masa demam dia memang nak bergayut sesaje. Dan kali ni pun sama. So, aku memang suspek dia demam la ni.


Time dia tido aku terus pi mandi. Pesan kat Amir tengok-tengok adik. Hehehe... Pesan kat budak umur 3 tahun kan. Memang dia tengok. Sambil usik-usik. Sampai adik dia terjaga. Abes je mandi aku masuk bilik tengok Hana tengah merengek n dah turun katil. Nasib la tak jatuh budak ni.


Oh, dia semenjak dua menjak ni dah pandai panjat katil. Siap jerit-jerit gembira la bila dah dapat panjat tu. Turun katil still aku pegang. Pandai pulak tu pusing pastu julur kaki dulu. Tapi ada sekali tu tertonggeng jugak.


Bagi dia susu n tidokan balik. Abang Amir layan diri. Kesian dia. Hana pulak dah abes 1 botol sambung bergayut. Aku pun tertido sekali. Terbangun 10.30 check pampers berak pulak. Time nak cuci tu memang kesian sebab dok menangis pedih. Sapu aloe vera pukul 3 tukar pampers lagi dah ok sikit dah.


Tapi part paling best pukul 12 Hana bangun. Aku buat susu. Pukul 2 dia bangun, buat susu lagi. Siap angkut dia ke dapur. Main la bekas garam kat dapur tu sebab aku nak salin susu dia dalam bekas.


Dan Hana tak nak tido sampai pukul 4 pagi. Pukul 4 lebih baru dia tertido lepas main-main dengan hp. Aku nak letak towel basah kat dahi pun dia tak nak. Hasilnya aku tak sempat nak buat breakfast. Aku bancuh teh n masak air panas je la. Yang ada dekat rumah tu makan je la roti. Aku ingat pagi ni nak goreng la sosej yang cinonet-cinonet tu. Idok le dapat sebab mengantuk sangat. Mata macam kena gam gajah.


Abang Misai takde. Pi keluar operasi. 2 minggu pulak tu. Aku baru pi taklimat seminggu dia dah tanya bila aku nak balik. Abes, dia kuar sampai 2 minggu ni macam mana la pulak.


K la, aku nak start buat keja. Menimbun dah tu. Tak ada masa nak rehat-rehat. Dok rumah pun tak ada masa nak rehat.


T______T



2 comments:

eT said...

mmg penat kalo anak xsihat...
tambah kene wat keje...
me kalo camni mai opis kompem pening lalat...huhu

Kesuma Angsana said...

bawak bertenang dn bersabar yeK... cuba letak cool fever .. kkdg budak2 tak selesa ngantowel absh tu.. but kena pantau huhu badan takut nek mendadak