SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 9, 2012

Demam dan Hana 11 Months Already

Assalamualaikum


Aku kurang sihat rasanya hari ni. Tekak sakit. Bersin berkali-kali. Hidung tersumbat. Kepala pening. Badan seram sejuk. Pasti itu adelah pakej untuk demam.


Abang Misai call dengar suara aku lain macam. Dia tanya demam ke? Aku pun tak tau nak jawab apa. Laki aku kata aku tak cukup rehat. Hmmmm.... Tak cukup rehat tapi time bila pun aku nak berehat.


Pagi tadi pun bancuh teh je. Tak larat aku nak goreng-goreng kuih segera dalam peti ais tu. Esok-esok la.


Nasib la Amir dengan Hana tak meragam. Bangun tido sengih-sengih. Tukar pampers pun Hana tak sedar. Tapi bila dah terjaga asek la nak paut kaki sebab aku dah pakai tudung. Takut kena tinggal la tu.


Dah bijak dah budak Hana ni. Dah cukup 11 bulan semalam. Apa yang dia dah pandai buat sekarang?





  • Berjalan. Even tak berapa nak stabil tapi suka nak jalan laju-laju. Semalam nak tunjuk terror pi panjat bendul tapi tak lepas tergolek. Dah melalak sekuat hati sebab tersembam cium grill.
  • Memunggah. Ini amat memeningkan kepala ummi dia. Huhuhu... Pi dapur dia punggah kabinet dapur. Dah la penuh harta karun dalam tu. Masuk bilik dia punggah almari baju dia dengan Amir. Masuk bilik Tok, pi belakang pintu punggah almari belakang pintu pulak. Rajin sangat 'berkemas'.
  • Suka mengutip. Kutip terus masuk mulut pulak tu. Tak kira apa benda atas lantai walau sekecik-kecik habuk. Pengsan woo nak kena perati 24 jam.
  • Kalau nampak tudung aku dia akan amik n bawak kat aku sambil merengek-rengek. Nak suruh aku pakai pastu bawak dia keluar jalan-jalan. Kalau dah pakai nanti dia gelak-gelak. Pandai sungguh mengajar ummi ko ye.
  • Kalau Abang Amir takde dia tak tentu arah. 
  • Kalau punggah laci tempat simpan kain buruk baru basuh mesti dia amik 1 kain buruk. Lepas tu konon-konon buat lap ingus.
  • Gigi dah 2 batang tumbuh kat bawah. Gigi atas yang dah nampak jelas baru sebatang. Tapi nampak ada lagi yang nak keluar dah gigi atas tu. Patut la sakit bila dia menggigit time menenen. Macam nak tercabut weh. Huhuhu....
  • Panjat katil pun dah terror dah. Panjat kerusi tak lepas lagi sebab kerusi tinggi. Bila tak dapat panjat menjerit geram.
  • Kalau suruh sayang nanti dia gigit pipi. Hehehe...
  • Suka berebut dengan Abang Amir. Kesian Amir asek la kena mengalah. Tapi kadang-kadang hati kering gak Amir pun. Hahaha! Bengang punya pasal.
Macam ada lagi tapi ingatan aku ni ting tong sikit sebab badan seram sejuk ni. Tak apa la, lain kali aku update lain.


Sekarang aku tengah pening nak menjawab soalan Amir bila abah nak balik. 1 hari tiap-tiap jam tanya bila abah nak balik.


Pitam~~



1 comment:

Kesuma Angsana said...

jada diri yek n jgn lupa mkn ubat tu!