SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, August 25, 2010

Jarang pi param

Dah 15 hari puasa baru perasan.

Aku banyak masak kat rumah dari pi param@baram. Tak sampai 5 kali kot pi param. Ye ke? Ye kot.... Huhuhu... Itu pun param dekat seksyen 7 ni. Dekat stadium tu tak pernah sampai lagi.


Dok kat rumah aje masak mana sempat. Tapi sebab aku selalu balik sampai rumah dah dekat pukul 6 housemate aku la yang selalu masak. Aku tolong makan je. Hikhikhik... Tq ye korang. :):):)

Selalunya aku masak untuk sahur. Ofkos, lauk wajib sahur adalah telur. Tak kira la telur masak apa pun. Sebab itu paling senang. Akekeke...


Tapi pagi tadi aku tak masak. Aku tolong tanak nasik je. Kak Ita kesian tengok aku migrain dari semalam tak hilang-hilang. Aku dah tau punca kepeningan itu. Kerana air kopi...

Aku suka kopi. Tapi sebab migrain aku jarang sangat minum kopi. Tapi kalau dah jumpa aku adalah tak boleh berenti. Eh.. Macam pantun la. Hahaha!


Sekarang aku adalah mengantuk sebab makan actifast 2 bijik time sahur tadi nak kasi hilang sakit kepala tu. Jadinya actido la. 

Petang ni berbuka apa ye? :D





No comments: