SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 2, 2012

Ributkah Di Luar?

Assalamualaikum


Hari ni hujan lebat yang amat. Macam ribut je kat luar tu tadi. Sampai bocor bilik aku ni haa... Dah la bocor tang wayar-wayar yang berselirat. Tak pasal je kejung kena renjatan elektrik pulak.


Weekend aku tak ke mana. Sabtu, pagi-pagi buta aku dah bangun goreng nasi. Masak lauk tengahari. Nasi aku masak pukul 9. Sapu sampah, basuh kain. Malam tu aku pengsan awal.


Ahad pulak melepak rumah kakak aku. Pagi tu lepas jalan kat tasik konon jogging la kan hahahaha! Padahal jalan sambil tengok orang berjogging. Lepak sampai petang.


Tu je la yang aku buat time weekend. Oh, Jumaat lepas aku menyinggah pasar. Kan ke tergedik nak makan sup ikan merah. So, mencari ikan la kita. On da way balik bertentang mata dengan Fizo Omar gitu.


Hensemnyeeeeee dia..... Waaaahhhhh.....


Dia buat rakaman rancangan bazar ramadhan. Aku musykil, bazar Ramadhan apekejadah la diorang nih. Tak kena langsung oke. Pasar malam tak sama dengan bazar ramadhan.


Ok la, aku banyak keja nak buat ni. Badan dah cukup letih. Tapi sila la bertahan. Maklum la, buat keja pun orang kata malas inikan pulak tak buat keja. Ye tak?


Lain kali aku sambung.



1 comment:

Anonymous said...

oklah at least berupdate gak citer kat blog ni hihi